Sunday, June 29, 2014

Konferens Antarabangsa IAIS Malaysia

Author/Quranalyst: Khalid Yong    email: akhalidyong@gmail.com

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberikan kita masa, ruang, dan kesempatan untuk bersua lagi di alam maya ini. Mudah-mudahan para pembaca, pengkaji Al-Quran dan Al-Hadith, para cendikiawan, pemikir dan kita semuanya berada di dalam rahmah, berkah, dan hidayah Allah SWT. Saya sebenarnya tidak bercadang untuk menulis artikel ini pada bulan Julai-2014, namun oleh kerana sahabat saya di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia meminta supaya menghebahkan rancangan "International Conference" yang akan dianjurkan pada bulan Oktober 2014, maka saya fikir mungkin ada baik dan manfaat sekiranya dapat juga dimuatkan serba sedikit hasil-kajian Al-Quran dan ICT.


Walaupun bilangan pelawat pada blog saya ini tidak begitu ramai, namun mungkin ada di antara para pembaca yang ingin melibatkan diri di dalam seminar IAIS ini. Sesiapa yang berminat boleh layari http://www.iais.org.my/e/ atau hubungi Pn. Nurul'uyun Hj. Zainal email uyun@iais.org.my.

Pada siri yang lepas kita telah melihat dan mengkaji serba sedikit tentang metod QbQ iaitu penggunaan "knowledge representation" atau "aayat". Pada kali ini kita melihat sepintas lalu tentang bagaimana Al-Quran menjelaskan "otak dan minda" bekerja, dan nanti insyaallah kita akan faham bagaimana mentasrifkan perwakilan ilmu ini (recursive of representations or symbols or "aayaat") akan dapat menzahirkan makna (meaning), akan dapat menimbulkan kefahaman dan seterusnya dapat menjana pelbagai ilmu yang hebat dan terkehadapan yang membuktikan memang benar janji Allah iaitu Al-Quran menjelaskan segala perkara dan menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci. Insyaallah kita akan faham konsep dan kahendak ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, dan ma-tasyabaha-minhu. Akhirnya kita akan lihat mukjizat terkini Al-Quran, mukjizat di abad ke-21 iaitu Method Al-Quran bil-Quran! Masyaallah, Masyaallah, Masyaallah!


Ramai Pembaca Minat Topik "Otak dan Minda"

Saya dapati agak ramai juga para pembaca yang berminat membaca (dan mungkin mengkaji) artikel tentang "Al-Quran Menjelaskan Bagaimana Otak berfikir" yang saya tulis pada 28 Jun, 2010. Walaupun ianya amat ringkas, namun ianya adalah satu permulaan untuk membicarakan satu topik yang amat penting terutama di era ICT ini. Oleh yang demikian pada kali ini (walaupun agak tergesa-gesa) saya akan cuba memuatkan beberapa lagi perbahasan hasil-kajian tentang "otak dan minda", dan cuba melakukan proses Islamization of Knowledge. Saya dapati tidak ramai para saintis Islam yang mengkaji dengan mendalam dan secara teknikal bagaimana Al-Quran menjelaskan cara "otak berfikir". Oleh yang demikian hasil-kajian ini bolehlah dianggap satu "breakthrough" dan ilmu baru yang seharusnya diteruskan oleh IPTA/S dan institusi pengajian tinggi yang mempunyai pelbagai prasarana dan kemudahan yang canggih lagi terkini.

Untuk mengkaji dan meng"IoK"kan ilmu "otak dan minda" ini, saya merujuk kepada hasil kajian dari beberapa pemikir dan filosofi Barat seperti Noam Chomsky, John Searle, Frege, Hume, Descart, Kant, Aristotle, Plato, dan Socrates. Semakin mendalami kajian, saya dapati semakin menyerlah kebenaran dan kehebatan kitab suci Al-Quranul Karim, dan saya merasakan semakin hampir kita untuk menrealisasikan konsep dan proses "Islamization of Knowledge" (IoK) iaitu dengan menggunakan metod QbQ.


IoK Philosophy of Brain and Mind (Mengislamkan filosofi Otak dan Minda)

Tidak dinafikan terdapat beberapa para pemikir Islam yang cuba menjayakan proses "Islamization of Knowledge" (IoK) seperti pengasasnya Prof. Naquib Al-Attas dan Prof. Ismail Faruqi, dan lain-lain pemikir dan cendikiawan Islam seperti Dr. Bilal Philip, Dr. Hisham Hawasli, dan Prof. Rosnani Hashim,  namun setelah hampir 35 tahun berlalu, belum ada satu proses pun yang nampak agak menyerlah. Alhamdulillah, apabila saya cuba terapkan Metod QbQ untuk "IoK" saya dapati hasilnya amat menakjubkan sekali. Saya dapati ianya mempunyai potential besar untuk mengislamkan ilmu-ilmu hebat seperti "wireless communication", "artificial intelligence", quantum mekanik E=MC2, teori evolusi, pengislaman Bahasa Melayu, pengislaman sistem pembelajaran, pengislaman ilmu sains dan juga pengislaman ilmu filosofi otak dan minda.

Apabila berjaya melakukan "IoK" kepada ilmu-ilmu hebat dan mutakhir ini maka sudah tentu ianya dapat menjadi satu sumber ekonomi baru (Qur'anomik) yang amat besar nilainya, yang akan merubah iklim, persepsi, distribusi, dan kondisi ekonomi dunia, insyaallah. Qur'anomik adalah ekonomi pembetulan (repair) iaitu membetulkan kerosakan dan kemusnahan misalnya kepada cuaca dunia yang ekstrem dan tidak menentu, perubahan ekologi dan perangai haiwan dan tumbuhan. Qur'anomik juga adalah ekonomi penambah-baikkan (solehah atau kaizen), misalnya penambah-baikkan kepada sistem komunikasi tanpa wayar, penambah-baikan kepada sistem kepintaran buatan (artificial intelligence), penambahan-baikkan kepada penjanaan tenaga hijau, penambah-baikan hasil pemakanan dan pembenihan, penambah-baikkan kepada sistem pendidikan, penambah-baikkan kepada sistem pertahanan, pengangkutan, dan sebagainya.

Untuk meng"IoK"kan ilmu "otak dan minda", mungkin ada baiknya sekiranya kita mengkaji dan mendalami beberapa filosofi Barat seperti Noam Chomsky, John Searly, Emmanual Kant, dan Descart. Saya tidak akan menjelaskan dengan mendalam teori dan hipotesis mereka ini sebab ianya terlalu luas, mendalam, dan terperinci, dan saya sendiri pun tidak begitu arif dengan beberapa konsep dan terminologi teknikal yang digunakan. Maka mungkin lebih baik sekiranya ianya dijadikan sebagai satu "homework" kepada para pengkaji untuk menguji dan mencuba proses "Islamization of Knowledge" melalui Metod Al-Quran bil-Quran (QbQ) yang saya kemukakan ini. Saya hanya akan menunjukkan contoh-contohnya sahaja, dan ianya menjadi tugas para pengkaji dan penjana ilmu untuk mengislamkan konsep-konsep Barat.


Contoh 1: "Internalism" vs "Externalism"

John Searle mengatakan "meaning" (makna) adalah "external" iaitu diluar minda sementara Noam Chomsky pula mengatakan ianya adalah "Internal" (di dalam minda). Teori mana yang lebih Islamik? Teori mana yang lebih menepati penjelasan di dalam Al-Quran? Sekiranya kita hanya merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran 51:1-4, kita dapati "otak dan minda" menggunakan gelombang elektromaknetik (EMW), tetapi tidak menjelaskan samada ianya berlaku di dalam atau diluar otak.



Namun sekiranya kita menyelidik dan mengkaji ayat-ayat seterusnya iaitu 51:5-11 maka kita akan dapati gambaran yang lebih baik samada John Searle atau Noam Chomsky yang lebih tepat. Pada ayat 51:7 Allah SWT memberitahu EMW boleh diluncurkan diangkasa rasa, dan pada ayat 51:8 Allah SWT menperincikan lagi ayat 51:7 dengan menjelaskan EMW akan menyebabkan manusia (otak dan minda) menjadi keliru iaitu manusia berada di dalam perbezaan, perbalahan dan pertelingkahan. Pada tahap ini kita mungkin sudah 50% yakin bahwa perbezaan itu berlaku di dalam diri (otak) manusia, namun ianya masih belum jelas lagi.


Apabila kita teruskan kajian pada ayat 51:9 Allah SWT, maka ianya sah (confirm) bahwa pemahaman makna (meaning) berlaku di dalam minda setiap individu, dan bukannya diluar minda seperti yang didakwa oleh John Searle. Pada ayat 51:9 Allah SWT penjelasankan bahwa "hanya otak dan minda yang telah dipesongkan akan dapat dipesongkan".


"Internalism" = "Compiler" vs "Externalism" = "Interpreter" 

Bagi mereka yang ada latar-belakang ICT (komputer) akan terbiasa dengan konsep "compiler" dan juga "intepreter". Konsep "internalism" yang diketengahkan oleh Chomsky bolehlah kita gambarkan seperti "compiler" di mana source kod program mestilah lengkap dan menyeluruh dan semua input adalah "predefine", sementara Searle "externalism" bolehlah digambarkan seperti "interpreter" di mana "arahan" (instuction) diberi makna pada saat itu (on the fly) iaitu ketika program dijalankan (run).



Sekarang kita lihat penjelasan Al-Quran pada ayat 2:30 di mana Allah memberitahu para malaikatNya yang Dia mahu menjadikan khalifah (manusia) dimuka bumi ini. Kemudian mengikuti rapat ayat ini ialah ayat 2:31 yang mana Allah SWT menjelaskan bahwa Adam "diajarkan" dengan segala (semua) nama-nama benda. Apabila diajar nama segala benda maksudnya benda-benda yang diajarkan itu, iaitu "gambar" atau "simbol" telah ditunjukkan dan apa nama setiap gambar atau simbol itu.

Lihat "semua nama benda", maksudnya semua benda bukannya semua "jenis" benda. Semua nama-nama benda diajar seperti Ali, Ahmad, Ramasami, Ah Kow, tangan Ahmad, jari Ahmad, sel-sel Ahmad, dan sebagainya. Maksudnya di dalam minda Nabi Adam itu sudah dimasukkan segala "simbol" dan "nama-nama" segala perkara. Hendaklah difaham dengan baik-baik bahwa semua nama-nama benda "asma-a kullaha" ini bermaksud setiap benda bukannya setiap "jenis" benda. (contoh: manusia adalah jenis, tetapi "Ahmad" atau "Ali" adalah benda. Contoh lain, alat ganti (spare part) kereta misalnya spark plug terdapat beratus juta spark-plug maka yang dikatakan "segala nama" itu adalah setiap biji spark plug yang mana selalunya kita akan berikan serial number, dan serial number inilah "nama").

Pada siri-siri yang lepas saya jelaskan tentang sifat "duality" kejadian manusia iaitu "Insan" (mind) dan "nafsun" (body). Walaupun nama segala benda telah diajar (dimasukkan) ke dalam "insan" (minda) manusia, namun ianya masih lagi belum "accessible" oleh "nafsun" (body) sehinggalah seseorang itu mencapai umur matang. Maksudnya segala simbol dan nama semua benda di alam ini sudah pun dimasukkan ke dalam minda manusia tetapi masih belum lagi "dipindahkan" ke dalam diri (badan atau jasad) manusia. "Pemindahan" ini akan berlaku samada secara formal semasa proses pembelajaran di sekolah dan juga secara tidak formal melalui pengalaman kehidupan seharian, atau pun secara wahyu seperti yang berlaku ke atas sekalian nabi dan rasul. Maka inilah yang disampaikan oleh Chomsky dalam teori "internalism". Dan ayat inilah juga yang menjelaskan konsep "generative grammar" yang hangat diperdebatan pada hari ini iaitu satu teori perkembangan bahasa dan makna yang dipelopori oleh Dr. Noam Chomsky.


Chontoh 2: Chomsky "Generative Grammar"

Pada siri yang lepas saya menyentuh tentang "pengislaman ilmu (IoK) bahasa Melayu (BM)". Ianya penting sebab bahasa (language) adalah perwakilan ilmu (knowledge representation). Saya tidak kata BM yang ada pada hari ini tidak Islam, apa yang saya kata ialah ianya masih boleh dilakukan penambah-baikan, masih boleh dilakukan "amalan solehan", iaitu satu syarat penting untuk masuk syurga Allah SWT (melakukan amalan solehan). Sekiranya ditambah-baik nahu dan struktur BM, maka ianya akan memudahkan dan mempercepatkan orang-orang Melayu untuk menguasai BA. Apabila sudah menguasai BA, maka mudahlah untuk menguasai Al-Quran. Walaupun proses IoK BM ini agak sukar dan mengambil masa yang panjang, namun ianya menjadi satu kemestian sekiranya orang-orang Melayu mahu menggunakan BM sebagai bahasa pengantar ilmu. Dan meng"IoK"kan BM adalah satu perkara yang boleh berlaku seperti yang dijelaskan oleh Chomsky dalam teori "generative grammar (GG)".

Mengikut Chomsky, GG adalah satu proses naluri semulajadi (natural) sebab di dalam diri manusia terdapat "mental organ (MO)" apa yang dipanggil "genetic endowment (GE)", dan teori "MO atau GE" ini adalah selari dengan ayat Al-Quran 2:30-31 iaitu semua anak adam (manusia) telah pun diajar dengan segala nama. Maksudnya di dalam minda (mental organ) manusia sudah pun ada segala simbol dan nama segala benda. Apabila manusia dilahirkan ianya sudah ada "mental organ" namun MO ini masih lagi dalam bentuk simbol dan nama, dan tidak lagi dalam bentuk ilmu, iaitu pada peringkat sub-konsius tidak lagi dihubung-kait dengan pelbagai konsep, tidak lagi dalam bentuk network atau jaringan ilmu. Simbol dan nama-nama ("aayaat" atau representations) ini perlulah dikaitkan dan diikatkan agar menjadi releven (menjadi ilmu), dan inilah yang dikatakan "berakal" seperti yang dijelaskan dalam beberapa siri sebelum ini. Iaitu proses "mengikat" nama-nama yang sudah ada dalam MO agar menjadi konsep, semantik, proposition, dan skema, dan kemudian dipindahkan ke dalam "otak" (dalam bentuk hologram ie EMW, pada peringkat konsius) agar ianya menjadi ilmu yang bermakna dan bermanfaat yang boleh terus berkembang secara "rekersif" untuk menjana ilmu-ilmu lain lagi.



Di dalam ayat-ayat 91:7-10 Al-Quran menjelaskan bahawa apabila perkembangan fizikal telah sampai ke tahap matang maka manusia ("nafsun" iaitu sel-sel otak, jantung, dan seluruh bandan) akan di "switch on" untuk memberikan mereka "kuasa memilih" (freewill), atau apa yang kita panggil "Qadar" (dalam rukun iman ke-6 kita panggil percaya kepada kada' dan kadar). Setelah mausia itu matang, maka manusia akan bertanggung-jawab sepenuhnya di atas tindakkan dan perbuatannya; di mana Allah SWT mengatakan beruntunglah orang-orang yang membersihkannya dan rugilah orang-orang yang mengotori (akal-fikiran mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang merosakkan).


Generative Grammar: Bahasa Arab Al-Quran, Perkembangan Makna

Sudah tentu akan ramai yang tertanya-tanya apakah yang hebat sangat dan hendak dibangga sangat ilmu-ilmu orang-orang yahudi dan nasrani ini? Apa gunanya ilmu "generative grammar" ini? Adakah si Khalid Yong ini sudah menjadi agen yahudi?

Pernahkah kita bertanya dan mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan segala perkara? Pernahkah kita mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan segala benda dengan mendalam lagi terperinci? Adakah Allah berbohong? Adakah Allah SWT itu nyanyuk atau tersasul atau terlepas cakap?

Cuba kaji aya-ayat berikut iaitu yang selalu saya ulang-ulang dalam blog kajian-quran ini. Cuba kaji ayat 51:1, dan cuba lihat nahu (grammar) yang digunakan. Cuba perhatikan kepada perkataan-akar "zara/yazru" yang bermakna "menabur dan menerbang", kemudian menjadi perkataan ismul fa'il (active particple) "Az-zaariyaat" yang bermakna "penerbang dan penabur", atau boleh juga dalam bentu sifat (adjectives) "benda yang terbang dan menabur", dan kemudian menjadi perkataan masdar (verbal noun) "zarwa" yang bermakna "penerbangan atau penaburan". Dan lihat pada nahunya seperti yang dibincangkan pada siri-siri sebelum ini.


Lihat makna (meaning) yang dapat dikeluarkan apabila "zaariyat" itu berfungsi sebagai "active partiple" (pembuat) dan lihat pula apabila ianya berfungsi sebagai "adjectives" (sifat). Lihat dan kaji bagaimana struktur nahu ini dapat memberi makna, dan sentiasa dapat memberi makna baru dan mendalam. Pada ayat 51:1 ini kita boleh mendapat ilmu secara "A priori" dan "analytic", iaitu tanpa memerlukan pengalaman dan makna predikatnya sudah pun ada di dalam subjek. Kemudian pada hari ini selepas 1400 ayat ini diturunkan, kita masih lagi dapat mengkaji ayat ini secara "posteriori" dan "synthetic", iaitu dengan menggunakan pengalaman (penggunaan komunikasi tanpa wayar), dan juga predikatnya terpisah dari subjek (synthetic).

Lihat dan kaji pada ayat 51:5-6. Lihat terdapat "nun taukid" dan "lam muzhalaqah". Kalau kita baca buku-buku i'rab kedua-duanya tidak nampak sebarang perbezaan fungsi, namun sekiranya kita mngkaji dengan menggunakan konsep "generative grammar" kita akan lihat fungsinya berubah. "Lam muzhalaqah" tidak lagi bermakna samata-mata "taukid" tetapi "taukid terkehadapan" yang membawa makna "semakin lama atau semakin terkehadapan maka semakin nyata dan terselah". Sudah tentu ianya membawa makna (meaning) baru yang lebih jelas, lebih tepat, dan lebih bermanfaat.

Saya tidak fikir sudah ada pakar-pakar bahasa Arab dan Al-Quran yang mengkaji fungsi "lam muzhalaqah" ini secara mendalam, terperinci, dan berterusan yang mana terdapat agak banyak kali digunakan di dalam Al-Quran. Melalui generative grammar ini kita akan dapat membuktikan kehebatan ayat-ayat Al-Quran, dapat membuktikan bahwa tidak ada manusia yang dapat membuat satu ayat atau satu surah seperti Al-Quran ini.


Contoh 3: Pendebat Islam Tewas Di Tangan Atheis 

Ramai umat Islam pada hari ini amat berbangga dengan kehebatan Bro. Hamza Tzortzis kerana kepetahannya berdebat dengan cendikiawan dan saitis Barat, namun ketika berdebat dengan saintis Prof. lawrence Krauss iaitu seorang ateis (yang tidak percaya kewujudan tuhan) Bro. Hamzah Tzortzis telah "mati kutu" apabila dihentam bertubi-tubi dengan fakta-fakta yang kukuh oleh Prof Krauss, dan Hamzah yang cuba mengelirukan Krauss dengan "permainan bahasa dan istilah" terus kelu, dan terkedu apabila ditanya apakah kriteria yang mengatakan manusia tidak boleh membuat satu ayat atau surah seperti ayat Al-Quran!


Bro. Hamzah tidak dapat menjawabnya sebab beliau sendiri tidak mahir bahasa Arab terutama bahasa Arab Al-Quran. Sekiranya beliau mahir dengan tata bahasa Arab AL-Quran maka beliau boleh menepis "serangan" Prof. Krauss dengan mudah misalnya dengan menggunakan teori "generative grammar" (GG) yang dipelopori oleh Prof. Chomsky, yang mana ianya adalah satu fenomena terkini dan belum ada lagi ketika Al-Quran itu diturunkan. Tambahan lagi GG yang dijelaskan dalam Al-Quran adalah lebih mudah difahami dan amat menakjubkan.


Seperti juga Harun Yahya yang "menyerang" teori evolusi secara membuta-tuli, Hamza Tzortzis juga "menyerang" hasil kajian dan penemuan Prof. Krauss secara membuta-tuli, dan cuba membuktikannya ianya tidak Islamik dan bertentangan dengan ilmu Al-Quran (padahal ianya memang selari dengan Al-Quran). Keadaan bertambah parah apabila Hamzah cuba menggambarkan seolah-olah beliau amat arif tentang ilmu dan isi-kandungan Al-Quran, seolah-olah Al-Quran yang mengatakan segala kajian dan penemuan Prof. Krauss itu salah dan menyesatkan. Padahal beliau hanya berpandukan akal-fikirannya sendiri.

Sekiranya dilakukan "IoK" maka teori evolusi Charles Darwin dan teori "universe is from nothing" Prof. Krauss adalah selari dengan ayat-ayat Al-Quran. Darwin mengatakan "Manusia dan kera adalah berasal dari satu keturunan" begitu juga di dalam Al-Quran ayat 2:65 dan ayat 7:166 yang mengatakan "Kera terjadi dari Manusia" (iaitu berasal dari satu keturunan: "kera-jadian" adalah berasal dari manusia). Darwin mengatakan kehidupan terjadi berperingkat-peringkat, begitu juga Al-Quran menjelaskan perkara yang sama. Yang menjadikan umat Islam emotional dan hilang akal ialah apabila dikatakan "manusia itu berasal dari kera" iaitu teori yang dikemukakan oleh Thomas Huxley, iaitu anak murid Charles Darwin.


Prof Krauss Jumpa Apa Yang Telah Ada Dalam Al-Quran!

Begitu juga dengan Prof. Krauss yang mengatakan "universe is from nothing" tidak bertentangan dengan ayat 36:36 yang mengatakan "Allah mencipta makhluk dari benda yang tidak diketahui manusia". Kadang-kadang manusia menggunakan perkataan "nothing" untuk merujuk kepada benda yang mereka tidak tahu, bukannya "nothing" itu bermakna "kosong" atau "tak ada apa-apa langsung". "Nothing" boleh merujuk kepada tenaga (energy), atau benda gelap (dark matters), dan sebagainya yang mana kewujudannya tidak dapat dikesan melalui pacaindera manusia.


Pada hari ini kita lihat para saintis sudah pun sampai ke penghujung kajian mereka. Makmal "large hadron collider" sudah sampai ke tahap maximum, tahap tepu di mana mereka sudah berjaya memecahkan nuklues atom ke tahap yang paling halus, paling kecil, yang tidak dapt dipecahkan ke tahap yang lebih halus. Mereka sudah sampai ke tahap "makhluk dijadikan dari benda-benda yang tidak diketahui manusia" seperti yang dijelaskan di dalam surah Yasin 36:36. Alangkah baiknya sekiranya para cendikiawan Islam dapat memberikan ilmu dari Al-Quran kepada para saintis Barat agar mereka melihat sendiri dan kaji kebenaran kitab suci Al-Quran seperti yang dikahendaki pada surah Qaf 50:45 "Kami lebih tahu apa yang mereka perdebatkan (mereka cari), dan kamu (Muhammad) tidak berkuasa memaksa mereka (tidak ada ilmu), dan serulah dengan kitab Al-Quran (kerana dengan ilmu dari Al-Quran sahaja akan dapat menewaskan mereka) ...".


Di dalam surah Yasin 36:36 Allah SWT menjelaskan tentang penciptaan segala makhlukNya iaitu ada yang dapat diketahui oleh manusia dan ada juga yang tidak diketahui oleh manusia, iaitu yang tidak dapat dikaji oleh para saintis dalam makmal. Prof. Krauss adalah dipihak yang benar apabila mengatakan "universe is created from nothing", dan "nothing" di sini boleh membawa makna "sesuatu yang tidak di ketahui oleh manusia" sama seperti yang dijelaskan dalam ayat 36:36.

Oleh yang demikian sudah tiba masa bagi seluruh cendikiawan dan pemikir Islam untuk berganding bahu dan tenaga untuk menjayakan proses "IoK" (Islamization of Knowledge) agar perkara yang memalukan seperti perbahasan "Big Debate" ini tidak berlaku lagi. Apabila ilmu-ilmu Barat di"IoK"kan maka para saintis Barat terutamanya yang atheis akan melihat sendiri akan kehebatan dan kebenaran Al-Quran sebab hasil kajian dan penemuan mereka sebenarnya telah dijelaskan di dalam kitab Al-Quran yang diturunkan sejak 1,400 tahun yang lalu!


Falsafah Ilmu Otak dan Minda Tersangat Luas

Teori dan falsafah ilmu "otak dan minda" dari John Searle dan Naom Chomsky ini adalah amat luas dan mendalam, dan apa yang saya bentangkan dalam artikel ini adalah hanya sepintas lalu sahaja. Satu perkara yang harus diingat ialah tidak kesemua yang disampaikan oleh Chomsky itu menepati ilmu dalam Al-Quran dan tidak semua yang dikaji oleh Searle bercanggah dengan Al-Quran. Maka ianya menjadi tugas dan tanggung-jawap kita semua untuk menapis dan melakukan "amalan solehan". Proses Islamization of Knowledge (IoK) ini ialah satu proses "jalan-pintas" penjanaan dan pemurnian ilmu agar ianya sejajar dan selari dengan kahendak Islam seperti yang telah dijelaskan di dalam kitab Al-Quran.

Walaupun tidak semua teori Chomsky "generative grammar" yang menepati ilmu Islam, namun ianya amat menarik untuk dijadikan sebagai asas "IoK" ilmu "otak dan minda". Konsep "generative grammar" ini memang sudah diperkenalkan dalam Al-Quran seperti yang dijelaskan pada ayat-ayat 11:1, 3:7, dan 39:23 iaitu konsep "muhkamat/mutasyabihat/ma-tasyabaha-minhu" seperti yang saya jelaskan di beberapa artikel sebelum ini. Kita akan sambung perbincangan tentang "generative grammar" ini di artikel akan datang.

Pendapat Searle yang mengatakan "mind before meaning" (minda sebelum makna) adalah selari dengan pernyataan Al-Quran. Namun teori "externalism"nya bercanggah dengan ayat-ayat Al-Quran. Searle berpendapat bahwa makna (meaning) itu bukannya berada dalam minda tetapi berkait rapat dengan "niat" (intention). Searle juga berpendapat bahwa bahasa (language) itu adalah "evolve" beratus juta tahun dan hanya melalui bahasa saja manusia dapat mengetahui realiti. Teori ini sudah tentu tidak menepati ilmu Al-Quran, di mana segala nama sudah diajar (dimasukkan ke dalam minda), namun untuk menzahirkan ilmu ini iaitu memindahkan dari "minda" kepada "otak", dan membolehkannya menjadi makna (meaning) apabila berlaku proses "berfikir" dan kemudian "berikatan" ('aqlun) atau dalam bahasa Melayu kita panggil menggunakan akal-fikiran.

Seperti yang dijelaskan di dalam ayat 6:65 kefahaman "makna" (meaning) itu dijana secara rekersif dengan menggunakan "aayaat" atau representation simbol dan nama-nama yang telah diajar (dimasukkan) ke dalam minda.

bersambung ... insyaallah.

Sekali lagi diwar-warkan di sini bahwa IAIS Malaysia akan mengadakan satu konferens antarabangsa "Developing Synergies Between Islam and Science & Technology For Mankind's Benefits" dan diseru kepada para pembaca yang berminat silalah layari portal IAIS Malaysia. Selamat berseminar.

Wallahu a'lam.

4 comments:

  1. salam tuan boleh saya dapatkan facebook tuan? saya amat berbangga dengna kajian tuan tq

    https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752?ref=tn_tnmn
    Rusdi : whatsapp 01112395238

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Rusdi Jusoh,

      Terima kasih kerana sudi membaca dan mengkaji hasil-kajian dan tulisan "kajian Al-Quran dan ICT". Semoga kita semua dapat berjihad ke jalan Allah dengan mengkaji, mengeluarkan ilmu yang hebat dari kitab suci Al-Quranul karim ini. Semoga kita semua dapat membina identiti baru umat Islam iaitu umat yang sentiasa melakukan "amalan solehan" iaitu amalan "penambah-baikkan", atau orang puteh panggil "continuous improvement", atau orang Jepun panggil "kaizen", sebab hanya orang2 soleh sahaja akan dapat masuk syurga Allah tanpa dihisab, dan akan dpt menjadi tetamu Allah. Insyaallah.

      Walaupun "orang ICT", namun minta maaf banyak2 sbb saya tdk aktif online, saya tidak buka/aktif atau update account fb, dan saya tidak ada a/c tweeter, whatsup group, dan sebagainya, Saya hanya menggunakan email sahaja seperti yang tertera dalam blog saya ini.

      Wassalam.

      Delete
  2. Salam tuan.. bagaimana nak belajar lebih lanjut. Camne nak beli buku @ attend kuliah tuan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas minat sdra/ri mendalami ilmu dari kitab suci Al-Quranul Karim. Oleh kerana Metod QbQ ini adalah satu hasil kajian dan penemuan baru, maka ianya mestilah melalui proses penilaian dan pelulusan yang agak ketat dan rumit. Insyaallah apabila dilulus oleh pakar2 Al-Quran dan Hadith, kita akan mengadakan beberapa kursus.
    Sesiapa yg berminat utk hadiri seminar "ICT dan Al-Quran" bolehlah hubungi Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) iaitu Pn. Zarina (017-9791742) atau Cik Noor Dina (013-9125063), atau Pn. Aswahida (012-9018042) yang akan diadakan pada 30 Sep 2014, insyaallah,

    ReplyDelete