Followers

Friday, November 6, 2009

Quran Menjelaskan Fenomena Terkini!

Pengenalan
Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” (An-Nahla 16:89), bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran” (Al-An’am 6:38). Al-Quran adalah super komputer!

Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa berlaku kehilang lebah madu.

Al-Quran Menjelaskan Technology ICT
Al-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi. Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11) terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?



Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu Menakutkan
Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu (honey bee) di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan mobil-fon sebagai penyebab utama? Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69), dan sarang-sarangnya mesti di tempat tinggi (16:68)?

Quran Jelaskan Penyakit Kanser
Selain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis juga risau terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari penggunaan mobil-fon, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar pinil yang merembes hormon melatonin mengandungi banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh mencegah kanser. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan?


Allah Melarang Berfikir Cara Induktif
Allah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari Al-Quran (10:35-37). Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka?

Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).

Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif
Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dsb)?

Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)? Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar), tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir?

Otak “berfikir” Menggunakan Elektromagnetik
Pada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan teori “CEMI field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?

Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan Merekah?
Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang “Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (55:1), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74). Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar tenaga elektrik ke arah bumi!

Sistem Pentadbiran Islam
Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina prasarana (22:41) dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam, ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33). Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat, dan siapa dia Al-Mutawassimin?

Siapa Yang Sebenarnya "AMIL"?
Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak, dan sebagainya?

Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf; adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?

Amalan Solehan
Di Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”. Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke dua termaju! Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara negara yang termundur?

Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan mengembirakan anak-anak yatim (2:220), atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).

Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance indicator) dalam hidup mereka (41:33). Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya untuk terus diangkat jadi pemimpin (24:55).

Kenapa Umat Islam Tidak Menjana Ilmu?
Statistik dunia menunjukkan umat Islam hanya mengeluarkan kira-kira 3% ilmu saintifik, itu pun yang rendah mutu . Kenapa jadi begini? Kenapa umat Islam tidak mahu mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran?

Insyaallah kita akan sama-sama bincangkan dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran.

Wallahu A’lam.

6 comments:

  1. Salam. Tahniah di atas blog yg cukup menarik ini. Syukran jazilan.

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh di atas sokongan tuan. Sekiranya ada salah dan silap tolong betulkan saya. Kita sama-sama mengkaji dan menimba ilmu yang maha hebat di dalam kitab suci Al-Quranul Karim. Jazakallah Kathiran.

    ReplyDelete
  3. hanya sebagai pendapat , anda mungkin yg ada asas sains kalau tidak masakan anda dapat berhujah sedemikian rupa . tapi kenapa buku2 sains tu tidak kita tekankan sebagai ilmu yg lebih penting kepada umat islam hari ini yg hanya berperanan sebagai pengguna . bolehkah kita sambung kajian2 sains terkini dgn idea2 baru berlandaskan al quran. dunia sains masih terbuka luas , banyak lagi rahsia al quran .kalau tidak kita hanya sentiasa di belakang .

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar...tak dapat saya nak sebutkan dgn kata2..hebat sungguh AlQuran..teruskan usaha..

    ReplyDelete
  5. Tugas mengkaji dan menjana ilmu dari Al-Quran ini adalah kewajipan kita bersama. Alhumdillah para ulama memberi kerjasama yang amat baik kepada saya semasa membuat perbincangan ilmiah dgn mereka. Mereka mengakui kelemahan mereka dari segi ICT/Sains, dan kita ni memanglah terlalu dhaif dari segi ilmu agama dan al-quran. Maka marilah kita semua bersatu hati, mari kita berdamai (mana-mana yg tengah bergaduh tu), semua ulama ada kekuatan dan kehebatan masing-masing.

    ReplyDelete
  6. trime kasih.teruskn usaha anda..

    ReplyDelete