Friday, November 6, 2009

Al-Quran Menerangkan Komunikasi Tanpa Wayar


Al-Quran Menerangkan Wireless Communication (ICT)
Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com

Pengenalan
Kita selalu mendengar tentang “Al-Quran dan Sains”, tapi pernahkah anda dengar tentang “Al-Quran dan ICT”? ICT atau Information Technology Technology memang dijelaskan dengan mendalam di dalam Al-Quran. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang teknologi ICT atau konsep ICT seperti dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11. Sebanyak 11 ayat diturunkan sekali gus dan berturut-turut yang menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Tentu anda kehairanan!

Malah yang paling hebat yang akan menjadi “breakthrought” dan merubah sistem komunikasi dan “pergerakkan” manusia ialah apabila Al-Quran menjelaskan otak manusia (mungkin juga segala benda yang hidup) dan sel-sel badan berkomunikasi secara “ghaib” dengan menggunakan kuasa tenaga elektro-magnetik! Penemuan terbaru ini adalah amat penting dan seharusnya difahami dan diambil berat oleh semua umat Islam terutama alim-ulama, para pengamal perubatan, pakar saikologi, para pendidik, Saintis dan ICTis. Ianya penting sebab ini adalah hukum Allah dan mempunyai kesan yang amat besar.

Sekarang mari kita melihat secara ringkas bagaimana Al-Quran menjelaskan komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan elektro-magnet ini.
Al-Quran mengajar manusia bagaimana komunikasi tanpa wayar dengan memberi tahu manusia bahawa elektron boleh digerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga medan magnet (51:1). Tenaga ini boleh dimuatkan atau dikodkan untuk membawa data (51:2). Kemudian tenaga yang berisi data ini boleh luncurkan (dipancarkan) ke angkasa (51:3). Akhir sekali tenaga ini boleh dikumpulkan dan bahagi-bahagikan dengan menggunakan program (51:4).
Az-Zaariyat 51:1-4 Menejelaskan Komunikasi Tanpa Wayar

Marilah kita kaji dengan lebih terperinci. Di bawah ini adalah terjemahan di ambil dari kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb sebagai rujukan dan renungan.



Penjelasan ayat 51:1
Untuk peringkat permulaan ini saya akan menggunakan perkataan “gelombang mikro” dan “kuasa atau tenaga elektro magnet” secara bebas (quite loosely). Tidak dinafikan memang ada perbezaan di antara keduanya. Kita akan menyentuh perbezaan dan persamaannya nanti.

Hari ini kita akan mengkaji ayat 1 yang bermakna “Demi Az-Zaariyat yang terbang selaju-lajunya”. Ayat ini bermula dengan ‘Wa’ apa yang dinamakan ‘wau sumpah’ yang bermakna ‘Demi’. Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu benda, ini bermakna benda itu (iaitu ‘Az-Zaariyat’) adalah satu ciptaanNya yang penting dan hebat, dan sangat berguna kepada manusia, dan amat merbahaya sekiranya disalah-guna.







Gambarajah 51: 1 menunjukkan tenaga foton atau gelombang-mikro yang dijana.


Perkataan Az-Zaariyat berasal dari perkataan ‘Zara’ yang bermakna tabur atau terbang. Dari segi nahu ‘Az-Zaariyat’ adalah pembuat/pelaku (ismul faa’il) yang membawa makna Penerbang atau Penabur.

Sementara Perkataan ‘Zarwa’ juga berasal dari perkataan yang sama iaitu ‘Zara’ tetapi dari segi nahu dipanggil ‘infinitif’ atau ‘masdar’ yang bermakna ‘Penerbangan’ atau ‘Penaburan’ tetapi apabila di ‘mansubkan’ ayat ‘Az-Zaariyati Zarwa’ ianya dipanggil (dari segi nahu) ‘al-maf-ul al-mutlaq’ atau absolute/cognate accusative yang membawa makna keadaan semula-jadi atau ‘nature’ yang menaburkan dengan sebanyak-banyaknya dan terbang selaju-lajunya.

Maka ayat 51:1 membawa makna “Demi Penerbang/Penabur yang Menabur sebanyak-banyak taburan yang terbang selaju-lajunya”
Elektron dan Foton

Perhatikan baik-baik. Ada “dua benda” yang hendak dijelaskan pada ayat ini. Satunya “Az-Zaariyat” kita labelkan dia sebagai “E dan kita namakan Elekron”, dan benda yang ke-dua ialah “Zarwa” kita labelkan sebagai “F dan kita namakan foton”. Dengan kata lain, pada ayat 51:1 ini Al-Quran menjelaskan satu hukum atau teori di mana apabila “E” terbang ianya akan menaburkan (mengeluarkan) “F”. Dan sifat “F” ialah satu taburan yang amat banyak dan “F” juga terbang pada kelajuan yang tersangat laju.

Cuba lihat betapa pentingnya peranan nahu dan bahasa arab, dan betapa pentingnya kita mengkaji dari sumber asal Al-Quran (orignal source) iaitu mengkaji ayat-ayat dalam bahasa arab (bukannya dari sumber terjemahan). Sekiranya kita hanya mengkaji dari sumber terjemahan yang ada sekarang kita tidak akan nampak makna (bahasa) yang sebenarnya. Sebab “Demi Penerbang yang terbang selaju-lajunya” akan difahami haya satu perkara sahaja iaitu “Penerbang” atau “E” (dalam contoh kita tadi). Sedangkan yang lagi penting ialah “F” yang terselindung di sebalik nahu/grammer (dan memang susah untuk diterjemah secara bahasa atau literal atau lafziyah).

Apabila saya katakan “terselindung” di sini bukannya bermakna saya membuat “takwil” atau agak-agak sahaja. Allah SWT melarang sama sekali manusia mengkaji dan menafsir ayat Al-Quran (yang mutashabihat) secara “Takwil” seperti kita takwil mimpi tanpa asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan mendalam. Apa yang saya maksudkan “terselindung” di sini ialah maknanya memang wujud, ada dan jelas pada ayat tersebut tetapi kita tidak nampak sebab ianya terselindung disebalik nahu bahasa arab. Sesiapa yang faham nahu maka dia akan nampak, dan sesiapa yang tidak faham nahu dia tidak akan nampak makna sebenar.

Kaji Ikut Sains
Mari kita kaji dari segi Sains dan ICT. Benda yang bergerak paling laju (yang diketahui manusia) ialah cahaya iaitu pada kelajuan kira-kira 300,000km/saat (dalam vokum). Secara rengkasnya, cahaya adalah merupakan tenaga foton. Tenaga foton ini pula terhasil apabila elektron terbang ‘melompat keluar’ dari orbit tenaganya. Apabila elektron melompat keluar ianya akan melapaskan tenaga dan menaburkan berbilion-bilion tenaga foton yang terbang pada kelajuan yang teramat sangat.

Sekarang mungkin kita sudah mula ada sedikit gambaran dalam kepala akan makna atau tafsir ayat 51:1 ini. Kita mungkin boleh bayangkan sebiji bola apabila ditendang bola itu akan terbang ke udara, dan sambil terbang akan tersembur keluar bola-bola halus dari badan bola itu.

Yang perlu kita fahami pada ayat ini ialah ada DUA benda penting iaitu “E” (bola) dan “F” (bebola halus). Dua benda ini ialah “E” (elektron) tenaga elektrik, dan “F” (foton) iaitu yang akan menghasilkan tenaga magnet dan cahaya. Tenaga elektrik boleh mengalir pada logam seperti besi, dan tidak boleh mengalir pada penebat seperti plastik dan kayu. Tetapi daya magnet boleh mengalir di mana sahaja. Cuba gerakkan magnet di bawah meja dan lihat pin-klip di atas meja bergerak mengikut magnet.

Apabila ditafsir secara Sains dan ICT, ayat 51:1 ini bermakna Allah SWT bersumpah dengan “Az-Zaariyat” iaitu satu benda ghaib (yang memang wujud dan boleh dikesan kewujudannya dengan pelbagai peralatan) tetapi tidak dapat dilihat oleh mata manusia dan tidak boleh dikesan oleh deria “manusia biasa”. Benda “Az-Zaariyat” ini apabila terbang akan menghasil atau mengeluarkan satu tenaga lain yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia biasa. Kedua-dua benda ini (dari segi sains) merujuk kepada tenaga elektro-magnet atau gelombang mikro yang terhasil apabila elektron melompat keluar orbitnya.

Untuk memahami ilmu abstrak atau ghaib ini memang agak sukar sebab kita tidak dapat gambarkan dalam kepala kita. Terdapat beberapa website di internet yang agak menarik yang munfkin dapat membantu anda memahami tentang elektron, foton, dan gelombang mikro seperti www.howstuffworks.com, www.colorado.edu/physics, dan sebagaimya.

Kesimpulan
Al-Quran menjelaskan beberapa hukum dan teori yang hebat pada surah Az-Zaariyat ayat 1-11. Allah SWT menjelaskan beberapa hukum dan teori yang amat penting, amat berguna dan juga amat besar kesannya kepada manusia.

Pada ayat pertama (51:1), Allah menjelaskan tentang satu kuasa ghaib yang terbang dan menaburkan satu kuasa atau tenaga ghaib yang lain. Apabila dikaji dari segi ICT dan Sains, ianya mungkin merujuk kepada pergerakkan elektron yang melompat keluar dari orbit tenaganya dan melepas satu tenaga iaitu tenaga foton yang bertabur sebanyak-banyaknya dan yang terbang selaju-lajunya.
Insyaallah pada siri berikutnya kita akan melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan tenaga ini boleh dimuatkan dengan data (51:2), dan seterusnya ianya boleh dipancarkan dengan mudah (51:3), dan kemudian data-data boleh dikumpul dan disebar dengan menggunakan program (51:4).
Wallahu A'lam

9 comments:

  1. Mohon maklumatnya sebagai bahan rujukan ilmu, terima kasih. :D

    ReplyDelete
  2. Dipersilakan, mana yang baik adalah dari Allah SWT yang maha mengetahui dan mana yang buruk dan salah-silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikm saya minta dengan izin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Syari,

      Dipersilakan, semoga kita semua akan mendapat manfaat dari Kitab Al-Quran yang penuh dengan mukjizat ini. Sesungguhnya segala yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

      Delete
  4. sedikit koreksi
    surat dan arti dari ayat tersebut sedikit berbeda dengan al qur'an aslinya

    semoga dapat dikoreksi lagi

    ReplyDelete
  5. sedikit koreksi
    surat dan arti dari ayat tersebut sedikit berbeda dengan al qur'an aslinya

    semoga dapat dikoreksi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan tmnoval,

      Kajian adalah berdasarkan AL-Quran mushaf Othmani.

      Delete
  6. Mohon maklumatnya sebagai bahan rujukan ilmu, terima kasih. :D

    ReplyDelete
  7. Tuan Nazirul Aman,

    Terima kaseh di atas kesudian membaca dan membaca hasil kajian "Al-Quran dan ICT" ini. Memang ramai para pembaca yang meminta disegerakan pengeluaran buku-buku tentang "kajian Al-Quran dan ICT" ini untuk dijadikan sumber rujukan akademi sebab kebanyakkan universiti tidak mengiktiraf sumber dari blog selain melainkan ianya dicetak sebagai buku atau journal.

    Saya berharap para pembaca akan dapat bersabar sehingga pihak Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) meluluskan hasil kajian ini. Saya yakin hasil kajian ini tidak lari dari kahendak Islam sebab ianya dihasilkan secara "terbuka" (bukannya kajian seorang diri) dan sudah dibentangkan di banyak IPTA/IPTS dan kesemua para ulama tidak membantah malah ramai yang memuji-muji hasil kajian ini..

    Saya juga telah banyak kali berbincang dan bermuzakarah dengan para ulama seperti muft, ahli majlis fatwa, dan asatizah dan alhamdulillah semuanya mengatakan semua tafsiran yang saya hasilkan ini adalah tepat dengan kaedah tafsir Al-Quran dan bahasa Arab, dan tidak bercanggah dengan kahendak Islam namun mereka tidak berani meluluskannya sebab mereka tidak faham ilmu-ilmu ICT.

    Kali terakhir saya bentangkan dihadapan para ustaz dan para alim ulama (kira-kira 200 orang yang hadir) iaitu di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (bulan September, 2014), dan berbincang dengan tuan mufti Wilayah Persekutuan, Ybhg Tuan Dr. Zulkifli Al-Bakri, (bulan oktober 2014), dan alhamdulillah baru-baru (bulan November 2014), pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberikan saya borang untuk di isi, dan alhamdulillah saya telah mengisi dan menghantarkan kepada ahli majlis fatwa (pada hari yang sama seperti yang dikahendaki oleh pihak AJK).

    Doakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala usaha kita,dan kita harap Allah SWT akan meredai serta memberi rahmat dan hidayah kepada kita semua, insyaallah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete