Tuesday, October 22, 2013

Al-Quran Menjelaskan Knowledge Representation Expert System

Quranlyst: Khalid Yong  akhalidyong@gmail.com

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bertemu kembali di alam maya ini. Kita sambung semula perbincangan hasil kajian "ICT dalam Al-Quran". Pada siri yang lepas kita telah melihat serba sedikit bagaimana konsep dan proses "Islamization of Knowledge" atau "I ok" yang telah dipelupuri oleh dua pemikir Islam yang hebat iaitu Prof. Dr. Syed Naqib Al-Attas dan juga Prof. Dr. Ismail Faruqi boleh dijayakan dengan menggunakan kitab suci Al-Quran berdasarkan method QbQ (Al-Quran bil Quran).




Pada siri kali ini kita akan melihat lebih dalam lagi kehebatan Al-Quran dari sudut ICT iaitu tentang "perwakilan ilmu" (knowledge representation atau KR). KR adalah satu topik yang agak terkehadapan dan terkini dalam bidang artificial intelligence (AI) selalunya digunakan dalam Expert System (ES) dan penjanaan ilmu Knowledge Base (KB). Sebelum kita masuk kepada perbincangan yang agak berat baik kita berselingan dengan hal-hal semasa terlebih dahulu.

Tidakkah kita merasa hairan dan takjub bagaimana Al-Quran boleh menjelaskan metod pengkajian ayat-ayat Al-Quran (metod QbQ) dengan begitu jelas, mendalam lagi terperinci, dan begitu terkehadapan mengatasi kehebatan super-super komputer?


95% Pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan

Merujuk kepada Zaid Ibrahim yang menyalahkan sistem sekolah kebangsaan yang telah mengindoktrinasikan atau menerapkan unsur-unsur agama (Islam) kepada para pelajar sehingga menyebabkan orang bukan-Melayu lebih suka memilih sekolah vernakular (jenis kebangsaan). Statistik tahun 2012 menunjukkan 95% daripada kaum Cina memilih sekolah vernacular dan keadaan ini sudah tentulah tidak sihat bagi Malaysia yang hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi untuk mencapai wawasan 2020, iaitu tahun sasaran untuk menjadi sebuah negara maju.

Sejarah telah membuktikan bahasa Arab dan Islam adalah pemangkin kepada penjanaan ilmu. Lihat pada awal peradaban Islam iaitu pada kurun ke-8 hingga ke-11 Baghdad telah menjadi pusat ilmu sedangkan pemerintahan Abasiyyah pada ketika itu memang terkenal dengan pengindoktrinasikan agama (Islam) dan bahasa Arab. Pelbagai ilmu hebat seperti ilmu matematik Algebra dan Kalkulus (ilmu yang sangat penting dalam ICT), ilmu perubatan, ilmu Kimia, ilmu seni-bina, dan sebagainya berkembang dengan pesatnya di kota Baghdad. Walaupun berlaku indoktrinasi agama dan bahasa Arab namun para cendikiawan dari seluruh dunia dan pelbagai agama seperti yahudi atau kristian semuanya datang berkumpul di sini untuk menuntut ilmu, untuk membuat pelbagai kajian, penyelidikan, dan pembangunan walaupun terpaksa menanggong kos perbelanjaan yang tinggi.


Dasar kerajaan (sejak dari dulu lagi) menerapkan agama dan bahasa Arab memang betul dan amat bertepatan sekali, namun kita mesti menerima hakikat bahwa terdapat sedikit kelemahan dalam perlaksanaannya. Bahasa Arab yang diajar haruslah juga dijuruskan kepada pengkajian ayat-ayat Al-Quran untuk menjelaskan pelbagai fenomena terkini yang berlaku seperti ICT, nanotek, dan biotek dan untuk menjana pelbagai ilmu baru (dan juga "I ok") bagi melakukan amal-soleh iaitu penambah-baikkan, atau dalam bahasa Inggerisnya "continuous improvement" atau "Kaizen" dalam bahasa Jepun.

Hanya dengan menjana ilmu dari Al-Quran dan kemudian melakukan amalan-solehan sahaja yang dapat menjana ekonomi Islam, dapat memakmurkan negara Islam, dapat menjadikan umat Islam sebagai umat terbaik "khaira ummatin", dapat menjadi polis dunia yang adil "ummatan wasatan", dapat menyatukan fikrah dan mengukuhkan ukhwah.

Kehebatan Al-Quran dan bahasa Arab menjana ilmu, menjana ekonomi, menjana teknologi, menjana peradaban, akan membuatkan manusia yakin kepada Islam, yakin kepada adanya tuhan yang Esa lagi Maha Berkuasa. Maka manusia itu tanpa disuruh dan dipaksa akan datang kepada Islam, akan melihat sendiri dengan mata dan fikiran mereka akan kehebatan Islam dan Al-Quran.


Umat Islam Tewas Perang Minda 

Seperti yang kita kaji sebelum ini ayat Az-Zariyat menjelaskan tentang wireless communication dan kesan terhadap minda iaitu menjadikan umat Islam orang yang "kharrassun". AL-Kharassun ini bukanlah orang bodoh, mereka adalah para saintis, para ulama, para pelajar yang bijak-pandai tetapi mereka percaya dan menerima-pakai ilmu "dzon", iaitu ilmu sangkaan yang berasaskan pacaindera semata-mata. Mereka tidak lagi berpegang kepada ilmu yang benar seperti ilmu logik matematik untuk mengkaji ayat-ayat Al-Quran.


Yakinlah sekiranya umat Islam mengkaji algebra dan kalkulus dengan mendalam, dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran maka umat Islam yang terlebih dahulu mereka-cipta teknologi komputer (ICT), membina satelit, mereka-cipta komunikasi tanpa wayar, smartphone, dan sebagainya. Sekiranya ulama Islam kembali kepada kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah sepenuhnya, berganding bahu menjayakan hasrat dan dasar kerajaan (samada dasar kerajaan BN atau dasar kerajaan PR), menanam semangat berbaik-sangka dan saling bantu-membantu, mengenepikan segala perbezaan dan menumpukan kepada persamaan, membuang sifat suka melabel-label dan melaga-laga, maka umat Islam tidak jadi seperti apa yang berlaku pada hari ini.


Umat dan ulama Islam sekarang telah tewas teruk dalam peperangan minda seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat Az-Zariyat 51:1-11 sehinggakan mereka merasakan mereka sahaja yang betul dan di jalan yang lurus. Padahal sekiranya mereka mampu membuat sedikit renungan, mereka akan sedar samada di dalam hati mereka terdapat "sebarang" keraguan atau mereka percaya "bulat" terhadap Al-Quran seperti yang dikahendakki dalam ayat 2:2-3. Sekiranya mereka mampu berfikir sendiri maka mereka mungkin akan bertanya-tanya samada mereka hanya yakin dan percaya dibibir mulut sahaja tetapi nun jauh disudut hati mereka penuh dengan perasaan curiga, atau mereka benar-benar yakin dengan "kandungan ghaib", yakin dengan rahsia pelbagai ilmu hebat yang "tersembunyi" dalam Al-Quran, yakin terhadap kehebatan Allah SWT menyusun-atur ayat-ayat AL-Quran secara "warattalnaahu tartiila".


Kenapa Bahasa Arab Hebat dan Penting?

Apa yang menakjubkan pada bahasa Arab ialah ianya bahasa yang berfungsi (functional language) sama seperti bahasa-bahasa komputer! Tetapi ini tidak ditekankan. Pelajar mahir tentang mubtada, khabar, fa-'il, fi'lun, maf-ulumbih, sifah-mausuf, domir, isim isyarah, dan sebagainya tetapi dalam kepala mereka, mereka nampak ianya sama seperti konsep subject, predicate, verbs, nouns, adjectives, adverbs, dan sebagainya yang terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris (non-functional language).

Allah SWT mengatakan ayat-ayat mutasyabihat itu adalah ayat-ayat petunjuk (hudan) sebab kemampuan kalimah dan frasa bahasa Arab untuk "berfungsi" dalam pelbagai situasi (sebab itu dipanggil mutasyabihat), yang mana akan menjana pelbagai usul (propositional dan predicate calculus), pelbagai bentuk knowledge representations, melakukan rekersif, dan sebagainya. Ini yang tidak dijelaskan oleh para ustaz, bukannya sebab ustaz tidak tahu tetapi tidak mahu mengelirukan murid.

Oleh yang demikian, pembelajaran bahasa Arab haruslah menekankan kepentingan "functional", apa fungsi domir, fungsi isim isyarah, fungsi khabar muqaddam, dan sebagainya petunjuk (hudan).

Contoh:



Lihat pada ayat di atas. Domir "hi" ('alaihi) itu merujuk kepada "dzilla" bayang-bayang (dark energy), bukannya merujuk kepada matahari. Yang menjadi dalil kekuasaan Allah SWT bukannya matahari, tetapi "dzilla" (dark matter/energy) yang sentiasa membekalkan tenaga kepada matahari agar dapat sentiasa membakar dan menyala.

Kalau kita kaji ayat ini dengan metod QbQ, maka para saintis Islam akan dapat menjana ilmu bagaimana untuk mengeluarkan tenaga dari "dark matter" yang begitu berkuasa tinggi berbilion kali ganda lebih kuat dari bom atom. Dalam ayat ini Allah SWT memberitahu hanya satu "dzilla" sahaja yang di"stretched", namun ianya sudah boleh menyalakan matahari untuk lebih berbilion-bilion tahun lamanya.


Cuba Qurankan (gabungkan) ayat pertama dengan ayat ke-dua ini, kaji "dzilaal" yang dalam bentuk jamak/plural. Kenapa manusia dan segala benda atas bumi ini tidak membakar macam matahari sedangkan berpuluh-puluh "dzillal" (dark matters) digunakan?

Berapa banyak ilmu baru yang dapat dijana apabila diQur'ankan dan ditasrif (rekersifkan) antara kedua ayat-ayat ini? Kenapa para saintis Barat tergila-gila membelanjakan beratus bilion dolar membina CERN, Fermilab, dan pelbagai makmal untuk memecahkan atom? Adakah mampu makmal-makmal ini mengkaji dark matter? Kenapa IPTA Islam terlalu berkira untuk membelanjakan beberapa juta ringgit untuk membina makmal Quranpedia yang jauh lebih baik dari CERN dan fermilab yang bukan sahaja dapat menjana ilmu fizikal, malah dapat mengkaji dan menjana ilmu-ilmu non-physical (ghaib) seperti dark matter dan dark energy.


Dalam surah Yasin 36:36 yang selalu kita baca malam jumaat, Allah SWT menjelaskan terdapat ilmu-ilmu yang mampu dikaji oleh pacaindera manusia (ilmu epistemology) dan terdapat ilmu-ilmu dan rahsia yang tidak mampu dicapai oleh akal dan minda manusia tetapi hanya terdapat dalam Al-Quran sahaja.


Sistem Pendidikan Islam: Pentingnya Prasarana Menjana Ilmu "Quranpedia"

Apabila saya mengkaji ayat-ayat Al-Quran, saya sangat berharap akan adanya satu prasarana (seperti Quranpedia) yang berasaskan QbQ yang boleh sepadukan I'rab, sorof, semantik, propositions, dan sebagainya yang dapat "menQurankan" dan rekersifkan kesemua ayat-ayat Al-Quran secara lengkap dan menyeluruh dan tidak secara terbahagi seperti yang dinyatakan pada ayat Al-Hijr 15:89-91.


Apabila kita faham knowledge representation seperti dalam artificial intelligence, expert system, semantic net, dan knowledge base, maka kita akan faham kenapa ayat-ayat Al-Quran mesti dikaji dengan menyeluruh dan tidak boleh dipecah-pecahkan. Bagaimana Nabi Muhammad SAW tahu ilmu-ilmu yang sangat mendalam ini sekiranya kitab suci Al-Quran itu bukannya dicipta oleh Allah SWT?

Walaupun kita mampu menjana ilmu (tanpa Quranpedia), namun ianya mungkin tidak lengkap dan sempurna sebab bagaimana mungkin kita membuat "forward dan backward reasoning" ke atas beratus juta hukum-hukum (ayat-ayat yang dimuhkamatkan).



Bahasa Arab: Bahasa Hybrid 

Bahasa Arab adalah satu bahasa hibrid, iaitu bahasa pertuturan manusia yang berkonsepkan bahasa komputer; hybrid antara bahasa manusia dan bahasa komputer. Apabila dibina sebagai "jumlah fi'liyyah" (iaitu ayat yang dimulakan dengan kata-perbuatan) maka ianya jelas kelihatan seperti satu bahasa komputer misalnya "TOLAK A B" (yang dimulakan dengan kata-buat). Dalam kes ini fungsi A dan B penting, iaitu samada A - B atau B - A? Sebab ianya akan memberi fakta (jawapan) yang berbeza.

 Begitu juga apabila dibina dalam "jumlah ismiyyah" (ayat yang dimulakan dengan kata-nama), fungsi nama boleh direkersifkan untuk membawa pelbagai makna.


Sebagai contoh kita kaji ayat di atas. "Alif-Lam-Mim" itu boleh berfungsi sebagai bersendirian, atau boleh berfungsi sebagai mubtada, atau mubtada awwal (dzalika akan menjadi mubtada thani), dan juga boleh berfungsi sebagai khabar muqaddam (advanced predicate). Sekiranya "Alif-Lam-Mim" itu mubtada maka tiga huruf itu adalah sebuah kitab. Tetapi sekiranya "Alif-Lam-Mim" itu berfungsi sebagai khabar muqaddam, maka Al-kitab (6,666 ayat Al-Quran) itu adalah dalam bentuk simbol atau representation.

Saya bagi contoh dalam bahasa Melayu (non-functional language) "Kereta itu adalah canggih" berbanding dengan "Canggih itu adalah kereta". Dengan menukar fungsi kalimat atau frasa kita dapati ianya membawa makna yang berbeza.



Ilmu Dalam Quran Berkembang (Meluas) Seperti Alam ini Meluas

Kenapa Allah SWT mengatakan Dia yang menyusun ayat-ayat Al-Quran dengan sebaik-baik sususan "warattalnahu tartiila"? Kenapa Allah SWT menggunakan nahu "maf'ulul mutlaq" yang membawa makna hanya Allah sahajalah yang dapat menyusun ayat-ayat Al-Quran sedemikian rupa? Cuba kaji ayat 51:47 yang mana Allah mengatakan alam ini dijadikan sentiasa meluas. Bagaimana ianya meluas? dari mana datangnya ruang, cakerawala, planet-planet dan bintang-bintang baru?

Kenapa Allah SWT mengatakan hanya dengan bahasa Arab sahaja ayat-ayat Al-Quran itu boleh menjelaskan 10 lautan-dakwat ilmu. Bagaimana bahasa Arab itu boleh "meluas dan berkembang"?


Kalaulah Allah SWT mampu mengembang dan meluaskan alam cakerawala ini seluas-luasnya, menjadikan cakerawal-cakerawala baru dari tidak ada (ghaib) kepada tiba-tiba muncul ada, maka adakah susah bagi Allah untuk mereka-cipta satu bahasa dan menyusun ayat-ayat Al-Quran yang mana kita tidak nampak di mana tersorok 10 lautan-dakwat ilmu tetapi setiap zaman, setiap peradaban ada saja ilmu-ilmu baru yang dijana dari Al-Quran? Tidakkah ini menakjubkan?


Mari Kaji Ayat Al-Quran dari Perspektif ICT

Kita ulang-ulang banyak kali kerana topik ini adalah agak penting.


Cuba kita kaji ayat yang paling awal dalam Al-Quran (selepas Al-Fatihah). Ayat ini tidak boleh direkersifkan (ditukar-ganti-ulang) sekiranya ianya dikaji dalam bahasa Melayu atau Inggeris kecuali dalam bahasa Arab sebab hanya bahasa berfungsi sahaja yang dapat melakukan rekersif. Misalnya "Alif-Lam-Mim" sahaja boleh direkersif dalam pelbagai fungsi misal sebagai "mubtada", atau "mubtada awwal (zaalika menjadi mubtada thani)", atau "khabar muqaddam", dan sebagainya yang akan memberi pelbagai makna atau fakta yang berlainan dan akan memandu kita kepada pelbagai konklusi baru.

Sekiranya kita mengkaji dari perspektif ICT kita akan mengatakan "Alif-Lam-Mim" itu adalah berfungsi sebagai "khabar-muqaddam" (advanced predicate) iaitu untuk menjelaskan, mengkhabarkan, memberi maklumat tentang kitab Al-Quran ini iaitu adalah dalam bentuk kod, atau simbol, atau dalam bentuk perwakilan (representation). Oleh kerana ianya adalah sebuah kitab, iaitu buku yang mengandungi ilmu, maka yang diwakilinya adalah ilmu atau dalam bahasa komputer kita panggil "knowledge representation" atau singkatnya KR.

Kenapa "Alif-Lam-Mim" ini duduk di depan dan tidak di belakang "Al-kitab" (seperti kebiasaan "khabar")? Dan bagaimana kita tahu ianya "khabar"? Sebabnya "Al-kitab" ada "AL" (alif-lam makrifah) iaitu sifat "mubtada", maka setiap mubtada (atau isim zahir) mesti ada penjelasan, penerangan, maklumat, atau "khabar". Oleh yang demikian fungsi "alif-lam-mim" dalam ayat ini ialah sebagai "khabar muqaddam".

Insyaallah kita akan bincang lagi tafsir ayat 2:1-5 di bawah ini.



Blog Journal Al-Quran http://journalquran.blogspot.com/

Alhamdulillah sekarang saya aktifkan semula satu lagi blog kajian Al-Quran iaitu dalam bahasa Inggeris http://journalquran.blogspot.com/ iaitu dalam berbentuk jernal sebab terdapat juga beberapa permintaan supaya diteruskan juga blog tersebut.


Saya telah masukkan satu kertas-kerja "How Al-Quran Explains Artificial Intelligence and Wireless Commnuication Technology" yang saya rangka untuk satu konferans Islam dan Pendidikan Tinggi. Walaupun terdapat sedikit "miss communication" dengan pihak penganjur tentang kertas-kerja ini namun saya bentangkan juga di sini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu.

Apa yang hendak disampaikan pada kertas-kerja ini ialah tentang kehebatan ilmu dalam Al-Quran, tentang ketinggian dan keperincian ilmu dalam Al-Quran. Pada pendapat saya Kitab Suci Al-Quran seharusnya dijadikan satu "prasarana penjanaan dan pemurnian ilmu" terutama bagi institusi pengajian yang berlabelkan Islam. Tidak dinafikan kesemua IPTA yang berlabelkan Islam telah pun memasukkan "Al-Quran sebagai sumber utama ilmu" ke dalam misi dan visi, namun saya fikir mungkin baik juga sekiranya saya dapat berkongsi ilmu menyebarkan berita baik dari Al-Quran.



Salah-faham Metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ)

Perkara ini agak penting sebab setiap kali saya berbicang dengan para ustaz saya dapati terdapat sedikit perbezaan fahaman tentang metod tafsir Al-Quran bil Quran (QbQ).

Konsep metod Al-Quran bil Quran (QbQ) ialah mengkaji dan memahami ayat-ayat Al-Quran berdasarkan kaedah yang dijelaskan oleh Al-Quran itu sendiri. Memang betul satu ayat Al-Quran dijelaskan oleh ayat-ayat lain, namun konsepnya ialah "PengQur'anan antara ayat-ayat mutasyabihat dan ayat-ayat muhkamat secara rekersif dalam bentuk pelbagai pelwakilan ilmu", iaitu lebih luas dari konsep satu ayat Quran dijelaskan oleh ayat-ayat yang lain.

Memang tidak dinafikan ayat Al-Quran menjelaskan ayat Quran yang lain, tetapi selain dari yang kita nampak jelas (misalnya perkataan "taqwa" dijelaskan oleh beberapa ayat berikutnya), terdapat banyak lagi kaedah yang dijelaskan oleh Al-Quran seperti menggunakan rekersif, perwakilan ilmu, usul, dan sebagainya.



Metod QbQ Luas dan Mendalam

Kaedah yang dijelaskan oleh Al-Quran agak mendalam lagi terperinci seperti rekersif, perwakilan ilmu (knowledge representaion), propositonal dan predikat kalkulus. Saya lebih suka guna istilah "kalkulus" sebab istilah "logik" (misalnya porpositional logic vs propositional calculus) membawa makna yang berbeza dalam masyarakat Melayu. Orang-orang Melayu memahami "logik" sebagai "common sense", bukannya logik matematik (sesuatu hukum yang benar dan tetap).

Misal contoh perbualan antara dua orang peminat tegar bolasepak negara Malaysia

"kau ni tidak logik langsung, mana boleh pasukan Filipina mengalahkan Malaysia sebab dalam 10 perlawanan terakhir Malaysia hanya kalah sekali sahaja!"

Perkataan "logik" (dalam perbualan di atas) dan yang digunakan dalam masyarakat Melayu lebih mirip kepada "common sense" dan kadang-kala boleh dipengaruhi oleh "sentimen" semangat kenegaraan (maksudnya tidak logik pun). Tetapi istilah "logik" sepatutnya suatu hukum yang tetap, yang tidak berubah, misalnya "2+3=5" atau "2x5=10", di mana-mana kita pergi baik ke Jakarta, Brunei, Singapura, Hong Kong, England atau Amerika semuanya tetap sama "2+3=5", dan "2x5=10". Tidak pernah berlaku "2+3=6" atau "2x5=7".


Metod "Al-Quran bil Ayatil Quran" vs "Al-Quran Bil Quran (QbQ)"

Maafkan saya kerana terlalu banyak kali mengulang-ulang perkara yang sama. Saya cuba memikirkan suatu nama lain untuk metod QbQ ini tetapi saya fikir QbQ itu tersangatlah tepat. Saya fikir metod yang ada dalam kitab ulumul Quran lebih menggambarkan kepada metod "Al-Quran bil Ayatil Quran" sebab yang ditekankan adalah "ayat-ayat" bukannya "seluruh Al-Quran".

Oleh kerana salah faham konsep, maka ianya menjurus kepada salah sangka dan salah persepsi.

Memang tidak dinafikan terdapat ayat-ayat Al-Quran menjelaskan secara langsung sesuatu makna atau konsep ayat yang lain, misalnya makna "taqwa" dalam ayat Al-Baqarah 2:2 dijelaskan oleh ayat-ayat lain iaitu ayat-ayat berikutnya 2:3-5. Yang ditekankan ialah sesuatu ayat menjelaskan ayat yang lain secara zahir, secara zikr, secara sebutan, saolah-olah itu sahaja kaedah yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Padahal kaedah tafsir yang diterangkan adalah amat luas dan mendalam.

Saya juga perfahaman yang sama pada peringkat mula-mula mengkaji ayat-ayat Al-Quran; tetapi apabila saya mendalami lebih jauh lagi, rupanya kaedah menyusunan (tartiil) dan pendedahan (tafsir) adalah jauh lebih canggih, sistematik, terkehadapan dari super-super komputer. Cuba kaji ayat Al-Furqan 25:32-33 yang menjelaskan cara-cara menyusunan dan pendedahan ilmu dari Al-Quran.


Di dalam ayat 25:32 Allah SWT menyusun, melapis, dan mengatur ayat-ayat Al-Quran secara teramatlah canggih dan sistematik dan ini dibuktikan dengan penggunaan nahu mafulul-mutlaq "warattalnaahu tartiila". Cuba kaji pula ayat berikutnya 25:33 bagaimana Allah menjelaskan kepada kita cara-cara mengeluarkan ilmu dari Al-Quran iaitu dengan cara sebaik-baik pembukaan atau pendedahan (to disclose atau uncover). Allah menggunakan perkataan "tafsir" yang secara literal bermakna "pembukaan atau pendedahan", dan bukannya perkataan "bayan" yang bermakna "menjelaskan atau menerangkan".

Maksudnya ilmu dalam Al-Quran itu disusun secara berlapis-lapis, kalau nak mudah kita bayangkan seperti kueh lapis; kita bayangkan kita makan lapis demi lapis (secara teratur) dari lapisan pertama, kemudian lapisan ke-dua, ke-tiga, dan seterusnya ... sampai habis. Begitulah dengan Al-Quran di mana ilmunya disusun secara berlapis-lapis. Kita kaji dan buka dulu lapisan pertama, kemudian buka pula lapisan kedua, lapisan ke tiga, sehinggalah ke infiniti untuk mengeluarkan 10 lautan-dakwat ilmu. Kalau kita tidak buka setiap lapisan, maka kita tidak akan nampak ilmu yang berada pada lapisan setiap lapisan.


Lapisan Pertama Adalah "Az-Zikr" (sebutan dan peringatan)

Secara umum dan ringkas, kita boleh katakan "lapisan" pertama Al-Quran ialah "Az-Zikr" iaitu lapisan atas sekali yang kita baca dan sebut (yang nampak secara jelas pada mata dan boleh disebut dengan lidah). Lapisan ini menjelaskan tentang ilmu-ilmu agama; akidah, peribadatan, sosial, dan sebagainya. Oleh kerana kita menggunakan metod QbQ maka kita mesti cari ayat-ayat muhkamat yang membuktikan adanya pengkelasan seperti ini. Ini dapat dibuktikan (antaranya) pada ayat Shod 38:1.



Al-Quran menjelaskan lapisan pertama ini telah dijelaskan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW, maksudnya segala hukum dan peraturan peribadatan di jelaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini dibuktikan pada ayat An-Nahl 16:44. Kadang-kadang berlaku sedikit salah faham antara saya dengan beberapa ulama apabila saya katakan "hanya metod QbQ sahaja yang menjelaskan ayat-ayat Al-Quran".


Saya tidak pernah kata bahwa Al-hadith tidak menjelaskan ayat-ayat Al-Quran, malah semasa membuat pembentangan saya menunjuk dengan jelas di dalam diagram akan kedudukan hadith dalam menjelaskan ayat-ayat Al-Quran (Az-Zikr). Cuma yang berbeza ialah saya masukkan metod bil-hadith sebagai sub-kategori kepada metod QbQ.



Nabi Muhammad SAW Tidak Menjelaskan Keseluruhan Al-Quran

Saya bukannya anti-hadith atau tidak menganggong-agongkan Nabi Muhammad SAW. Saya hanya menjelaskan ayat-ayat Al-Quran dari perspektif ICT dengan menggunakan metod QbQ. Cuba bayangkan apa terjadi kepada Nabi Muhammad SAW sekiranya Allah SWT menyuruh baginda Nabi mengajar ilmu nanotek, artificial intelligence dan wireless communication kepada masyarakat Arab jahiliyyah yang mana 90% daripada mereka adalah buta huruf?

Nabi Muhammad hanya mengajar ayat-ayat Al-Quran yang jelas dalam bahasa Arab pun mereka (penduduk Mekah) boleh kufur dan mengatakan Nabi Muhammad sebagai orang gila, inikan pula nak ajar ilmu-ilmu yang tersangat maju dan abstrak!

Allah SWT menyatakan dengan jelas bahawa setiap kaum, setiap zaman dan peradaban maka akan ada orang yang mengeluarkan petunjuk dari Al-Quran. Ini dijelaskan pada ayat Ar-Ra'du 13:7. Sekiranya Nabi Muhammad sudah menjelaskan segala perkara, maka bagaimana kedudukan ayat 13:7 ini? Allah SWT memberitahu Nabi supaya mengatakan bahwa dia hanya pembawa berita, dan terserah kepada setiap kaum dan peradaban untuk mengkaji, memahami, dan mengeluarkan ilmu-ilmu terkini dalam Al-Quran.



Di dalam ayat Ar-Ra'du 13:7, Allah SWT menjelaskan Nabi Muhammad adalah hanya "munzir" iaitu pemberi peringatan, membawa manusia daripada kesesatan dan kegelapan kepada jalan Islam. Nabi Muhammad mengajar ayat-ayat "Az-Zikr" iaitu ilmu-ilmu agama, akidah dan peribadatan, tetapi tidak mengajar ilmu sains dan teknologi, ilmu pertanian, ilmu ICT dan sebagainya.



Orang Yahudi Lebih Baik Sekiranya Mereka Mengkaji Al-Quran

Cuba kita teliti dan selidiki, tidakkah ayat-ayat ini (16:44, 13:7, 3:110) selari dengan struktur dan kahendak nahu "sighah tafdil" pada ayat 25:33 "ahsana tafsiira"? Tidakkah ini menakjubkan? Ilmu-ilmu yang dijana seperti ini tidak nampak pada lapisan pertama "Az-Zikr" tetapi "terselindung" disebalik bahasa Arab!



Allah telah memberi peringatan (13:7) bahawa pada setiap peradaban akan berlaku perkembangan ilmu, teknologi, ekonomi, dan sebagainya, akan ada kaum yang sentiasa mengkaji dan mengeluarkan ilmu-ilmu dari Al-Quran. Sebab itu Allah sentiasa menyuruh umat Islam sentiasa mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran agar mereka menjadi umat yang terbaik "khaira ummatin" seperti dalam ayat Ali-Imran 3:110. Sekiranya pada ayat 25:33 Allah SWT mengatakan "fassarnahu tafsiira", maka tidak perlulah umat Islam bersusah-payah mengkaji ayat-ayat Al-Quran sebab segala ilmu akan terkeluar (uncover) dengan sendirinya secara otomatik!

Di dalam ayat ini Allah juga memberi peringatan kepada umat Islam bahwa orang-orang yahudi dan nasrani (ahli kitab) akan menjadi umat terbaik "khaira ummatin" sekiranya mereka mengkaji kitab Al-Quran dan mengeluarkan ilmu darinya. Allah akan tetap memberi mereka ilmu walaupun ramai di antara mereka yang fasik. Ayat di atas membuktikan segala petunjuk dan hidayah sudah lengkap dan sempurna di dalam Al-Quran, yang perlu dibuat ialah mengkaji dan mengeluarkan segala ilmu darinya.



Contoh

Mari kita melihat contoh pada ayat Al-Baqarah 2:1-5.


Alif, Laam, Miim (1). Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya;  ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (2). Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3). Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (4).  Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya (5). Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman (6). 


Sepintas Lalu Perbincangan dari perspektif ICT.


Mari kita bincang sepintas lalu ayat-ayat Al-Baqarah 2:1-5 dari kacamata ICT, agar ianya lebih jelas (persamaan dan perbezaan) dari penjelasan yang ada. Saya bukannya mahu mengajar para ulama agama cara-cara mengkaji ayat-ayat Al-Quran, tetapi hanya cuba menjelaskan bagaimana ayat-ayat Al-Quran ini boleh difahami dari perspektif ICT.

"Alif-Lam-Mim" dari kacamata ICT, tidak timbul apa-apa masalah sebab dalam ICT yang penting ialah "form" atau "struktur" atau "representation" iaitu fungsinya jelas sebagai satu perkhabaran, satu predikat, atau satu informasi tentang satu subjek khas iaitu "Kitab itu". Walaupun perkataan "alif-lam-mim" tidak ada dalam kamus bahasa Arab, namun kita tahu ianya adalah abjad yang digunakan dalam bahasa Arab. Apabila Allah SWT mengatakan ianya menjelaskan tentang sebuah kitab, maka kita wajib yakin bahwa kitab Al-Quran ini rupanya ada banyak bentuk. Ilmu atau fakta baru ini dikukuhkan oleh ayat "warattalnaahu tartiila". 

Cara penghasilan fakta baru dan pembuktian ini dipanggil "forward dan backward reasoning". Insyaallah sekiranya panjang umur dan diizinkan Allah SWT, kita akan bincang metod "forward dan backward chaining" pada siri-siri akan datang. Metod ini dibuktikan oleh ayat ayat 3:7, 11:1 dan 39:23. 

Inilah yang hebat pada metod QbQ di mana setiap ilmu baru yang dijana boleh dibuktikan oleh ayat-ayat lain di dalam Al-Quran. Masyaallah, masyaallah, masyaallah! teramat hebatnya kitab suci Al-Quran ini, betapa maha agongnya, maha berilmunya, maha hebatnya Allah SWT tuhan yang esa.

Kenapa "Zaalika" tidak "Haaza"? 

 Kenapa kitab Al-Quran yang dalam bentuk simbolik ini dikatakan "zalika" (itu) dan bukan "haaza" (ini) sedangkan kitab Al-Quran ada di tangan kita (maksudnya dekat, boleh dicapai). Perkataan "zalika" (itu) bermakna satu isyarat benda yang jauh, bahkan ada ulama yang mengata "zalika" itu merujuk kepada sesuatu yang teramat jauh nun di langit ke tujuh, di Luh-Mahfuz.

Ini memanglah benar dan tepat sekali sebab ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk simbolik menjelaskan ilmu-ilmu yang jauh, yang futuristik, yang tidak nampak pada zaman itu. Bukan sahaja ianya menjelaskan tentang ilmu-ilmu yang jauh terkehadapan, malah penjelasan tentang ilmu-ilmu tersebut terletaknya "jauh" dalam ayat-ayat Quran, terselindung pada lapisan ke-dua, ke-tiga, dan sebagainya iaitu secara "ghaib" tidak nampak pada ayat-ayat yang dibaca secara "Az-zikr" iaitu secara sebutan. 



Namun sudah pastilah timbul pertanyaan, kitab jenis apa ni hanya ada 3 huruf "alif-lam-mim" sahaja? Mana perginya huruf-huruf lain seperti "ba", "ta", "tha", "jim", dan sebagainya? Ada juga orang kata "nampak macam kitab bodoh ajeee!". Jangan risau, insyaallah nanti kita akan saksikan samada kitab Al-Quran ini merupakan kitab bodoh atau kitab yang teramat canggih lebih canggih dari super-super komputer!


Tidak Ada Sebarang Keraguan Di dalamnya



Allah SWT mengatakan "Laa raiba fiihi" iaitu "tidak ada sebarang apa jua keraguan padanya". Allah SWT tuhan yang maha mengetahui, Dia tahu manusia ini adalah sejenis makhluk yang tidak sabar dan gopoh. 
Maka sebab itu Allah SWT menegaskan "tidak ada sebarang keraguan di dalam kitab yang berformatkan alif-lam-mim ini". Semasa belajar ilmu tafsir, saya diajar oleh ustaz perkataan "la raiba fih", huruf "lam" ini bukan sebarang "lam" tetapi "lam" nafiyah lil-jinsiyyah yang membawa makna "tidak ada sedikit keraguan, tidak ada apa-apa keraguan walaupun sebesar zarah", mesti yakin dan percaya 100% dengan sepenuh dan sebulat hati. 

Allah SWT menggunakan nahu "lam" nafiyah lil-jinsiyyah ini untuk membuktikan bahwa betapa degilnya betapa kuat membantah makhluk bernama manusia ini. Walaupun Allah SWT membuat sedemikian rupa penegasan namun masih tetap ramai manusia yang ragu-ragu dengan ayat-ayat Allah. Bersyukur kita semua kerana tergolong di kalangan orang-orang yang yakin dan percaya dengan segala janji dan ayat-ayat Allah SWT.  



Knowledge Representation adalah Hudan (Ilmu Petunjuk)


Allah SWT menegaskan bahwa kitab dalam bentuk perwakilan ilmu (Knowledge representation atau ringkasnya KR) ini adalah merupakan petunjuk, guidence, atau hidayah. Dari petunjuk inilah kita akan menjana pelbagai ilmu yang hebat dan terkehadapan untuk membuktikan umat islam adalah umat yang terbaik "khaira ummatin" yang sentiasa mengarahkan kepada ilmu pengetahuan dan menghalang dari ilmu-ilmu kebodohan yang akan merosakkan manusia dan alam sekitar.




Allah SWT menyuruh manusia (terutama umat Islam) supaya jangan ragu-ragu dengan kitab Al-Quran sebab Allah SWt sendiri yang akan menjelaskan segala ilmu yang ada dalam kitab Al-Quran ini, Allah SWT menjadikan kitab ini dalam bentuk perwakilan ilmu "alif-lam-mim".  

Ayat ini menegaskan hudan atau petunjuk kepada ilmu-ilmu yang hebat adalah dalam bentuk KR dan bukannya dalam bentuk "Az-Zikr" atau sebutan dan peringatan. 


Percaya Kepada Yang Ghaib

Di dalam ayat pertama Allah SWT menyatakan "dzalika Al-kitab" iaitu isyarat jauh, padahal kalau nak dikira kitab Al-Quran itu bukanlah jauh sangat. Jadi apa yang jauh?


Inilah yang dikatakan "jauh", iaitu ilmu yang dijelaskan dalam bentuk "ghaib", dalam bentuk yang tidak nampak dengan mata kasar tetapi jelas ada terkandung di dalam kitab Al-Quran.

Kita ambil contoh KR dalam komputer sistem. Misalnya huruf "A" diwakili dengan simbol binari "01000001", huruf "B" dengan "01000010", dan sebagainya. Kalau kita cari huruf "A" dalam kitab komputer (hardisk) maka kita tidak akan jumpa sebab huruf "A" wujud dalam bentuk "ghaib" iaitu dikodkan dalam bentuk simbol (binary), dalam bentuk perwakilan (representation). Huruf "A" memang ada, tetapi dalam bentuk ghaib.



Huruf "A", huruf "B", "C", "D" semuanya ada dalam buku komputer tetapi ianya "ghaib" (tidak nampak), ianya terselindung disebalik kod, disebalik simbol, disebalik perwakilan, disebalik representasi. Bagi orang-orang ICT, inilah benda yang pertama sekali mereka belajar, yang mereka harus tahu iaitu "data representation" atau "perwakilan data" iaitu sistem penduaan (binary system). Kemudian bila sampai peringkat lanjutan mereka akan belajar dengan lebih mendalam lagi terutama dalam bidang artificial intelligence (kepandaian buatan), expert system (sistem pakar), dan knowledge base (pangkalan ilmu).

Oleh yang demikian percaya (beriman) kepada yang ghaib di sini bukanlah hanya semata-mata merujuk kepada percaya kepada malaikat, hari kiamat, dan sebagainya, tetapi juga kepada ilmu-ilmu yang dijelaskan secara tersembunyi (ghaib). 


Cuba Kaji Sendiri

Pada ayat (di bawah ini) Al-An'am 6:59 Allah SWT menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci tentang "kunci-kunci ghaib" atau perwakilan ilmu (knowledge representation). Ayat ini lebih mudah berbanding dengan ayat-ayat artificial intelligence dan wireless communication seperti yang saya jelaskan sebelum ini (sila rujuk blog journalquran). Saya yakin setelah membaca article tentang artificial intelligence (AI) and wireless communication (WLC) maka para pembaca akan dapat menganalisa, mengkaji, merungkai, dan mengeluarkan makna ayat di bawah ini dengan mudah. 




Cuba keluarkan makna ayat di atas (6:59) sepertimana yang saya buat untuk menjelaskan artificial intelligence dan wireless communication. 
 


Dirikan Solat  

"Dan mereka sentiasa mengerjakan solat". Mendirikan solat adalah sebahgian dari definisi "taqwa", namun sekiranya ayat ini di gabungkan (diQurankan) dengan beberapa ayat lain barulah kita faham kenapa Allah SWT suruh manusia supaya khusyuk dalam solat, iaitu mengerti apa yang kita perkatakan dalam solat. Di dalam ayat An-Nisak 4:43 Allah SWT melarang umat Islam mendekati solat dalam keadaan mabuk atau khayal, atau lalai sehingga tidak tahu apa yang diucapkan (yang dibaca). 



Begitu juga apabila digabungkan (diQurankan) dengan ayat-ayat seperti Al-Ankabut 29:45 atau Faatir 35:29 maka kita akan menjana satu ilmu baru iaitu kita seharusnya membaca dan faham terlebih dahulu ayat-ayat yang hendak dibaca dalam solat, kemudian barulah kita mengerjakan solat. 


Membelanjakan Rezeki Dari Hasil Penjanaan Ilmu



"Dan dari apa yang Kami anugerahkan kepada mereka, mereka belanjakan". Sudah tentulah sifat orang-orang yang bertaqwa akan sentiasa membelanjakan sebahgian dari wang dan harta mereka ke jalan Allah. Namun dari perspektif ICT, pemberian rezeki ini merujuk kepada sumber pendapatan dari ilmu-ilmu yang dijana dari Al-Quran, iaitu hasil dari Qur'anomy. Bukannya hasil pendapatan seharian, tetapi hasil penjanaan sesuatu ekonomi baru, misalnya industri ICT yang bernilai berpuluh trilion dolar yang membuka peluang pekerjaan kepada berjuta-juta umat manusia. 

Di dalam ayat ini terdapat "ma mausol" yang merujuk kepada benda (kalau "man" merujuk kepada orang/manusia atau yang berakal), iaitu merujuk kepada kitab Al-Quran yang bersimbolkan "alif-lam-mim", iaitu rezeki yang dijana dari kitab yang penuh hikmah dan berkah ini yang menjadi khazanah 10 lautan-dakwat ilmu, iaitu sumber kekuatan dan kekayaan umat Islam. Misalnya sumber industry ICT yang bernilai berpuluh trilion dolar. Tetapi malang sekali sebab umat Islam tidak mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran maka mereka membelanjakan wang mereka untuk membeli peralatan ICT, bukannya menjadikan ICT sebagai sumber ekonomi umat Islam.

Sekiranya umat Islam terus-menerus memilih untuk meminggirkan Al-Quran, untuk mejadikan Al-Quran sebagai benda yang ditinggalkan, maka selagi itu mereka akan menjadi hina-dina, tidak ada maruah, akan menjadi umat yang mundur yang tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Tetapi sekiranya mereka kembali kepada Al-Quran, maka Allah SWT berjanji mereka akan keluar dari kegelapan kepada cahaya, kembali menjadi umat yang teguh dan bersatu, menjadi umat yang terbaik "khaira ummatin". 

Wallahu a'lam.



2 comments:

  1. Ijin Menyimak dan Menshare.


    http://averrouss.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Satan Jlink,

      Dipersilakan, segala yang baik dan benar adalah datang dari Allah SWT; dan segala yang salah dan mengelirukan adalah datang dari kelemahan diri saya sendiri.

      Semoga kita semua akan berpegang kepada kitab Al-Quran yang maha benar lagi bermukjizat agar kita kembali kepadaNya dengan penuh keyakinan (tentang keEsaan dan keWujudan Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha mengetahui).

      Delete