Saturday, November 5, 2011

God Intelligence (Al-Quran) vs Artificial Intelligence (Komputer)

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com


Pendahuluan

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat/taabiin, para mujahid, para alim-ulama, para guru/ustaz, dan seluruh muslimin dan muslimat.


Dengan izin Allah SWT kita dapat berjumpa lagi. Pada siri-siri yang lepas kita telah melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan ilmu yang hebat lagi terkehadapan (advanced) seperti wireless communication, teori Einsteins E=MC2 iaitu semua benda dijadikan dari tenaga (energy), pemikiran induktif dan deduktif, dan "panduan pengguna" Al-Quran yang saya namakan "an advanced multi-dimension relational database management system" atau ringkasnya AMD-RDBMS. Kaedah menafsir Al-Quran AMD-RDBMS ini adalah berteraskan tafsir metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) yang mana QbQ ini telah dipersetujui oleh para alim ulama sebagai cara terbaik untuk memahami dan menafsir Al-Quran.

Antara mukjizat Al-Quran ialah ianya bersifat "super-super computer", iaitu memampatkan 10 lautan-dakwat ilmu (lebih dari 13,000 trilion buah buku) ke dalam hanya kira-kira 6,236 ayat sahaja. Oleh kerana ianya bersifat "komputer", maka ayat-ayat Al-Quran haruslah dirungkai (decode) dengan kaedah ICT (computer) juga. Inilah yang sedang kita bincangkan sekarang iaitu bagaimana untuk menjana 10 lautan-dakwat ilmu dengan menggunakan kaedah ICT, atau lebih spesifik lagi kaedah AMD-RDBMS.


Teguran dan Soalan

Terima kaseh kepada pembaca yang telah menegur saya kerana kesilapan saya menyamakan Al-Quran dengan computer. Maafkan saya di atas kesilapan ini, semoga Allah SWT mengampuni kesilapan saya ini. Saya berharap mana-mana pembaca yang terkeliru dengan penulisan saya ini, harap dapat hubungi saya atau menghantar komen. Agak sukar untuk saya menjelaskan ilmu dan konsep yang tinggi dan abstrak dengan baik, dan mudah difahami.


Apabila saya sebut "super-super komputer" saya tidak maksudkan AL-Quran sama dengan 2x ganda kuasa komputer. "Super-super" (diulang 2x) untuk menunjukkan sifat melampau, sifat teramat sangat  (atau "cognate object", atau "sighah mubaalaghah").Saya boleh juga menulis "super-super-super-super ....." beribu-ribu kali sehingga penuh beberapa muka surat untuk menunjukkan Al-Quran itu penuh dengan mukjizat dan kehebata, tetapi di dalam penulisan akademik memadai kita gunakan nahu melampau.

Kaedah yang saya gunakan ini adalah berlandaskan Al-Quran seperti penggunaan "nahu melampau" sebab dalam banyak juga digunakan perkataan "sighah mubalaghah" atau nahu "almaf'ululmutlaq". Kaedah penyampaian (penulisan) menggunakan "konsep" dan "perumpamaan" juga banyak digunakan dalam Al-Quran. Oleh itu apabila saya katakan Al-Quran adalah "super-super computer" maksudnya Al-Quran itu teramat-sangatlah canggih, sistematik, tersusun rapi (berkaedah), padat, pantas, mudah, dan sebagainya (berkonsepkan komputer tetapi jauh lebih baik dari komputer).
.

Makna Semantic

 Kepada soalan "tidak jumpa makna semantik dalam Al-Quran", buat masa sekarang memang agak sukar untuk saya menjelaskannya secara mudah dan santai. "Advanced Multi-Dimension" merujuk kepada pelbagai "bases" seperti yang biasa kita guna "data base" dan "knowledge base", dan juga merujuk kepada "bases" yang belum pernah kita jumpai tetapi konsep dan amalannya dinyatakan dalam Quranul Karim.


Sebagaimana yang dijelaskan pada siri lepas, perkataan dalam Al-Quran selalunya mempunyai banyak makna hakiki (makna lexicon),  juga mengandungi banyak makna konsep (juga makna yang tersenarai dalam kamus), dan ada makna yang tersirat seperti makna yang terkandung dalam "wazan" (form), atau terselindung di sebalik nahu (seperti maf'ululmutlaq). Walaupun ianya tersirat namun ianya jelas sebab mempunyai hukum dan peraturan yang tersusun dan sistematik. Oleh itu kita tidak boleh mengeluarkan makna secara "takwil" (seperti orang takwil mimpi yang tidak ada asas dan peraturan), iaitu sesuka hati kita saja.

Untuk membina "semantic nets" memerlukan kepakaran memindahkan representasi ilmu (knowledge representation) dari bentuk simbolik bahasa Al-Quran (arab klasik) kepada representasi bahasa komputer seperti propositional dan predicate logic. Sesudah itu, Al-Quran menjelaskan penjanaan ilmu berlaku secara "recursive verses" atau "pengulang-gantian ayat-ayat" atau dalam ayat Quran disebut "nusarriful aayaat" iaitu konsep seperti yang digunakan dalam artificial intelligence system.

Sesungguhnya saya amat tidak menyangka dan menduga sama sekali bahawa Al-Quran menjelaskan metod dan cara-cara menimba ilmu dari Al-Quran. Yang paling menghairankan ialah metod yang dianjurkan adalah metod yang tersangat advance, yang sangat terkini, yang memang tidak pernah wujud pada zaman Nabi atau para sahabat, atau sehingga abad ke-19.


AMD-RDBMS: Metod berasaskan Quran bi Quran (QbQ)



Saya tidak pernah mengatakan tidak boleh menggunakan kaedah lain untuk mengkaji dan memahami Al-Quran; sesiapa yang ingin menggunakan metod dan kaedah lain dipersilakan namun ianya mestilah yang telah diperakui dan dipersetujui oleh para alim ulama. 

Apa yang saya katakan ialah untuk menjana dan mengeluarkan ilmu-ilmu baru (seperti ilmu ICT, nanoteknologi, pakaian keselamatan, ubat barah, dsbnya), mestilah menggunakan kaedah QbQ sebab Allah SWT sendiri yang mengumpulkan ayat-ayat Quran, Dia yang menQur'ankan (menghubung-kait/conjoin), dan Dia sendiri yang menjelaskannya (Al-Qiamah 75:16-19). 





Oleh kerana Al-Quran adalah kitab untuk sepanjang zaman, iaitu kitab yang sesuai dan relevan dari zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah ke hari kiamat (mungkin 1 ribu, 100 ribu atau berjuta-juta ribu tahun lagi) maka sudah tentulah ada banyak metod QbQ. Metod yang saya perkenalkan AMD-RDBMS bukanlah mutlak; ianya adalah salah satu dari antara banyak-banyak metod QbQ.

Sebagai contoh: Mungkin pada tahun 3000 manusia tidak lagi menggunakan komputer, tetapi peralatan lain yang lebih canggih misal hanya mendengar bunyi sahaja sudah dapat menjana ilmu. Maka pada ketika itu Al-Quran akan menjelaskan cara-cara untuk menimba dan mengeluarkan ilmu secara mendengar bunyi sahaja. Kaedah dan metodnya maseh lagi tetap berasaskan QbQ (Al-Quran bi Al-Quran), maseh lagi diambil dari ayat-ayat Al-Quran tetapi teknologinya bertukar kepada "mendengar bunyi".



Belajar dan Ambil Kursus Asas ICT

Pada siri lepas kita menyentuh sepintas lalu tentang ontology, konsep, skema, propositional dan predicate calculus, dan semantic, saya berharap para pembaca dan pelajar yang serius terutama dari jurusan Quran dan Sunnah akan mendalami ilmu-ilmu asas ICT dari sumber-sumber lain (sebab ianya terlalu teknikal untuk dibentangkan dalam blog ini). Namun begitu, Insyaallah sekiranya ada peluang dan kesempatan saya akan cuba mengupasnya secara santai (secara mudah dan ringkas) pada siri-siri akan datang.

Perkataan "ontology" dalam ICT (yang sedang kita belajar sekarang) bermakna "standard definasi" kepada pelbagai istilah dan konsep (dalam satu sistem atau knowledge domain). Harap jangan terkeliru dengan perkataan "ontology" yang digunakan dalam falsafah pendidikan yang merujuk kepada definasi ilmu yang termasuk ilmu abstrak metafizik. Lawan kepada "ontology" ialah "epistemology" iaitu ilmu yang berasaskan kepada yang boleh dikaji, dikesan, dan dibuktikan oleh pacaindera manusia.


Sistem Pendidikan Negara

Perkembangan sains dan teknologi, dan pembudayaan ICT telah merubah cara manusia berfikir, iaitu dari deduktif kepada induktif. Sekarang kita lihat manusia bertindak secara melulu, impulsive, tidak ubah seperti binatang, kejam, zalim, dan tidak berperi kemaknusian. Ramai manusia pada hari ini sudah tidak boleh lagi berfikir 2 kali. Mereka kata mereka sudah berfikir 1000x, walhal pada hakikatnya mereka sebenarnya hanya berfikir satu kali sahaja, iaitu secara induktif. Mereka tidak tahu pun bagaimana berfikir secara deduktif (sila rujuk kepada artikel yang lepas-lepas tentang berfikir secara induktif vs deduktif).

Al-Quran mengajar manusia supaya berfikir secara deduktif, iaitu berfikir dan membuat keputusan (bertindak) mengikut hukum dan peraturan hidup, bukan secara pemerhatian atau ikut selera sendiri (induktif). Sekiranya dibuat kajian, kemungkinan besar orang-orang Melayu (Islam) kebanyakkan berfikir secara induktif. Dan sekiranya betul tekaan saya ini, mungkin kerajaan mahu mengkaji semula sistem pendidikan negara.

Sistem pendidikan negara yang mengguna-pakai konsep Bloom Taxonomy iaitu pendidikan kognitif (minda), afektif (perasaan), dan saikomotor (pergerakan) adalah baik dan tidak bercanggah dengan Al-Quran. Cuma yang menjadi bercanggah ialah apabila kurikulum dan kandungannya tidak mengarahkan kepada pembentukan pelajar yang berfikir secara deduktif, yang mendisiplinkan diri mengikut hukum dan peraturan.
  
Maafkan saya kerena berbeza pendapat dengan kebanyakkan pakar motivasi dan penceramah bebas yang gemar menyalahkan ibu-bapa (yang menyebabkan berlakunya gejala sosial). Cuba tengok kepada sirah Nabi Muhammad SAW, adakah baginda dididik oleh ke-dua ibu-bapanya? Cuba lihat anak nabi Adam a.s., anak nabi Nuh a.s. dan anak-anak nabi Ya'kub a.s (yang dididik sendiri oleh ibu-bapa), tetapi kenapa ada di antara mereka menjadi jahat atau mati dalam keadaan kekufuran? Cuba lihat pula kepada kesah nabi Ibrahim a.s, siapa bapanya? Oleh itu teori ibu-bapa yang menyebabkan masalah sosial (remaja) sekarang adalah kurang tepat. Apabila diagnosis sudah tidak tepat, maka sudah tentu pengubatan (tindakkan susulan) juga akan menjadi tidak betul!  



God Intelligence (Al-Quran) vs Artificial Intelligence (komputer)

Apabila saya katakan Al-Quran adalah "super-super computer", saya tidak maksud Al-Quran itu sebiji sama dengan komputer. Al-Quran adalah "God Intelligence" (ilmu Allah) manakalah komputer adalah "artificial intelligence" (ilmu manusia). Saya hanya menyatakan dalam bentuk metafor, dalam bentuk konsep, agar mudah kita faham (dapat kita membuat sedikit gambaran dan bayangan). Pembelajaran secara metafor atau secara similitude atau kaedah-perbandingan atau kaedah konsep ini adalah merupakan kaedah yang dianjurkan oleh Al-Quran.

Al-Quran mengandungi lebih dari 10 lautan-dakwat ilmu manakala ilmu yang terdapat dalam komputer tidak sampai pun 0.000001% lautan-dakwat ilmu, tidak sampai pun satu tasek-dakwat ilmu. Sebab itu Allah SWT mengatakan "Al-Quran diturunkan atas rahmat dan belas kasihan Allah SWT dan Al-Quran itu adalah lebih baik dari segala-gala kitab yang sedang dan akan mereka kumpulkan (Yunus 10:58)". Allah SWT mengatakan umat Islam tidak memerlukan kitab-kitab lain, cukup dengan kitab Al-Quran sahaja.

Namun untuk belajar kitab-kitab lain tidak menjadi kesalahan selagi kita tidak menyamakan atau menyanjung atau meninggi kitab tersebut setaraf dengan Al-Quran. Memang pada hari ini kita nampak Al-Quran seolah-olah tidak "power", ianya bukan Al-Quran yang tidak "power" tetapi umatnya yang telah meninggalkan Al-Quran dan menjadikan kitab lain sebagai sumber rujukan dan dakwah.


Nas dan dalil (AMD-RDBMS)

Terdapat banyak nas dan dalil supaya menggunakan metod "recursive verses" atau "tasrif ayat-ayat" untuk menjana ilmu dan pengetahuan baru (dari Al-Quran). Antaranya: 

     

Bagi sesiapa yang belajar nahu bahasa Arab mungkin akan dapat melihat penggunaan "an" dan 3 perkataan yang di mansubkan iaitu "yab'atha", "yalbisa", dan "yuziiqa". Saya pindahkan ayat 6:65 ini kepada psedo-kod komputer:


Insyaallah kita akan bincang dengan lebih lanjut dan mendalam lagi ayat Al-An'am 6:65 ini.


"Recursive Verses": Lagi Nas dan dalil

Cuba kaji ayat 1 dari surah An-namla dan ayat 1 dari surah Al-Hijir. Di mulakan dengan huruf Qat'i (huruf potong/ringkas), kemudian dijelaskan bahawa inilah Al-Quran dan kitab yang amat jelas.






Dalam ayat 1 surah Al-hijir "diulang dan diubah", "Alif-Lam-Raa inilah kitab dan Quran yang amat jelas".



Dari kacamata orang awam yang tidak tahu ilmu komputer, tidak tahu ilmu "artificial intelligence", iaitu ilmu bagaimana untuk menjana ilmu (knowledge base system) dengan menggunakan "recursive technology" (atau recursive schema), maka mereka tidak faham ayat atau usul (proposition) ini. Mereka akan menyangka ayat-ayat ini membazir (redundance) sebab tidak membawa banyak makna (nampak seolah-olah serupa). Tetapi bagi orang-orang ICT, ayat-ayat ini teramatlah maju dan terkehadapan (advanced), dan hanya difahami pada kurun ke-20 apabila sudah lahir ilmu komputer (ICT).

Tanpa ayat-ayat seperti ini kita tidak tahu bahawa antara metod Al-Quran bi Al-Quran ialah menggunakan konsep dan teknologi "recursive" (penjelasan secara pengulangan dan penggantian ayat-ayat) seperti yang digunakan dalam "knowledge base system" dan "artificial intelligence system", dan tidak mungkin kita dapat menjana 10 lautan-dakwat ilmu dari kitab Al-Quran. Subhanallah!


Mahathir: Tafsir Semula Al-Quran, K-ekonomi, dan MSC

Lihat lagi pada surah Al-Qamar 54 di mana ayat yang menjelaskan "Sesungguhnya Al-Quran telah dipermudahkan .." diulang sebanyak 4x iaitu pada ayat17, ayat 22, ayat 32 dan ayat 40.



Kenapa Mahathir lebih yakin dengan Al-Quran dari sesetengah para alim ulama? Kenapa Mahathir mahukan Al-Quran ditafsir semula (tafsir lagi)? Tafsir semula Al-Quran tidak akan menukar akidah, atau cara peribadatan umat Islam. Hanya dengan menimba ilmu dari Al-Quran umat Islam akan dapat menandingi ilmu dan teknologi Barat. Siapa yang bersalah pemimpin (dasar kerajaan) atau rakyat? 

Saya yakin sekiranya orang melayu tidak rasuah, tidak menyalah-gunakan kuasa, dan umat Islam jujur, bersikap terbuka dan tidak bergaduh sesama sendiri, maka Malaysia akan dapat mencapai hasrat Wawasan 2020, dan menjadi sebuah negara maju setanding dengan Jepun.Mungkin pada hari ini Malaysia mula merasai nikmat dasar ekonomi baru yang berasaskan Quranomi.


Contoh
.
Ramai yang kurang percaya Al-Quran yang hanya mengandungi kira-kira 6236 ayat boleh menjelaskan segalanya. Mari kita lihat makhluk Allah iaitu "warna". Percayakah kita bahwa warna yang kita lihat di sekeliling kita yang nampak beranika warna yang sebenarnya dihasilkan dari 3 warna asas?

Bagi mereka yang belajar senilukis atau senicahaya, mereka tahu bahwa semua jenis warna boleh dihasilkan dari 3 warna asas iaitu Merah-Hijau-Biru (ada antara kita panggil "roygibiv" atau red-green-blue). Dari 3 warna asas ini akan dapat dihasilkan beratus-ratus atau beribu-ribu warna lain.
 

Di bawah ini adalah contoh bagaimana hanya dari 3 warna asas dapat menjana beratus-ratus jenis warna lain. Rahsianya agak mudah iaitu hanya dengan "menukar-nukar" campuran dari 3 warna asas tadi. Misalnya "Biru" campur "Merah" maka akan lahir warna "megenta", "merah" + "hijau" = "kuning", dan sebagainya. 
 




 Namun bagi orang yang tidak tahu seni, yang buta seni, maka mereka tidak percaya bahawa hanya dari 3 warna dapat melahirkan beratus-ribu warna lain. Mereka tidak akan percaya warna "kuning" dapat dihasilkan dari percampuran warna "merah" dan "hijau". Begitu juga dengan Al-Quran, hanya dengan 6,236 ayat sahaja dapat menjelaskan segala-galanya, dapat mengeluarkan lebih dari 10 lautan-dakwat ilmu!


Kesimpulan

Untuk mengeluarkan dan menjana ilmu yang tinggi lagi hebat, iaitu ilmu-ilmu yang membawa manusia ke jalan yang lurus, jalan yang diredai Allah SWT, mestilah menggunakan metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) iaitu mengikut "user manual" yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran, dan berpandukan kepada 6,236 ayat Quran yang saling menjelaskan sesama sendiri.

Metod QbQ membuktikan Al-Quran adalah benar-benar Kalam Allah, adalah diturunkan dari Allah SWT, dan bukannya hasil rekaan Nabi Muhammad SAW, atau manusia/jin lain. Kehebatan Al-Quran menjelaskan ilmu-ilmu ICT yang canggih lagi terkini membuktikan Al-Quran menjelaskan segala-galanya, membuktikan Al-Quran itu kitab yang mendalam lagi terperinci, dan bukannya kitab ringkasan, bukannya kitab yang kurang jelas atau kelabu asap sehingga memerlukan kitab-kitab lain untuk kita memahami ayat-ayat Quran. 

Mengikut kajian saya, antara metod QbQ yang dijelaskan di dalam Al-Quran ialah advanced multi-dimension relational database management system (AMD-RDBMS) iaitu yang berasaskan "data base system" dan "knowledge base system". Terdapat dalil-dalil yang jelas yang menunjukkan Al-Quran menggunakan konsep knowledge representation yang berasaskan propositional dan predicate calculus, dan juga "recursive verses" (nusarriful aayaat) untuk menjana ilmu dan pengetahuan baru.

Wallahu a'lam.