Thursday, December 3, 2009

Al-Quran Menjelaskan Transceiver/Komputer

Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com

Pendahuluan

Alhamdulillah kita dapat menyambung siri Kajian “Al-Quran dan ICT”, dan pada kali ini kita akan mengkaji ayat ke-4 “Dan Demi Pembahagi yang membahagi Arahan”. Kita akan membuat sedikit ulang kaji ayat 51:1-3, kemudian kita mengkaji perubahan bentuk (Metamorfosis atau transformasi) yang berlaku, dan kita akan melihat betapa tepat dan hebat tertib-susunan (chronological sequent of events) ayat-ayat Al-Quran mengajar manusia bagaimana menjana komunikasi tanpa wayar.

Seterusnya kita sama-sama fikirkan adakah ayat-ayat ini dibuat secara kebetulan atau memang ianya dirancang dengan rapi dengan ilmu pengetahuan yang amat tinggi.

Pada siri akan datang kita akan bincang kenapa sesetengah kitab tafsir memasukkan perkataan “Angin”, “Awan/Hujan”, “Kapal-kapal”, dan “Malaikat” ke dalam kitab terjemahan ayat-ayat ini, kenapa ini boleh berlaku, dan dari mana perkataan-perkataan ini datang.


Ulangkaji

Kita sekarang sedang mengkaji ayat-ayat Quran yang menjelaskan tentang ICT (wireless communication technology) iaitu 11 ayat berturut dalam surah Az-Zaariyat (surah Makiyyah, 60 ayat). Di bawah ini adalah petikan dari terjemahan Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb ayat 51:1-4.



Ayat 51:1 “Demi Elektron Yang Menabur”
Pada ayat 51:1 kita mengkaji perkataan-akar (root word/jazru kalimah) “Zara” yang bermakna “terbang dan menabur” (to scatter/disperse) iaitu asas kepada perkataan “Az-Zaariyat” dan “Zarwa”. Pada ayat ini Allah SWT telah bersumpah dengan “Az-Zaariyat” untuk menunjukkan betapa penting dan hebatnya makhluk ciptaan Allah ini. Nahu “Al-Maf’ulul mutlaq” digunakan untuk menjelaskan “Zarwa” untuk memberi makna kesan semulajadi yang melampau dari perbuatan “Az-Zaariyat”. Pada hari ini ahli sains telah menjumpai satu makhluk yang sama dengan penjelasan ayat 51:1 iaitu “elektron” apabila ia terbang keluar dari orbitnya maka berlaku satu penaburan foton yang teramat banyak dan yang terbang dengan teramat laju.


Ayat 51:2 “Dan Demi Foton Yang Membawa Data”

Ayat 51:2 disambung dengan “Fa” maksudnya berlaku kesinambungan yang segera/cepat atau perubahan (tranformasi) dari “Az-Zaariyat” kepada “Al-Haamilat”. Perkataan ini berasal dari “Hamala” yang bermakna membawa (to bear/carry/lift) dan “Al-Haamilat” bermakna “Pembawa”. Perhatikan perkataan “hamil/pembawa” di sini adalah seperti ibu mengandung (wanita hamil) di mana ibu dan anak adalah satu jasad yang tidak boleh dipisahkan.

Dari segi ICT, “Al-Haamil” dan “Data” memang tidak dapat dipisahkan sebab kedua-duanya merupakan satu benda yang sama, yang tidak dapat dipisahkan.

Perkataan “wiqra” bermakna muatan yang banyak (burden, to be heavy, could not be heard), dan nahunya ialah “Maf’ulumbih” yang menjelaskan objek yang dibawa iaitu muatan yang banyak tetapi tidak boleh didengar oleh telinga manusia. Maha hebat! Lihat, Al-Quran mengajar manusia supaya membezakan antara gelombang bunyi (berbentuk mekanikal, bergerak melalui perlanggaran molekul udara), dan gelombang elektromagnetik (fotonik, bergerak melalui gelombang).

Gelombang bunyi bergerak pada kelajuan kira-kira 0.34 km/saat, sedangkan gelombang cahaya pada kelajuan 300,000 km/saat!


Ayat 51:3 “Demi Elektromagnetik meluncur dengan teramat mudah”

Ayat 51:3 juga disambung dengan “Fa” untuk menunjukkan berlaku kesenambungan atau perubahan (transformasi) dari “Al-Haamilat” kepada “Al-Jaariyat”. Perkataan “Jara” bermakna berlari atau meluncur (to flow, glide, run, be current), maka “Al-Jariyat” bermakna peluncur atau pelari. Perkataan “Yusra” bermakna “kemudahan atau kesenangan” (with ease), dan nahunya adalah “Al-maf’ulul mutlaq” untuk menunjukkan semudah-mudahnya, sesenang-senangnya (tanpa sebarang halangan).

Di sini Al-Quran memastikan bahawa gelombang ini adalah gelombang elektromagnetik (cahaya), dan bukannya gelombang bunyi. Gelombang bunyi tidak dapat bergerak/meluncur dengan semudah-mudahnya sebab ianya berbentuk mekanikal. Ia bergerak melalui perlanggaran jasad (molekul udara), tanpa jasad (seperti vakuum) bunyi tidak boleh bergerak. Bunyi juga tidak boleh bergerak melalui penghadang seperti dinding.


Ayat 51:4 “Demi Transceiver/Komputer yang membahagi arahan”

Ayat 51:4 “Dan Demi Pembahagi yang membahagi arahan”. Ayat ini juga mengandungi 3 patah perkataan “Fa”, “Al-Muqassimat”, dan “Al-Amra”. “Fa” adalah penyambung dari ayat 51:3. Perkataan “Muqassim” adalah perkataan pembuat (ismul fa’il/active participle) dari perkataan-akar qasama yang bermakna pembahagi (to apportion, divide, distribute). Maka “Al-Muqassimat” bermakna “Pembahagi” (distributors). “Amra” adalah masdar (verbal noun) yang bermakna urusan/arahan/berita (matter/affair, news, cammand), yang berasal dari kata-kerja “amara” yang bermakna mengarah (commanded). Dari segi nahu “amra” adalah objek yang kena buat (maf’ulumbih).

Kita telah mengkaji dari segi makna, kesinambungan, hukum, dan sifat ke-empat-empat makhluk kejadian Allah SWT iaitu Az-Zaariyat, Al-Haamilat, Al-Jaariyat, dan Al-Muqassimat. Dari segi nahu, kita ketahui “Zarwa” adalah “almaf’ulul mutlaq”, “Wiqra” adalah “Maf’ulumbih”, “Yusra” adalah “Al-maf’ulul mutlaq”, dan akhir sekali “Amra” adalah “maf’ulumbih”. Sudah tentu ianya amat menarik untuk kita sama-sama mengkaji kenapa ianya berpasang-pasangan.


Metamorfosis 4 Makhluk Ciptaan Allah

Di dalam ayat 51:1-4, Allah SWT telah bersumpah dengan 4 makhluk penting Az-Zaariyat, Al-Haamilat, Al-Jaariyat, dan Al-Muqassimat. Setelah dikaji dari segi Saintifik/ICTifik kita rumuskan ke empat-empat makhluk ini ialah Elektron, Foton, Gelombang Elektromagnetik, dan Transceiver.

Al-Quran menjelaskan Allah SWT telah mencipta satu makhluk yang dipanggil “Az-Zaariyat” yang mematuhi satu hukum (peraturan) iaitu akan membuat penaburan yang teramat banyak apabila ia terbang (keluar dari orbitnya). Hasil dari penaburan ini, maka terjadilah makhluk ke-dua “Al-Haamilat”, iaitu yang bersifat boleh membawa muatan yang banyak.

Makhluk ke-3, “Al-Jaariyat” terbentuk setelah makhluk ke-dua membawa muatan, dan ianya pula mematuhi satu hukum iaitu meluncur dengan teramat mudah (tanpa ada sebarang benda yang boleh menghalang pergerakkan atau perjalanannya). Dan akhir sekali Al-Quran menjelaskan makhluk ke-4 “Al-Muqassimat” yang bersifat membahagi data atau arahan.

Insyaallah di siri akan datang kita akan bincangkan bagaimana elektron boleh melompat keluar dari orbitnya untuk menghasilkan tenaga foton, bagaimana tenaga foton ini menghasilkan gelombang elektromagnetik (EM), bagaimana data dibentuk, dikumpulkan, dan dibahagi-bahagikan, dan seterusnya kesan baik dan buruk EM kepada manusia dan alam sekitar.


Tertib Susunan (chronology/sequence of events)

Oleh kerana Allah SWT menggunakan penyambung ‘Fa’ dalam ayat-ayat ini, maka ia bermakna terdapat metamorfosis (perubahan bentuk/sifat) atau transformasi (peralihan keadaan) yang hendak dijelaskan kepada manusia.


Chronology

Az-Zariyat ==> Al-Hamilat ==> Al-Jariyat ==> Al-Muqassamat
Penabur ==> Pembawa data/muatan ==> Peluncur ==> Pembahagi data/arahan
Elektron ==> Foton ==> Gelombang Elektromagnetik ==> Transciver

Mungkinkah Nabi Muhammad SAW sudah mempunyai pengetahuan tentang makhluk-makhluk ini? Mungkinkah Baginda Nabi SAW tahu kronologi atau tertib-susunan mahkluk ini supaya ianya bermakna dan dapat digunakan oleh manusia? Tidakkah ini membuktikan Al-Quran itu kalam Allah?

Bolehkah Foton terhasil sekiranya elektron tidak terbang/melompat keluar dari orbitnya? Boleh gelombang elektromagnetik meluncur sekiranya tidak ada tenaga foton? Dan bolehkah “transceiver” mengumpul dan membahagi data/arahan sekiranya gelombang tidak ada?

Ke empat-empat ayat ini MESTI disusun dalam tertib sebegini, kalau tidak komunikasi tanpa wayar tidak boleh berlaku. Misalnya tidak boleh kita luncurkan foton terlebih dahulu kemudian baru kita cuba mengisi (mengkod) data. Begitu juga foton tidak akan bertabur sekiranya elektron tidak melompat keluar orbit. Tidakkah susunan 4 ayat ini amat menakjubkan?

Sekiranya anda merasakan ianya berlaku secara rawak atau kebetulan, nanti kita akan mengkaji 7 ayat seterusnya (51:5-11). Mungkinkah seorang yang buta-huruf mampu menyusun kesebelasan ayat ini?

Maha Suci dan Maha Agong Allah SWT.

Wallahu A’lam.

6 comments:

  1. assalamualaikum....
    saya gina, mahasiswi universitas negeri padang, di indonesia.. saya belajar tentang teknik informatika di universiti saya...
    saya terkesan ketika membaca blog ini.., sangat luar biasa, hubungan antara alqur'an dan komputer..
    bolehkah suatu saat nanti saya mengundang bapak sebagai pembicara, tentang alqur'an dan komputer...
    saya sangat senang sekali jika bertemu dengan bapak...
    ini email saya azeryza.gina@gmail.com..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    SubhanaAllah,,,Wabihamdihi,,,
    Keadaan yang dijelaskan di ats amt2 memberansangkan minda para pengkaji ICT. .dan Al-Quran memang relevean pada setiap zaman serta boleh diulang tafsir lagi dengan maksud2 terkini dalam kehidupan manusia seharian kini. .Disebabkan oleh itulah yang memerlukan kita semua kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah. . saya memang minat mengkaji bab2 dalam Al-Quran terumatamnya apabila sya terbca pada satu surah dimana Allah telah bersumpah " Maka demi jarak antara bintang, Aku bersumpah tiadalah tuhan selain Aku..." sumpah Allah ini amat2 besar maknanya. .sekian Wassalamm..

    ReplyDelete
  3. Mohon share di Blog saya ...terimakasih
    http://komputerdananda.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hashim,

      Dipersilakan, semoga kita semua dapat menunaikan tanggung-jawab kita untuk mengembirakan umat Islam dengan ilmu-ilmu yang hebat terkandung dalam kitab suci Al-Quran. Allah SWT telah berjanji bahwa kitab Al-Quran akan mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, daripada jahil kepada umat yang berilmu dan umat yang terbaik "khaira ummatin".

      Sesungguhnya segala yang baik dan benar adalah hanya dari Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, dan segala yang salah-silap dan kekurangan adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

      Delete
  4. kita tidak perlu dengan gambalng mengatakan temuan ilmiah ada dalam alquran, asal ada teknologi baru kita cari dalam alquran., seharusnya tugas umat islam membuat dan menjelaskan alquran itu sendiri dengan berbagai karya baik teknologi maupun bidang lain. bukan mencap karya orng lain dengan menyandarkannya ke alquran walaupun sekali benar,

    ReplyDelete
  5. Memang benar pendapat DUhariandin, namun hakikat yg saya hadapi ialah bukannya berhadapan dgn orang seperti Tuan DUhariadin tetapi dengan para ulama Islam yang kurang percaya bahwa Al-Quran menjelaskan segala perkara dengan terperinci lagi mendalam. Sehingga ke hari ini mereka masih lagi memerapkan deraf buku-buku saya sebab mereka mahu mengkaji terlebih dahulu.

    Sepatutnya para ulama yang mengkaji ayat-ayat Al-Quran dan menjana ilmu dan teknologi baru, tetapi malang sekali kelihatan seolah-olah mereka pula yang menjadi penghalang! Saya telah membentangkan kertas-kerja dihadapan para ulama dibeberapa pusat pengajian terkemuka di Malaysia, walaupun mereka memuji hasil kajian saya ini, namun mereka tidak ikhlas sebab tidak ada tindakkan susulan dari mereka.

    ReplyDelete