Sunday, November 15, 2009

"EM Boleh Merosak Otak dan Minda Manusia" Al-Quran

Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com


Pendahuluan

Sebelum ini kita mengkaji ayat 51:1 iaitu Allah SWT bersumpah dengan "Az-Zaariyat" (elektron yg melompat keluar dan menghasilkan foton) dan ayat 51:2 Allah SWT bersumpah dengan "Al-Hamilat" (pembawa data/informasi). Insyallah pada Jumaat 20/11 kita akan mengkaji Ayat 51:3 Allah bersumpah dengan "Al-Jariyat" (gelombang elektromagnetik yang meluncur dgn teramat mudah). Dan minggu berikutnya 51:4 Demi "Al-Muqassimat" (penyebaran/pembahgian data dan maklumat).

Kita juga akan mengkaji "subliminal influence dan subconscious mind", dan yang lagi teknikal ialah cara-cara berfikir "Deductive Method" vs "Inductive Method", dan kenapa Allah mengharamkan umat Islam berfikir secara induktif (untuk membuat keputusan/bertindak). Kita juga akan mengkaji serba rengkas bagaimana otak bekerja, kita akan melihat neuron berkomunikasi dengan menggunakan gelombang rendah EM ini.

Kemudian kita akan mengkaji Teori CEMI field yg dikeluarkan oleh Johnjoe McFadden, apa yg silap dan betulnya pada teori tersebut, dan kita akan sama-sama menilai dimana salah silapnya sistem pendidikkan kita, dan bagaimana hendak membetulkannya.

Insyaallah kita sendiri akan membuat rumusan kenapa fikiran umat Islam bercelaru, apa pertalian antara EM, consciousness, dan deduktif/induktif thinking. Semuanya dijelaskan di dalam Al-Quran.

Kita juga akan membincangkan bagaimana cara-cara mengkaji ayat-ayat Al-Quran mengikut perspektif ICT/Sistem. Bagi orang-orang sufi (tasawuf) mereka melihat ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat2 yg meragukan, tetapi orang2 ICT melihat ayat2 mutashabihat sebagai ayat2 berbentuk "konsep" iaitu yg nampak serupa-rupa, seakan-akan sama. Orang2 tasawuf membenarkan tafsir secara ta'wil, tetapi orang2 ICT sama sekali ditegah melakukan ta'wil tetapi mestilah berdasarkan ilmu yang kukuh. Ini hanyalah sebagai perbandingan, kita tidak mengatakan siapa benar dan siapa yang salah.


Soalan: Ada beberapa sahabat yg mengatakan kajian-kajian yg dibuat ini adalah di ambil dari kerja-kerja "Harun Yahya".

Jawapan: Zaman sekarang semuanya kajian/penemuan terkini ada dalam internet, kalau mahu tahu samada kajian-kajian saya ini ditiru dari internet, tuan-tuan/puan-puan boleh 'surf' sendiri dari internet. Saya mengakui kehebatan Sdra Harun Yahya tetapi dia tidak mengkaji apa yang saya kaji, dan saya tidak mengkaji apa yg dia kaji. Harun Yahya bukannya orang "ICT atau komputer".

Lagi pun Al-Quran ini teramatlah luas dan terlalu byk ilmu yg terkandung di dalamnya. Maseh terlalu byk ilmu yg belum dikaji dan dikeluarkan dari Al-Quran.

Kajian-kajian saya ini adalah asli dan sah, dan tidak ada yg ditiru dari mana-mana sumber baik dari internet, buku2, dan sebagainya. Ianya dari Al-Quranul Karim kitab yang penuh mukjizat.

Wallahu A'lam.


Untuk memberi masa kepada rakan-rakan yg sama-sama mengikuti kajian ini, mungkin ada baiknya kita membuat sedikit ulangkaji.


Very Low-Level EM Merbahaya kepada Manusia

Penyakit Mental, penyakit moral (lemah daya-fikir), pelbagai penyakit barah (leukemia, tumor, payu-dara, usus, dsb) semakin menjadi-jadi sejak 15 tahun kebelakang ini (atau lebih tepat lagi di zaman ICT). Ahli sains dan pakar-pakar perubatan mendapati ada perkaitan jelas antara perkembangan ICT terutama penggunaan telefon tanpa wayar, WiFi, Wimax, cordless phone, dan penggunaan pelbagai peralatan elektrik yang mengakibatkan berlakunya pencemaran tenaga/daya elektromagnetik . Pencemaran ini adalah lebih bahaya dari segala jenis pencemaran yang ada sekarang.

Al-Quran juga telah menjelaskan dengan terperinci bahaya daripada pencemaran tenaga/medan elektromagnetik ini. Misalnya, dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11 Al-Quran menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (yang menggunakan tenaga/medan elektromagnetik) dan pada ayat 51:8-11 Allah SWT menjelaskan kesan buruk kepada otak dan pemikiran manusia. Begitu juga dalam Teori Al-Quran tentang matahari terbit dari barat (Al-Qamar 54:1, Al-Hijr 15:72-77), juga menjelaskan tenaga/medan elektromagnetik yang membuatkan otak dan pemikiran manusia menjadi bingung dan keliru (15:72).

Pada surah An-Nahl 16:67-69 Al-Quran menjelaskan lebah-madu (honey-bee) menggunakan tenaga/medan elektromagnetik (frekuensi 05-250Hz) sebagai jalan-jalan yang telah ditetapkan, dan Al-Quran juga telah mengajar manusia supaya berfikir kenapa lebah-madu diperintahkan membuat sarang pada pokok-pokok dan atap rumah manusia. Ayat-ayat ini juga telah memberi satu formula ubat/makanan kepada manusia iaitu kurma, anggur, dan madu sebagai satu penawar. Penawar untuk apa? Apa kaitan dengan barah dan penyakit otak?


Anggur Ubat Kanser dan Kencing Manis


“Lab tests using mouse mammary cells, pterostilbene prevented a type of cell damage that is normally induced by cancer-causing agents. My study is saying that there’s another compound in grapes with equal cancer-fighting power as resveratrol, but which has antidiabetic properties as well. Earlier studies by the researcher showed that the compound is toxic to a human breast cancer cell line”.
Agnes M. Rimando, USDA Research Unit.



Kurma Mengimbangi Zat Besi


“Traditionally, scientists have held that low-level electromagnetic fields couldn't be harmful because they weren't potent enough to break chemical bonds in a living organism. However, it is suspected that a more subtle mechanism is at work; that the fields, rather than causing harm directly, initiate a process within the cells that leads to the damage. Exposure to magnetic fields affects the balance of iron in certain cells, leading to an increase in free iron within the cell. That free iron undergoes a chemical reaction, which releases "free radicals," or charged atoms that attack cell structures, including DNA, lipids and proteins”.
Prof. Henry Lai & Prof. Narendra Singh,
University of Washington Dept. of Bio-Engineering


Kurma Membawa Oksigen Untuk Membunuh Sel Barah

Selain dari mengimbangi zat besi dalam sel-sel badan, ianya juga bertindak sebagai pembawa oksigen dalam dalam darah. Kajian sains mendapati darah yang kaya dengan oksigen ini akan mematikan sel-sel barah, dan seterusnya menyelamatkan tubuh badan manusia dari penyakit barah.


Kaum Yang Berfikir

Allah SWT menyatakan dengan jelas semua ini mempunyai tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Maka sudah tentu menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mengkaji ayat-ayat (tanda-tanda) ini dengan lebih mendalam misalnya:

1) Mengkaji formula Kurma/Anggur/Madu sebagai ubat penyakit otak, minda, dan barah.
2) Mengkaji kenapa sejak akhir-akhir ini berlaku kehilangan lebah-madu secara tiba-tiba dan secara besar-besaran. Adakah menjadi satu kewajipan bagi umat Islam (terutama AJK Masjid) untuk memastikan kawasan/qariyah mereka adala lebah-madu “friendly”, sekurang-kurang terdapat 1 sarang dalam kawasan masing-masing.
3) Mengkaji apakah ‘jalan-jalan’ lebah-madu yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah ianya menggunakan gelombang 6-260 Hz?
4) Mengkaji kenapa Al-Quran menyuruh lebah-madu membuat sarang di atas pokok dan di rumah-rumah manusia (atap)? Adakah ini bermakna gelombang rendah ini merbahaya kepada manusia?
5) Mengkaji kesan dan bahaya pencemaran dari tenaga/medan elektromagnetik.
6) Dan sebagainya.



Al-Quran Menjelaskan Segala-galanya

Al-Quran menjelaskan segala-galanya, baik yang sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW maupun selepas Baginda, selepas zaman para sahabat, dan sehinggalah ke akhir zaman. Bahkan Al-Quran menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku sekarang seperti kesan dan bahaya ICT terutama komunikasi tanpa wayar yang menggunakan gelombang rendah. Ilmu-ilmu terkini dan canggih ini sudah tentu tidak tercapai dan difahami oleh para ulama terdahulu tetapi ianya amat jelas di dalam Al-Quran.

Ulama “Sunat” vs Ulama “Tajdid”
Tidak salah bagi para ulama menulis pelbagai buku-buku doa, zikir, dan pelbagai amalan sunat yang akan memberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda dan akan masuk syurga tanpa dihisab (sesiapa yang mengamalkannya), tetapi Al-Quran juga ada mengatakan ulama yang menyembunyikan (tidak mengkaji) Al-Quran setelah lengkapnya keseluruhan Al-Quran (sesudah wafatnya Nabi SAW) akan dilaknati Allah (2:159), dan mereka yang menjual dengan harga yang murah maka perut mereka akan dipenuhi dengan api neraka dan untuk mereka seksaan yang amat pedih (2:174).

Maka marilah kita semua bersatu hati dan tenaga, dan hentikan segala pertelingkahan sesama kita. Kita (orang ramai yang tidak arif tentang Al-Quran) berharap bagi kedua-dua jenis ulama ini samada yang suka melakukan yang sunat-sunat maupun yang mahu melahirkan pembaharuan minda akan berdamai dan dapat membantu kita mengkaji dan mengeluarkan ilmu-ilmu yang maha hebat dari Al-Quran (dan diharap mereka tidak menghalang kita mengkaji ayat-ayat Allah ini).

Kesimpulan
Pada siri ini kita melihat/mengkaji sepintas lalu bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang “kuasa” elektromagnetik untuk mempengaruhi dan memesong otak dan minda manusia. Al-Quran memberi penjelasan “Lebah-Madu” (16:67-69), “Matahari Terbit dari Barat” (54:1, 15:72-77), dan “Al-Quran & ICT” (51:1-11) yang kesemuanya ada kaitan dengan “kuasa ghaib” elektromagnetik, iaitu teknologi terkini yang dikaji dan dieksploitasi oleh Barat.

"Tidakkah ada umat Islam yang mahu mengkaji Al-Quran?", menjana ilmu-ilmu yang hebat dari Al-Quran, membina tamadun yang dihormati dan digeruni? dan yang paling penting menyelamatkan umat dan agama Islam yang suci murni ini?

Wallahu A'lam.

1 comment:

  1. Menarik topik ini,

    Tahniah atas usaha saudara, menulis

    ReplyDelete