Followers

Friday, September 19, 2014

Seminar "ICT dan Al-Quran" di KIPSAS

Quranalyst: Khalid Yong

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bertemu kembali. Mudah-mudahan para pembaca dan pengkaji kitab suci Al-Quran dan Al-Hadith semuanya berada di dalam suasana aman damai, dan sentiasa di bawah petunjuk, hidayah, dan rahmah Allah SWT.



Alhamdulillah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) telah sudi menjemput saya bersama-sama dengan beberapa pakar ICT tanah air untuk membentangkan beberapa kertas-kerja, dan saya telah diberikan tajuk "Pengkajian Terhadap Sumber ICT Dalam Al-Quran". Sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ICT dan Al-Quran yang akan diadakan pada 30-Sep-2014 silalah layari  http://kipsas.edu.my/ atau hubungi pihak penganjur seperti yang tertera dalam poster seminar di atas.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahwa sebaik-baik orang ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran. Dan Al-Quran juga telah menjelaskan bahwa "kitab Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab yang sedang dan akan dikumpul (dikarang)" (10:58) iaitu lebih baik dari kitab-kitab atau sistem komputer seperti kepintaran buatan (artificial intelligence), pengkalan ilmu (knowledge base), pengkalan data (database), dan sebagainya.

Pada hari ini kita melihat kehebatan manusia mereka-cipta sistem komputer yang berasaskan digital iaitu sistem penduaan "0" dan "1", hanya dengan menggunakan 2 huruf atau "representation" ini sahaja manusia boleh berkomunikasi dan membina sistem maklumat yang teramat canggih. Hanya dengan menggunakan dua simbol "0" dan "1" ini sistem komputer dapat menjana segala bentuk multimedia seperti video, gambar, suara, text, dan sebagainya. Lihatlah pula pada kitab suci Al-Quran yang menggunakan 28 huruf "alif" sehingga "ya", dan 10 nombor "0" sehingga "9" maka sudah tentulah kitab Al-Quran jauh lebih hebat, lebih superior dari segala-gala kitab.


Ulangkaji

Pada siri lepas kita melihat sepintas lalu contoh-contoh bagaimana method QbQ dapat menjayakan proses IoK (Islamization of knowledge) yang telah dipelupuri oleh beberapa cendikiawan Islam sejak tahun 1970an lagi. Alhamdulillah sekarang sudah ramai pemikir Islam yang mengakui bahwa IoK adalah satu keperluan dan agenda penting dalam membina dan membangunkan semula umat Islam agar menjadi umat yang terbaik seperti yang dituntut di dalam ayat Ali-Imran 3:110. Mereka bekerja keras untuk menjayakan proses IoK, dan insyaallah sekiranya kita semua berganding bahu, bersatu tenaga dan fikrah, umat Islam akan kembali menjadi peneraju dalam bidang penjanaan ilmu, teknologi, dan ekonomi.

Pada siri yang lepas saya ada menyentuh contoh-contoh IoK "generative grammar" (yang diplupuri oleh Prof. Chomsky), IoK "Universe is from nothing" (yang dikaji oleh Prof. Kraus), IoK teori evolusi, dan lain-lain lagi. Semuanya dibuat dengan menggunakan method pengkajian Al-Quran berasaskan QbQ atau metod Al-Quran bil-Quran.

Insyaallah semakin lama kita mengkaji kitab Al-Quran, maka semakin terserlah lagi akan kehebatan dan kemukjizatan kitab Al-Quran, maka akan bertambah kuat dan kukuh iman kita terhadap keesaan dan keperkasaan Allah SWT, tuhan semesta alam.

Pada siri-siri yang lepas kita telah lihat serba sedikit tentang "aayaat" (representations), tentang IoK, dan Insyaallah pada siri kali ini kita akan melihat serba sedikit contoh-contoh tasrif (rekersif) yang mana amat penting untuk memahami metod QbQ ini. Semoga dengan menggunakan beberapa contoh ini akan memudahkan kita untuk mempelajari dan memahami metod QbQ, seperti konsep tasrif "kunci-kunci rahsia yang ghaib" yang mampu "memampatkan" 10 lautan dakwat ilmu di dalam kitab Al-Quran yang hanya ada 6,666 ayat sahaja.


Contoh-contoh Tasrif (rekersif).

Di dalam ayat Al-An'am 6:65 Allah SWT menjelaskan cara-cara bagaimana untuk mengkaji dan memahami ayat-ayat Al-Quran iaitu dengan menggunakan "tasrif" atau dalam dalam bahasa ICT (bahasa komputer) kita panggil "recursive", atau sekiranya di bahasa Melayukan bermakna "menukar-ganti-ulang" (lihat artikel-artikel sebelum ini untuk maklumat lanjut tentang "tasrif" atau "rekersif").


Sudah tentulah ini satu perkara amat ajaib dan menghairankan bagaimana Al-Quran boleh menjelaskan satu kaedah atau metod yang amat canggih lagi terkini sedangkan ianya diturunkan di zaman jahiliyah yang mana 90% dari kaum Arab adalah buta huruf. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang ummiy (buta huruf). Bagaimana mungkin secara tiba-tiba boleh menjelma sebuah kitab yang lebih canggih dari super-super komputer?

Istilah "tasrif" berasal dari perkataan "sorrofa/yusorrifu/tasrif" yang bermakna melakukan penukar-gantian dan ulang. Perkataan "bank" dalam bahasa Arab ialah "masrif" yang berasal dari perkataan akar yang sama. Bank adalah tempat orang berulang-alik penyimpan dan mengeluarkan wang, menukarkan wang kecil dengan wang besar (atau sebaliknya), menukar cheque dengan wang tunai, menukarkan pelbagai mata wang, membuat pengiriman wang dan sebagainya. Konsepnya adalah tukar-ganti-ulang wang.

Secara ringkasnya, dalam sistem komputer (ICT) konsep "tasrif" ini dipanggil "recursive" di mana fungsinya sama seperti dalam contoh bank tadi di mana ianya bertugas untuk menukar-ganti-ulang tetapi "produknya" ialah data (representations )samada dalam bit/byte, data, maklumat, hukum (rules), dan sebagainya.



Tasrif - Contoh 1

Di dalam ayat Al-An'am 6:59 Allah SWT menjelaskan tentang "kunci-kunci atau rahsia ghaib" (mafaatih al-ghaib) iaitu "tasrif". Di dalam ayat ini perkataan "tasrif' itu sendiri adalah ghaib, tersembunyi, dan tidak dinyatakan dengan jelas. Namun sekiranya pengkaji tekun dan bersabar, maka rahsianya akan didedahkan (ditafsirkan) pada 6 ayat berikutnya iaitu pada ayat 6:65 (lihat ayat di atas).



Ini adalah satu susunan ayat-ayat Al-Quran yang amat hebat di mana sekiranya para pengkaji mengamalkan metod "active reading" maka jawapan kepada persoalan "apa atau bagaimana kunci atau rahsia tersembunyi" ini akan terjawab, akan terdedah, akan "tertafsir" pada beberapa ayat berikutnya iaitu pada ayat 6:65 yang menjelaskan tentang "tasrif" atau "rekersif" atau "menukar-ganti-ulang".

Di dalam ayat 6:59 ini "tasrif" atau "penukar-gantian-ulang" berlaku antara domir "hu" (Dia) pada awal ayat ini dengan "kitab" (yang saya tandakan dengan dakwat merah). "Dia" di dalam ayat ini merujuk kepada Allah SWT dan "kitab" pula merujuk kepada kitab Al-Quran. Maka untuk menjana ilmu-ilmu yang Islamik (yang harmoni dan selamat) maka sesaorang hendaklah melakukan "tasrif" (rekersif) antara "Allah" dan "Al-Quran", iaitu dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama membaca serta mengkaji ayat-ayat Al-Quran. Keadaan ini selalunya berlaku ketika solat, maka sebab itulah Allah SWT mewajibkan khuyuk ketika bersolat (4:43), kemudian Al-Quran menjelaskan apa yang dimaksudkan khusyuk pada ayat 57:16 iaitu mengingatkan Allah SWT dan ayat-ayat Al-Quran.



Ketika solat inilah kita berkomunikasi dengan Allah SWT, kita meminta petunjuk "ihdina syiratal mustaqim" (tunjukkan kepada kami jalan yang lurus) agar kita sentiasa dapat menjana ilmu-ilmu yang baik dan selamat (dari kitab petunjuk iaitu kitab Al-Quran) dan bukannya ilmu-ilmu yang merosakkan manusia dan alam. Oleh kerana orang-orang kafir tidak berkomunikasi dengan Allah maka kebanyakkan ilmu yang dijana adalah tidak selamat malah merbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Oleh yang demikian maka wajib umat Islam mengislamkan ilmu yang merosakkan ini agar ianya menjadi harmoni dan selamat.

Pada siri kali ini kita tidak akan membahaskan tentang isi kandungan ayat 6:59 ini dengan mendalam dan terperinci, kita tidak bincang tentang parameter rekersif, sifat-sifat rekursif, kategori rekursif, bagaimana hendak aplikasikan rekersif dan sebagainya. Kita hanya melihat sepintas lalu sahaja, kita berjinak-jinak dulu dengan konsep "rekersif" (tasrif), sekiranya ingin tahu maka para pembaca dan pengkaji bolehlah bertanya kepada para ustaz atau pensyarah di bidang Al-Quran dan Al-hadith yang mahir dalam ilmu-ilmu komputer (ICT) sebab syarahan ayat 6:59 ini agak teknikal, kompleks, dan memerlukan masa yang panjang (dan saya sendiri pun belum habis lagi mengkajinya!!!).

Oleh yang demikian "kunci-kunci rahsia ghaib" bagaimana Al-Quran menjelaskan segala perkara terletak pada "tasrif" atau dalam bahasa komputer "rekersif" seperti yang diamalkan dalam sistem pengkalan ilmu (knowledge base), sistem pintar (expert system), artificial intelligence, dan sebagainya. Namun sudah tentu metod rekersif (tasrif) yang diajar dalam kitab Al-Quran jauh lebih hebat dan canggih dari apa yang diamalkan dalam industri ICT (komputer). Walaubagaimana pun kita boleh menggunakan kefahaman rekersif yang diajar dalam ICT sebagai asas untuk kita faham "tasrif" dalam metod QbQ.

Oleh yang demikian nas pada ayat 6:65 yang menjelaskan tentang ilmu dan kepentingan "rekersif" diperkuat dan diperkukuhkan lagi oleh ayat 6:59. Kita akan melihat beberapa contoh lagi "tasrif" (rekersif) yang membuktikan Al-Quran itu lebih hebat dari super-super komputer. Kepada mereka yang biasa membuat aturcara komputer (computer programmers) sudah tentu akan mudah memahami konsep dan aplikasi rekersif (tasrif) ini sebab dalam setiap program akan terdapat banyak rekersif.


Tasrif - Contoh 2

Sekiranya Al-Quran bukannya direka-cipta dan dibuat oleh Allah SWT, sekiranya ianya dibuat oleh manusia maka sudah tentu ayat 6:65 akan kelihatan janggal dan  "kesaorangan" sebab konsep dan teknologi rekersif teramatlah canggih dan terkini. Konsep "rekersif kepintaran buatan" ini tidak boleh dibuat secara persendirian "stand alone". Oleh itu ianya amat menghairan konsep dan teknologi canggih ini dijelaskan dan diajarkan dengan jelas dan mendalam. Lihat pada surah Al-Hijr ayat 1 (15:1) Metod Alif-Lam-Ra digunakan untuk "Al-Kitab" dan pada ayat 27:1 Metod Thaa-Siin sebagai ayat (representation) untuk rekersif.


Sebagaimana yang kita tahu, Al-Quran direka-cipta oleh Allah SWT secara "berlapis-lapis" dan setiap lapis diberi nama tersendiri seperti "Al-Kitab", "Al-Quran", "An-Nur", "Az-Zikr", "Al-Furqan", dan sebagainya. Maka tidak hairanlah para alim ulamak dan pengkaji Al-Quran mendapati kitab Al-Quran ini diberikan beberapa nama.

Merujuk kepada ayat-ayat di atas nama "Al-Quran" dan "Al-Kitab" digunakan. Untuk sementara waktu ini kita boleh cuba bayangkan "Al-Kitab"sebagai "knowledge base" dan "Al-Quran" sebagai "Database". Nota: Saya dapati masih ramai "budak-budak komputer" yang terkeliru, tidak faham, dan menganggap "knowledge base" dan "database" adalah benda yang sama. Hendaklah diingat ianya adalah dua ilmu yang berlainan, amat jauh bezanya seperti langit dengan bumi.

Allah SWT menjelaskan Al-Kitab itu adalah "rules based" iaitu ayat-ayatnya (atau perwakilan ilmu atau representation) adalah dalam bentuk hukum (rules). Dan kita dapati ICTist menggunakan "rules based" untuk membina sistem "knowledge base".


Di dalam ayat 12:1 Allah SWT menjelaskan konsep "uhkimat aayaatuhu" iaitu "ayat-ayat yang disusun, dipadatkan, secara berperaturan" atau "rules based". Ayat ini adalah merupakan "ayat ICT", adalah merupakan satu konsep yang wajib difahami dan digunakan dalam ilmu ICT terutama sistem kepintaran buatan (artificial intelligence), pangkalan ilmu (knowledge base system), sistem pintar (expert system), dan sebagainya. Inilah metod yang digunakan oleh pakar-pakar komputer (ICTist) bagaimana untuk menjana ilmu dari ilmu, menjana ilmu dari pengesanan deria, menjana ilmu dari sensor, dan sebagainya.

Walaupun Al-Quran hanya terdapat kira-kira 6,666 ayat namun ianya bukanlah perkataan sembarangan, bukanlah perkataan yang dihamburkan secara rawak. Setiap patah huruf dan perkataan adalah merupakan dipilih oleh Allah SWT. Allah SWT sendiri yang memilih, menyusun, mengatur, memampatkan, yang mentartil, dan yang menafsir, mendedahkan semula kepada manusia sebagai ilmu yang berguna untuk panduan hidup, untuk melakukan amalan solehan, dan untuk menjadikan umat Islam sebagai umat terbaik "khaira ummatin". Ianya adalah amat teratur, amat tersusun, dimampatkan dalam bentuk "aayaat" yang dijadikan dalam bentuk "representation" (perwakilan data), yang mana ianya boleh ditukar-ganti-ulang, boleh ditasrif, boleh direkersif untuk menjana lebih banyak "hukum" (rules) dan lebih banyak ilmu (knowledge).

Seperti yang saya jelaskan tadi artikel kali ini bukannya nak menjelaskan tentang tasrif atau rekersif dengan mendalam dan terperinci tetapi hanya mahu memperkenalkan beberapa konsep asas, ilmu mabadik, ilmu permulaan iaitu ilmu "tasrif" atau dalam ilmu komputer dikenali sebagai "recursive". Maka untuk peringkat ini sudah memadai sekiranya para pembaca dan pengkaji tahu dan faham bahwa antara kaedah yang digunakan Al-Quran untuk menjana ilmu, untuk menjelaskan segala sesuatu dengan mendalam dan terperinci ialah kaedah "tasrif" atau "recursive".


Tasrif - Contoh 3

Contoh pertama tadi kita lihat "tasrif" untuk menjana ilmu berlaku apabila manusia berkomunikasi dengan Allah SWT serta menyebut dan mengingati ayat-ayat Al-Quran. Dalam contoh ke-2 pula kita lihat "tasrif" berlaku antara "kitab" dan "Al-Quran" iaitu dengan menggunakan hukum atau peraturan iaitu "uhkimat aayaatuhu". Pada contoh ke-3 ini kita lihat "tasrif" berlaku pada peringkat perkataan atau perbualan atau apa yang Prof. Searle ketengahkan teori perlakuan pertuturan atau "speech act theory".



Ada para penafsir membenarkan penafsiran atau pengeluaran makna dari ayat-ayat Al-Quran secara "majaz" atau secara "yang tersirat". Sudah tentu metod QbQ tidak membenarkan kaedah tafsir secara majaz sebab ianya tidak menggunakan "hukum", tidak menggunakan formula yang boleh diulang-ulang, yang boleh ditasrifkan secara sistematik, secara "predictable", secara "programmable". Apabila tidak menggunakan hukum (rules) yang jelas, teratur, dan sistematik, maka ianya akan mudah tergelincir kepada "takwil" yang jelas dilarang oleh Allah SWT.


Konsep, kahendak, dan makna perkataan "takwil" ini dijelaskan dengan mendalam dalam Al-Quran seperti dalam surah Al-Kahfi dan juga surah yusuf. Dalam surah Al-Kahfi dijelaskan 3 kesah semasa Nabi Musa mengikut Nabi Khaidir. Sementara dalam surah Yusuf dijelaskan tentang mimpi yang dialami oleh dua orang penghuni penjara. Saya tidak bercadang untuk menceritakan kesah-kesah tersebut dalam artikel ini sebab tuan-puan boleh mencari dan membacanya dalam internet.

Ringkasnya makna "takwil" ini berasal dari perkataan "awwala/yuawwilu/takwil" atau dalam bahasa Melayunya "menjadikan awal atau menjadikan kembali kepada permulaan". Kalau kita merujuk kepada ayat 3:7 maka ianya bermakna "mencari permulaan Allah, atau mencari permulaan segala kejadian". Allah berkata tidak ada siapa yang tahu "takwil", tidak siapa yang tahu asal permulaan Allah atau segala kesudahan atau pengakhiran nasib manusia. Maka Allah SWT tidak membenarkan manusia membuat takwil tentang zat dan sifat Allah SWT, dan juga tidak membenarkan manusia menafsirkan ayat-ayat Al-Quran secara takwil.


Tidak Boleh Tafsir Secara "Takwil"

Allah SWT menjelaskan ayat-ayat Al-Quran hanya boleh ditafsir, iaitu didedahkan misalnya secara tasrif (rekersif), dan sama sekali tidak boleh ditakwilkan, iaitu memberi makna secara rambang. Maksudnya manusia tidak boleh membuat penjelasan ayat-ayat Al-Quran secara "takwil" seperti yang ditunjukkan dalam surah Al-Kahfi sebab manusia tidak tahu apa yang terkehadapan (selain dari Allah); 1) manusia tidak tahu nasib perahu - sekiranya perahu tidak dibocorkan maka ianya akan dirampas, 2) manusia tidak tahu nasib ibu-bapa yang akan menjadi kafir - sekiranya anak itu tidak dibunuh maka dia akan memaksa ibubapa menjadi kafir, 3) manusia tidak tahu bahwa di bawah dinding ada harta-karun yang disimpan oleh orang soleh untuk 2 anaknya.

Oleh kerana istilah "takwil" ini amat penting, maka Al-Quran telah memberi contoh serta penjelasan yang terperinci lagi mendalam tentang konsep dan maknanya untuk memastikan para penafsir Al-Quran tidak terkeliru, dan tidak menyalah-gunakan ayat-ayat Al-Quran. "Takwil" atau "peng-awwalan" atau "menjadikan sesuatu berlaku terlebih dahulu dari yang sepatutnya" bermakna bertindak atau membuat keputusan atau memberi penjelasan seolah-olah kita tahu nasib atau apa yang akan berlaku ke atas sesuatu di masa depan (di masa akan datang). Oleh kerana kita sudah tahu perkara yang akan berlaku di masa hadapan maka kita melakukan "takwil", melakukan "peng-awwalan".

Makna "takwil" ini mudah difahami sekiranya kita melihatnya dari kacamata ICT (komputer). Dalam ilmu komputer kita ada belajar dan amalkan konsep "pre-emptive" yang terdapat dalam cabang ilmu seperti "operating system", "networking", "artificial intelligence", dan sebagainya. Konsep "takwil" adalah hampir sama dengan konsep "pre-emptive" iaitu memberhentikan sesuatu proses atau tugasan terlebih awal dari yang sepatutnya. ICTist (pakar-pakar ICT) mengadakan "pre-emptive" untuk memastikan keseluruhan sistem berjalan dengan lancar. Maka setiap gangguan atau halangan yang boleh memudaratkan perjalanan sistem akan dibuang, dihentikan.

Misal apabila berlaku kekacauan seperti "network down atau slow" maka beberapa proses yang tidak penting akan diberhentikan terlebih awal untuk memastikan keseluruhan sistem stabil dan kembali normal. Contoh lain misalnya kertas tersangkut pada pencetak "paper jammed" maka komputer akan "pre-empt" kerja-kerja percetakkan untuk membolehkan pencetak (printer) dibetulkan semula, dan percetakkan boleh diteruskan semula pada kedudukan yang betul (yang terakhir).



"Takwil" dan "Pre-emptive"

Oleh yang demikian pengguna boleh melakukan "pre-emption" iaitu "meng-awalkan" perberhentian sesuatu tugas atau kerja atau proses untuk memastikan keseluruhan kerja atau fungsi tidak terganggu dan boleh berjalan dengan lancar.

Sekiranya kita kembali kepada kesah dalam surah Al-Kahfi, kita dapati Nabi Khaidir membuat tiga "takwil" atau "pre-emptions" atau "pemberhentian awal" iaitu membocorkan perahu, membunuh anak muda, dan menegakkan kembali benteng yang hendak roboh. Apabila berlaku "takwil" atau "pre-emptive" atau "peng-awwalan" maka orang akan menjadi hairan dan meminta penjelasan sebab perlakuan ini tidak normal, pelik, tidak mengikut peraturan, dan perlu penjelasan yang munasabah.

Nabi Khaidir melakukan 3 "takwil" dan dia boleh memberi penjelasan sebab dia tahu perkara-perkara awal yang ghaib "inside information", dia tahu apa yang akan terjadi kepada perahu itu dalam masa misalnya 2-3 hari lagi, dia sudah tahu apa yang akan terjadi kepada ibu-bapa itu apabila budak itu besar 20-30 tahun nanti. Sedangkan Nabi Musa tidak tahu perkara awal, tidak tahu "inside information" yang ghaib, yang belum lagi berlaku, maka perkara-perkara sedemikian menjadi kehairan kepada Nabi Musa sehinggakan beliau mengeluarkan pertanyaan.



Allah SWT maha berilmu lagi bijaksana, Dia tahu segala perkara, maka Dia jadikan kitab Al-Quran dalam bentuk yang teramat hebat iaitu segala ilmu yang hebat dan canggih dibuat dalam bentuk "ghaib" seperti yang dijelaskan dalam ayat 2:3 "segala ilmu" di dalam Al-Quran disimpan secara ghaib dan kita umat Islam wajib yakin dan beriman bahwa Al-Quran memang benar-benar mengandungi kesemua ilmu, segala perkara telah dijelaskan di dalam Al-Quran secara mendalam lagi terperinci. Kaedah menyimpan atau penyembunyian data secara ghaib ini dipanggil "encapsulation" dalam istilah komputer.


"Representation" dan "Recursive"

Semua ilmu, segala perkara telah dijelaskan di dalam kitab suci Al-Quran, semua sekali, tidak ada satu perkara pun yang tertinggal namun ianya disimpan dalam bentuk "ghaib", tidak nampak oleh mata kasar manusia. Misalnya kod ASCII "01100001" mewakili huruf "a". Mata kasar kita tidak nampak huruf "a", namun ianya memang ada, memang wujud, memang jelas tapi diwakili oleh "01100001", semua komputer tahu itu adalah huruf "a". Bagi orang yang tidak faham ilmu komputer maka mereka akan bermati-matian mengatakan tidak ada huruf "a", tidak nampak pun, yang nampak hanya "0" dan "1", apa kau buta ke? mustahil ada huruf "a", cuba celik mata kau tu luas-luas dan tengoklah sendiri,  dan sebagainya. Oleh kerana disimpan secara ghaib, maka Allah menjelaskan metod atau kaedah untuk mendedahkan ilmu-ilmu yang ghaib ini iaitu dalam bentuk "aayaat" (representations) dan "tasrif" (recursive),

Untuk menzahirkan "01100001" kepada "a" mestilah ada "representation" dan "secursive". "0" dan "1" boleh juga difahami sebagai angka "kosong" dan "satu", tetapi ianya juga boleh difahami sebagai "representation", iaitu perwakilan kod ASCII untuk huruf "a". Untuk membolehkan simbol "0" dan "1" ditukar menjadi "a", maka representasi "01100001" ini mesti dibaca, ditukar-ganti dan diulang, iaitu ditasrif, atau direkersif sebanyak 8 kali barulah muncuk huruf "a". Tidakkah Allah SWT menjelaskan tentang ilmu "representation" dan ilmu "recursive" di dalam Al-Quran? Tidak mahu percayakah lagi kita tentang kehebatan Al-Quran?

Oleh yang demikian menjadi tanggung-jawab besar kepada para ICTist untuk memujuk dan menjelaskan kepada para alim-ulama agama bahawa kitab Al-Quran memang menjelaskan segala perkara, kitab Al-Quran memang menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci bukannya secara umum (mujmal), kitab Al-Quran adalah sebaik-baik kitab lebih baik dari kitab super-super komputer. Untuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain memang mudah dan seronok, tidak ada manusia yang lengkap dan sempurna. Maka marilah kita kumpulkan kekuatan dan kelebihan masing-masing, padukan fikrah dan satukan ummah,  marilah bersatu tenaga mengembalikan keagungan dan kegemilangan Islam. Mudah-mudahan para ulamak agama dan ulamak ICT dapat bekerjasama membina prasarana penjanaan ilmu dari Al-Quran, Quranpedia, yang berasaskan metod QbQ.


Kerapian Susunan Al-Quran

Sekiranya kita tunjukkan mukjizat baru metod QbQ ini kepada para cendikiawan bukan Islam, maka saya yakin dan percaya ianya akan berjaya melemahkan keangkuhan mereka, dan sekiranya diberi hidayah oleh Allah SWT maka sudah tentu mereka akan memeluk Islam. Al-Quran adalah kitab yang amat hebat bukan sahaja dari segi keindahan bahasa, malah kerapiannya akan membuktikan Al-Quran bukan ciptaan manusia, akan membuktikan kewujudan tuhan yang Esa lagi Perkasa.

Ini dibuktikan pada surah Al-Furqan 25:32-33 iaitu kitab Al-Quran direka-cipta dalam bentuk sususan rapi, dalam bentuk berperaturan, dalam bentuk hukum yang amat kemas dan sempurna.


Di dalam surah Al-Furqan 25:32-33 Allah SWT menjelaskan bahwa ayat-ayat Al-Quran disusun amat rapi dan sistematik, dan ianya adalah sebaik-baik "tafsir" iaitu sebaik-baik kitab pembukaan dan pendedahan ilmu. Cuba bayangkan akan kehebatan susunan ayat-ayat Al-Quran, sekiranya Nabi Muhammad SAW yang ummiy, iaitu buta huruf, boleh "nampak" kehebatan susunan ayat-ayat Al-Quran sehingga berasa gerun dan perlu "diperkuatkan hatinya", maka kita orang-orang yang tidak buta-huruf sepatutnya boleh nampak dengan jelas akan kehebatan dan kemukjizatan susunan ayat-ayat Al-Quran!

Tetapi amat malang sekali ramai bijak-pandai dan para ulamak agama yang tidak mahu beriman dengan perkara ghaib ini, iaitu kebenaran kitabAl-Quran menjelaskan segala perkara tetapi penjelasan itu dibuat secara susunan yang paling baik dan sistematik sehingga ianya tidak nampak pada mata kasar (ghaib).


Perkataan Besar dan Penting

Banyak lagi contoh-contoh tasrif atau rekersif yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Mungkin ada IPTA (terutama yang berlabelkan Islam) merasakan hasil kajian ini ada asas dan seharusnya diusahakan dengan lebih jauh dan mendalam sebab mereka mempunyai pakar-pakar ICT, Al-Quran dan Al-Hadith, mempunyai prasarana yang banyak lagi canggih dan dana yang besar.

Maafkan saya kerana terpaksa menggunakan perkataan-perkataan besar, bombastic words, seperti "artificial intelligence", "recursive", "propositional calculus", "predicate calculus", apriori, a posteriori, analytic, synthetic, inductive, deductive, ontology, epistemology, genetic endowment, generative grammar, illocutionary, prolocutionary, dan sebagainya. Semua perkataan-perkataan ini sudah pun diperkenalkan pada siri-siri yang lepas secara ringkas agar para pembaca dan pengkaji boleh mempelajari dari guru-guru atau melayari internet.

Saya tidak akan menjelaskan dengan mendalam segala istilah ini sebab ianya sudah terdapat dengan meluas dalam internet. Insyaallah saya akan menggunakan istilah-istilah ini dalam contoh berikutnya.


Tafsir Semula vs Tafsir Lagi

Sekarang mungkin lebih baik kita melihat pula contoh dan aplikasi bagaimana Al-Quran menjana ilmu dari tasrif atau rekersif ini. Kita akan gunakan contoh ayat-ayat ICT yang sentiasa digunakan dalam blog ini iaitu dari surah Az-Zariyat 51:1-8.


Ayat dari surah Az-Zariyat di atas dipetik dari Tafsir Ibn-Kathir (versi internet http://www.qtafsir.com/), dan lihat penterjemahan yang diberikan. Sementara di bawah pula adalah dari quranexplorer iaitu dari terjemahan bahasa Malaysia.


Walaupun terdapat perbezaan penterjemahan yang agak ketara namun ke dua-dua versi ini adalah diterima dan diluluskan oleh para ulamak. Ini menunjukkan keluasan ilmu Al-Quran, walaupun ayat-ayat yang sama, namun boleh membawa penafsiran yang berbez.


Sekarang kita cuba aplikasikan metod QbQ untuk menafsir lagi (bukan tafsir semula, tapi tafsir lagi), iaitu untuk menambah lagi khazanah ilmu, dan menjana teknologi baru. Tafsir yang sedia ada memang betul dan tepat, memang tidak salah, dan kita tidak meremehkan sesiapa jua, namun kita teruskan lagi kerja-kerja penafsiran untuk mengeluarkan lebih banyak lagi ilmu dari kitab suci Al-Quran.


Aplikasi Rekersif

Sebelum ini, pada siri-siri yang lepas kita sudah melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan pelbagai kaedah penjanaan ilmu misalnya dengan menggunakan deduktif, induktif, proposition logik, predikat logik, apriori, a posteriori, analitik, sintatik, generative grammar, dan sebagainya. Sekarang kita cuba aplikasikan ilmu-ilmu Barat, dan kemudian kalau boleh kita IoKkannya.


Langkah pertama ialah dengan membaca dan meneliti beberapa kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir Ibn-Kathir, tafsir Abdullah Yusof Ali, tafsir Azhar, tafsir Ar-Rahman, terjemah harfiyyah, dan sebagainya. Kemudian setiap huruf dan perkataan dikaji dalam kamus atau lexicon bahasa Arab. Buku "vocabulary of the Boly Quran" yang dikarang oleh Dr. Abdullah Abbas An-Nadwi, Lexicon Arab-English oleh Edward William Lane, Arabic-English for advanced learners, dan Al-Mawrid oleh Dr. Rohi Baalbaki adalah agak bagus sebab agak luas dan menyeluruh.

Setelah membaca beberapa tafsir dan mendapat makna asal setiap istilah, maka kita perlu merujuk kepada kitab-kitab I'rob, iaitu kitab yang menjelaskan tentang fungsi atau tugas setiap patah perkataan di dalam setiap ayat Al-Quran. Pemahaman dan penguasaan ilmu i'rob ini adalah yang terpenting bagi setiap orang yang ingin memahami dan menafsir ayat-ayat Al-Quran. Tanpa ilmu i'rob ini adalah mustahil bagi sesaorang untuk mendalami pemahaman dan penafsiran ayat-ayat Al-Quran.



 Misalnya kita lihat pada perkataan ke-dua iaitu "Az-zariyat" (perkataan selepas huruf "wau"). Dari segi morfologi ianya dipanggil "ismu fa-il" atau "pembuat". Dalam keadaan ini ianya boleh berfungsi sebagai "active participle" iaitu actor atau pembuat atau pelaku (yang melakukan kerja). Dalam form "ismu fa-il" ini ianya juga boleh berfungsi sebagai "adjectives" atau sifat kepada pelaku (bukan pelaku, tetapi hanya sifat). Penjelasan mendalam dan terperinci seperti ini hanya terdapat dalam kitab-kitab i'rob sahaja.

Sudah tentu agak payah bagi kita orang-orang Melayu untuk memahami konsep i'rob ini sebab bahasa Melayu (ataupun Inggeris) tidak ada konsep i'rob ini. Namun apabila kita cuba menjana ilmu dari kitab Al-Quran maka kita akan faham kepentingan dan kehebatan ilmu i'rob ini. Dengan berpandukan ilmu i'rob ini kita akan faham apa itu apriori, a posteriori, analytic, synthetic, generative grammar, dan seterus akan faham bagaimana menggunakan propositional calculus dan predicate calculus, dan akan faham tujuan dan kepentingan "tasrif" (recursive).

Oleh yang demikian saya fikir kita janganlah perlekehkan dan buruk sangka terhadap filasuf-filasuf Greek seperti Socrates, Plato, dan Aristotle sebab ilmu-ilmu yang mereka perkenalkan nampak selari dengan ilmu i'rob Al-Quran, iaitu memudahkan kita memahami bagaimana nak aplikasikan ilmu i'rob. Kita tidak tahu mereka ini berkemungkinan juga nabi-nabi atau keturunan nabi!


Apriori dan Analytic

Saya tidak mahu bahas ilmu-ilmu yang dijana oleh para filasuf Greek ini sebab semua sudah ada dalam internet. Kita guna-pakai saja apa yang telah mereka perkenalkan, seperti kita guna pakai handphone, TV, komputer, internet, dan sebagainya yang mana semua ini bukanlah direkacipta oleh orang-orang Islam pun. Sekiranya kita kata ilmu mereka adalah sesat, maka guna komputer, TV, handphone, motokar, dan sebagainya juga adalah sesat! Oleh yang demikian sekiranya kita tidak faham ilmu mereka maka kita jangan mudah-mudah cakap ilmu mereka sesat.

Konsep apriori dan analytic ialah menjana ilmu hanya berdasarkan text asal dan makna predikatnya terdapat dalam subjek. Dalam kes kita ini hanya menggunakan usul atau proposition asal "nas" atau ayat Al-Quran yang bersumberkan bahasa Arab asli. Kita tidak tokok tambah atau menggunakan pengalaman. Misalnya dalam ayat 51:1 diterjemahkan oleh Ibn-Kathir dengan terjemahan "By the scattering Dzariyat". Terjemahan ini adalah berbentuk "Apriori dan Analytic" di mana "az-zariyat" adalah perkataan Arab yang asal, sementara "the scatering" adalah makna predikat yang sama dengan subjek.

Lihat pada peringkat ini kita tidak nampak lagi penjanaan atau penghasilan ilmu yang banyak faedah kepada manusia. Namun ayat ini sudah jelas dan boleh difahami oleh manusia.


A Posteriori dan Synthetic

Konsep "a posteriori dan synthetic" bermakna menjana ilmu dengan menggunakan pengalaman dan dan makna predikatnya berlainan dari subjek. Cuba perhatikan kepada tafsiran yang dibuat oleh Quran-explorer Bahasa Melaysia iaitu "Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya) dengan penerbangan dan penaburan yang bersungguh-sungguh". Adakah tafsiran ini menggunakan konsep "apriori dan analytic" atau konsep "a posteriori dan synthetic"?

Perkataan "Az-Zaariyat" adalah berasal dari perkataan "zara/yazru'/zarwan" yang bermakna menerbang dan menabur. Memberi makna "angin" juga adalah betul sebab melalui pengalaman seharian kita memang sifat anging melakukan penerbangan dan penaburan. Cuba lihat kepada"penaburan yang bersungguh-sungguh" adakah ianya sama dengan "angin" (subjek)? Sudah tentu tidak. Kebiasaannya "angin" tidak bersifat bersungguh-sungguh, hanya "ribut" atau "taufan" yang ada sifat bersungguh-sungguh ini.

Memberi makna (kepada sesuatu usul atau text) dengan berpandukan pengalaman atau percubaan kita panggil "a posteriori". Sementara memberi makna predikatnya berbeza dari makna subjek kita panggil "synthetic".


Dalam 2 kes di atas kita tidak merubah fungsi "Az-zaariyat", maksudnya ianya berfungsi sebagai "pembuat" (actor) atau sebagai "maksum". Apa akan terjadi sekiranya fungsi "Az-zaariyat" ini berubah? iaitu dari "maksum" kepada "sifat" atau dalam bahasa Inggeri dari "active participle" kepada "adjectives"?


Perkembangan Ilmu dan Bahasa Arab

Sekarang kita lihat pula apa terjadi apabila fungsi "Az-zaariyat" berubah iaitu dari "actor" (active particple) kepada "sifat" (adjectives). Keboleh-perubahan fungsi ini dipanggil "generative grammar" (GG). Saya bukanlah mahu berbangga dengan penggunaan "bombastic word" atau mahu mengelirukan para pembaca, tetapi mahu menunjukkan kehebatan kitab Al-Quran iaitu kesesuaian sepanjang zaman, dan kebolehan menjana ilmu sepanjang zaman. Bukannya saya mahu mempromosikan ilmu-ilmu Barat. Barat (yahudi dan nasrani) sentiasa maju sebab mereka suka mengkaji dan menjana ilmu-ilmu baru.

Sepatutnya para ulama Islamlah yang menjana konsep dan teori "generative grammar" dan bukannya orang yahudi Noam Chomsky! Konsep "GG" adalah penting sebab ianya memudahkan kita memahami ayat-ayat Al-Quran, dan sudah tentu akan membantu kita untuk menjana pelbagai ilmu dari kitab Al-Quran. Sekiranya kita menolak teori GG ini, adakah bermakna kita menolak ilmu i'rob, iaitu ilmu perubahan fungsi dalam ayat-ayat Al-Quran? Sama seperti menggunakan komputer untuk memudahkan pengkajian ayat-ayat Al-Quran, adakah haram menggunakan hasil-cipta orang-orang yahudi?

Semasa zaman Nabi Muhammad SAW ilmu nahu dan i'rob bahasa Arab belum berkembang lagi. Tidak ada hadith-hadith Nabi yang menjelaskan dengan mendalam tentang ilmu nahu dan i'rob bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran. Hanya selepas seratus tahun kewafatan Baginda Nabi barulah ilmu nahu bahasa Arab diperkenalkan secara sistematik (dikaji dan dibukukan) oleh Al-Farahidi dan disusuli oleh anak muridnya Abu Bish (atau Sibaweh).


Perubahan Fungsi

Kembali kita kepada perubahan fungsi dari "maksum" (active participle) kepada "sifat" (adjectives). Apa akan jadi sekiranya ayat 51:1 ini dikaji secara "apriori dan analytic", di kaji secara "a posteriori dan synthetic"? Bolehkah ianya dikaji secara "apriori dan syntheic" atau "a posteriori dan analytic"?

Adakah makna apriori (makna kamus) boleh berubah? Lihat pada perkataan "zara/yazru/zarwan" yang makna asal "raise and make it to fly and scatter" (bangkit dan terbang menabur). Bolehkah kita ambil makna "terbang" saja? atau makna "menabur" sahaja? Bagi sesiapa yang biasa menggunakan kamus bahasa Arab, sudah tentu akan terbiasa melihat satu istilah Arab diberi dengan pelbagai makna sehingga 10-20 mukasurat! Sudah tentu makna kamus itu tidak berubah, tetapi makna yang mana satu yang hendak dipakai?

Contoh kita ambil satu perkataan yang biasa kita gunakan; Ar-rahman dan Ar-rahim. perkataan ini berasal dari akar yang sama iaitu "rahima/yarhamu" yang bermakna mengasihani, bersimpati. Perkataan Ar-rahman kita terjemah sebagai "maha pemurah" dan perkataan Ar-rahim sebagai "penyayang". "Rahim" juga boleh membawa makna "peranakan" atau "uterus" atau "kaum kerabat" (sila lihat kamus oxfor-fajar ms: 157). Kenapa perkataan yang sama boleh membawa makna yang luas dan berbeza? Sekiranya kita menggunakan kitab Al-Quran terjemahan maka makna "apriori" tidak akan berubah sebab perkataan bahasa Melayu (dan Inggeris) tidak meluas dan mendalam berbanding dengan bahasa Arab Al-Quran yang begitu kaya dan indah!

Pada tahap ini sepatutnya para pembaca dan pengkaji sudah dapat membuat satu kesimpulan iaitu tidak boleh mengkaji ayat-ayat Al-Quran tanpa menggunakan bahasa Arab seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT.


Apriori: Az-Zaariyat Sebagai Sifat (adjectives)

Apabila Az-Zaariyat berfungsi sebagai sifat (adjectives) maka ianya boleh bersifat sebagai "penaik", atau "penerbang", atau "penabur", atau "penaik dan penerbang", atau "penaik dan penabur", atau "penerbang dan penabur", atau ketiga-tiganya sekali "penaik, penerbang, dan penabur". Maka tugas manusia ianya mencari dan mengkaji makhluk yang bersifat seperti ini; adakah ianya angin, ribut, taufan, burung, kapalterbang, jet, molekul atau atom gas, elektron, foton, positron, dan sebagainya. Inilah yang dikatakan "hudan" (petunjuk).

Kita cuba pula keluarkan makna predikatnya iaitu "zarwa"; adakah maknanya sama dengan subjek atau berlainan? Tanpa prasarana "Quranpedia" sudah tentu ianya amat rumit sekali untuk kita mencari makna predikat ini. Cuba bayangkan bagaimana mungkin untuk melakukan tasrif  ke atas beratus juta "aayaat", ke atas beratus juta usul (propositions)? Oleh kerana para saintis Barat tidak faham, tidak menggunakan Al-Quran, maka mereka membina makmal fizikal (material physical labs), untuk mengkaji bahan-bahan (materials), untuk menjana ilmu secara sains, secara uji-kaji dengan menggunakan pancaindera, iaitu untuk menjana ilmu secara inductive (istiqraiyyah). Ilmu yang dijana seperti ini saya panggil ilmu "epistemology".

Kita umat Islam ada kitab Al-Quran, ada sumber ilmu dari tuhan sekalian alam, maka kita boleh menjana ilmu secara usul, secara logik, secara mantiq, iaitu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Ilmu yang dijana secara "aayaat" (presentations) dan "tasrif" (recursives) ini saya panggil ilmu "ontology", atau ilmu yang dijana secara deductive (istintaajiyyah).

Istilah-istilah "ontology" dan "epistemology" adalah istilah biasa (common), saya hanya cuba menepatkan lagi penggunaan istilah-istilah ini. Sekiranya para filasuf Barat faham dan percaya dengan kitab Al-Quran maka saya yakin mereka akan menjana ilmu secara deductive dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, dan saya yakin mereka juga akan memanggil metod ini sebagai "ontology".


A Posteriori: Az-Zaariyat Sebagai Sifat (Adjectives)

Saintis Barat menjana ilmu menggunakan kekuatan pancaindera melalui hasil-kajian makmal. Oleh kerana umat Islam jauh ketinggalan dalam bidang sains, maka ayat-ayat AL-Quran tidak dikaji dengan mendalam samada secara deduktif ontology maupun secara induktif epistemology. Sudah tentu banyak usul-usul yang boleh dibawa dan diketengahkan untuk menjana pelbagai ilmu dan teknologi baru.

Di zaman sains dan ICT, para saintis mampu menjana ilmu epistemology dengan membuat kajian sehingga ke peringkat sub-atomik iaitu menghancurkan nucleus dan melakukan perlanggaran "proton" di dalam makmal. Tetapi sekarang mereka sudah sampai ke tahap tepu, sudah tidak mampu lagi menjana ilmu berdasarkan makmal fizikal. Oleh yang demikian penjanaan electromagnetic wave (EMW) dengan menggunakan "az-zaariyat" dan "data representation" adalah berasaskan konsep yang sama.

Namun sekiranya ayat 15;1 dan 16:48 diusul dan dikaji, para saintis sudah tentu akan dapat menjana kaedah baru komunikasi tanpa wayar (wireless communication) sekurang-kurangnya 8 kali lebih baik dan berkesan, lebih menjimatkan bateri, dan yang paling penting tidak membahayakan kepada sel-sel kehidupan! Signal tidak lagi dihantar dalam bentuk digital pulses "0" dan "1", tidak lagi berasaskan ASCII (tidak perlu 8 pulses), sebab setiap foton boleh dipusing (spin) untuk membawa pelbagai data. Masyaallah!



bersambung .... insyaallah.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment