Followers

Tuesday, October 7, 2014

How To Research Detail Explanation In Al-Quran

Researcher: Khalid Yong - Quranalyst

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan kita semua bersua kembali di alam maya ini. Semoga Allah SWT memberikan rahmah dan hidayah serta meredai usaha kita ini untuk meninggikan lagi syiar Islam melalui penjanaan ilmu-ilmu hebat dari kitab suci Al-Quranul Karim yang akan mengeluarkan umat Islam dari kegelapan kepada cahaya.


Alhamdulillah, bersyukur kerana semakin ramai para profesional dan cendikiawan yang semakin berminat dan yakin dengan kehebatan kitab Al-Quran yang menjelaskan segala perkara (16:89), dan menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci (17:12). Saya juga bersyukur kerana sudah ada mufti dan para ulama yang telah "membuka hati" mereka untuk menerima penjelasan ayat-ayat Al-Quran walaupun ianya datang dari "orang luar" yang tidak berstatus "ulama".

Insyaallah tidak lama lagi kita semua mungkin akan mendapat berita gembira, berita yang ditunggu-tunggu iaitu pengeluaran buku-buku dan pelbagai kursus baru bagaimana caranya untuk mengkaji dan menjana ilmu yang hebat dari kitab Al-Quranul Karim ini sekiranya pihak berwajib meluluskan segala hasil pengkajian "Al-Quran dan ICT" ini. Perbincangan saya dengan para mufti dan ulama muda baru-baru ini telah memberi nafas baru dan kelegaan apabila mereka telah menerima secara dasar kajian ini, dan telah bersedia untuk "escalate" keperingkat yang lebih tinggi. Mudah-mudahan Allah SWT juga akan membuka hati dan memberi petunjuk kepada para "ulama lama" yang lebih konservatif, yang tidak bersedia menerima apa-apa pembaharuan walaupun ianya amat jelas dan nyata.

Sepanjang 7 tahun pengkajian "Al-Quran dan ICT" ini, terdapat ramai para pemikir dan cendikiawan yang menanti-nanti satu prasarana ilmu dari Al-Quran iaitu bagaimana caranya untuk mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari kitab Al-Quran. Mereka yakin Allah SWT tidak berbohong, mereka yakin Al-Quran menjelaskan segala perkara. Mereka mahu tahu bagaimana saya mengkaji ayat-ayat Al-Quran sehingga dapat menjelaskan pelbagai ilmu ICT yang hebat lagi terkini. Mereka mahu menyelesaikan thesis dan kajian mereka dengan menggunakan ilmu dari Al-Quran. Ada yang bertanya tentang bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang kanser, tentang "down syndrom", tentang semantic web, tentang kesan getaran ke atas bangunan, tentang DNA, tentang "mind-body", tentang schizophrinia, tentang "dark matter and dark energy", tentang artificial intelligence, tentang "new energy dan renewal energy", dan sebagainya.

Saya yakin dan percaya sekiranya para ulama dan pakar-pakar ICT dapat berganding bahu, maka pengkajian "Al-Quran dan ICT" ini akan membuka lembaran baru kepada umat Islam khasnya dan kepada seluruh 7 bilion umat manusia amnya. Allahu akbar! Apabila umat Islam sudah keluar dari kegelapan kepada cahaya maka sudah tentu orang-orang bukan Islam tidak lagi berani memperlekehkan umat Islam, malah sekiranya Allah SWT memberi petunjuk hati mereka akan terbuka dan mereka pula yang memperjuangkan agama Islam yang maha agong ini.



Penjelasan Gambarajah

Gambarajah di atas (front page) ialah rumusan ringkas bagaimana mahu memulakan pengkajian ayat-ayat Al-Quran. Ianya adalah proses 2-langkah (a 2-step process); tasrif atau rekersif antara ayat-ayat petunjuk "mutasyabihat" dan ayat-ayat penjelas "muhkamat" (padatan-hukum). Umat Islam haruslah memperbetulkan pemahaman mereka tentang dua konsep yang teramat penting ini. Ramai umat Islam telah disisihkan dari mengkaji ayat-ayat Al-Quran sebab mereka telah tersalah faham akan makna, konsep, dan kahendak ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat. Para penafsir Al-Quran dan ulama telah terkeliru antara ayat-ayat "mutasyaabihat" (ayat-ayat petunjuk) dan ayat-ayat "maa-tasyabaha-minhu" (ayat-ayat apa yang Allah samakan dengan sifatNya); mereka kata ayat-ayat mutasyaabihat adalah ayat-ayat yang samar-samar, yang kurang jelas, yang mengelirukan iaitu bertujuan untuk menguji keimanan umat Islam. Oleh kerana salah faham ini maka mereka suruh umat Islam menjauhkan ayat-ayat mutasyabihat (yang sebenarnya mereka maksudkan ayat-ayat "maa-tasyaabaha-minhu"). Oleh kerana salah faham ini maka berlakulah salah-tafsir ayat-ayat Al-Quran sehingga berlaku fitnah, berlakulah pergaduhan sesama ulama dan para pengikut mereka, berlakulah permusuhan sesama sendiri sampai ada yang kafir-mengkafir dan bunuh-membunuh!

Mereka juga salah-faham tentang konsep dan kahendak ayat-ayat muhkamat pada ayat Ali-Imran 3:7 dan ayat Hud 11:1. Ayat-ayat "muhkamat" bukanlah ayat-ayat yang jelas terang-benderang dan tidak ada sebarang kekeliruan, malah ianya lebih sukar dari ayat-ayat "mutasyabihat" sebab mesti tahu dengan mendalam hukum dan peraturan (nahu dan i'rob), dan ilmu dikandung secara "ghaib" (terselindung di sebalik bahasa Arab) . Salah faham ini bukanlah disengajakan sebab kahendak dan maksud ayat-ayat ini lebih mudah difahami apabila berkembangnya ilmu ICT (ilmu perkomputeran). Pada ayat 11:1 Allah SWT menjelaskan bahwa penjelasan mendalam dan terperinci hanya akan berlaku apabila ayat-ayat Al-Quran dikaji dalam bentuk "muhkamat" iaitu secara berhukum yang sistematik; secara mudahnya kita kata secara "ber-I'rob". Kalau dalam bahasa ICT kita panggil "rule based" seperti yang digunakan dalam sistem kepintaran buatan misalnya dalam "knowledge base system" dan "expert system".

Alhamdulillah apabila kita melihat Al-Quran dari perspektif ICT (pandangan ilmu komputer) kita dapati ianya lebih mudah untuk difahami. Misalnya lebih mudah kita faham makna dan kahendak "takwil", "tasrif", "aayat", "muhkamat", "mutasyabihat", "maa-tasyabaha-minhu", dan sebagainya. Inilah satu mukjizat besar Al-Quran iaitu ianya sesuai sepanjang masa, dan setiap peradaban ilmu, maka akan ada orang-orang yang dapat memahami penjelasan dan kahendak Al-Quran seperti yang dijelaskan dalam ayat Ar-Ra'du 13:7.


Ayat 13:7 Allah SWT memberitahu bahwa bagi setiap kaum, iaitu bagi setiap zaman peradaban maka akan ada orang yang menunjuk dan menjelaskan Al-Quran, Pada zaman bahasa dan sastera, terdapat pakar-pakar bahasa dan sastera yang menjelaskan Al-Quran, pada zaman sains dan teknologi terdapat pakar-pakar sains yang menjumpai kehebatan Al-Quran menjelaskan fenomena sains, dan pada era ICT ini sekali lagi kita melihat kehebatan Al-Quran menjelaskan ilmu-ilmu ICT, dan yang lebih penting ialah dengan memahami ilmu-ilmu ICT ianya dapat memudahkan kita untuk memahami kahendak dan makna setiap ayat-ayat Al-Quran. Ini telah membuka satu chapter baru, satu harapan baru untuk membina semula peradaban dan kehebatan umat Islam. Masyaallah!

Saya tidak kata saya adalah orang yang mendapat petunjuk sebab yang mendapat petunjuk adalah para ulama agama, para guru bahasa Arab, dan para penafsir Al-Quran yang telah memberi penjelasan mendalam kepada saya. Saya hanyalah pemudah-cara (facilitator) yang menyusun semula penafsiran mereka ke dalam "bahasa dan ilmu ICT" dan mengarang ke dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami oleh orang ramai. Lagi satu saya mungkin "lebih berani" menaiki pentas-pentas seminar dan konferens untuk berhadapan dan bersemuka dengan para ulama seperti profesor-profesor, para mufti, ketua-ketua jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, para pensyarah, dan sebagainya. Kebanyakkan ustaz lebih suka "play safe", lebih suka merendah diri, tidak mahu tunjuk-pandai (padahal mereka ini memang pandai pun). Mereka amat tawaduk dan takut untuk bercanggah dengan etika atau "adab" berilmu yang mereka imani sejak dibangku sekolah lagi. Tambahan pula mereka telah diindoktrinasikan semasa di peringkat universiti agar sentiasa patuh dan tidak cuba-cuba "melawan" guru-guru muktabar. Mereka amat takut untuk "berfikir di luar kotak" walaupun ianya jelas bercanggah dengan ayat-ayat Al-Quran!


Proses Pertama: Kumpul Ayat-ayat Mutasyabihat sebanyak mungkin

Seseorang "Qur'analyst" atau pengkaji ilmu dari Al-Quran, mestilah orang yang "Ulul Albab" iaitu orang yang berilmu dan berpengalaman dalam sesuatu bidang atau jurusan. Misalnya saya dalam bidang ICT, maka saya tahu ayat-ayat mutasyabihat iaitu ayat-ayat yang sama makna yang akan jadi "petunjuk" dalam pengkajian saya. Saya tahu "electromagnetic wave", "photon", "transmitter" semuanya tidak ada pada lapisan pertama Al-Quran (tetapi ada pada lapisan berikutnya), tetapi ianya hanya ada dalam bentuk "mutasyabihat" iaitu bentuk petunjuk atau "hudan" iaitu dalam bentuk yang hampir sama makna seperti "terbang dan bertaburan", "meluncur", "membahagi", dan sebagainya.

Orang-orang bukan ICT tidak boleh mengkaji ilmu-ilmu ICT sebab mereka tidak akan mampu mencari ayat-ayat mutasyabihat yang sama makna dengan ilmu ICT seperti yang saya jelaskan di atas. Sama juga dengan saya, tidak mampu mengkaji ilmu-ilmu kedoktoran, atau ilmu-ilmu kejuruteraan sebab saya tidak mampu mengumpul ayat-ayat petunjuk (ayat-ayat mutasyabihat) yang hampir sama makna dengan pengkajian ilmu kedokotoran atau kejuruteraan. Saya tidak tahu mencarai perkataan yang maknanya hampir sama misalnya dengan "DNA", "chromosome", atau "down syndrome", dan sebagainya.

Tambahan pula apabila saya "membuka" makna-makna muhkamat, iaitu makna-makna yang terhasil dari hukum-hakam bahasa Al-Quran, ianya tidak akan memberi makna atau kefahaman mendalam kepada saya. Namun sekiranya saya mengkaji tentang ICT, maka makna dari ayat muhkamat iaitu dari hukum bahasa Arab ini misalnya "zarwa" yang berfungsi sebagai "maf'ulul mutlaq" akan memberi gambaran atau makna baru yang lebih mendalam iaitu terdapat makhluk yang melakukan penaburan yang sebanyak-banyaknya iaitu "photon" atau "electromagnetic wave". Ilmu tentang "photon" atau "electromagnetic wave" ini memang ada dijelaskan di dalam Al-Quran, memang jelas dan nyata, tetapi dalam bentuk ghaib iaitu terselindung di dalam nahu "maf'ulul mutlaq" yang dikatakan ayat-ayat muhkamat (ayat-ayat yang dipadatkan secara berhukum, bereraturan, atau bersistematik).


Proses ke-2: Tukar ayat-ayat Mutasyabihat kepada ayat-ayat Muhkamat

Dalam proses Pertama, pengkaji tidak perlu kepada pengetahuan bahasa Arab, mereka boleh guna kitab-kitab tafsir dan terjemahan sahaja. Mereka boleh melakukan pencarian muka (surface searching) iaitu makna-makna yang hampir sama (ayat-ayat mutasyabihat), dan bukannya makna atau ilmu yang mendalam lagi terperinci. Untuk mendapat ilmu yang terperinci mestilah melalui proses ke-2.

Bagi orang-orang yang tidak tahu bahasa Arab klasik (bahasa arab berfungsi), mereka tidak akan mampu melakukan proses ke-2 ini, mereka tidak akan nampak makna yang terselindung disebalik hukum atau nahu bahasa Arab ini. Walaupun ianya "terselindung" namun ianya nampak jelas bagi orang-orang yang tahu dan faham sorof, nahu dan i'rob bahasa Arab. Inilah yang dikatakan ayat-ayat muhkamat iaitu ayat-ayat yang dikukuhkan dalam bentuk hukum dan hanya dengan kearifan hukum (bahasa Arab) sahaja seseorang akan dapat mengeluarkan makna-makna yang mendalam dan terperinci seperti dalam ayat Hud 11:1.


Ayat Hud 11:1 ini jelas dan nyata di mana Allah SWT memberitahu manusia supaya memperkukuhkan (memperhukumkan) ke dalam bahasa Arab dan kemudian (lihat kepada perkataan "thumma") barulah akan lahir penjelasan yang mendalam lagi terperinci.

Perhatikan dalam step-1 (pengumpulan ayat-ayat mutasyabihat), iaitu peringkat pengumpulan ayat-ayat mutasyabihat tidak memerlukan kepada kitab-kitab i'rob dan kamus atau lexicon bahasa Arab yang mendalam. Apa yang perlu pada peringkat pertama ini hanyalah kitab-kitab tafsir dan terjemahan seperti Tafsir Ibn-Kathir, Tafsir Abdullah Yusuf Ali, Quranexplorer, dan sebagainya.

Namun pada peringkat step-2 (penukaran kepada ayat-ayat Muhkamat) pengeluaran makna yang mendalam lagi terperinci maka para pengkaji memerlukan kemahiran bahasa Arab dan ilmu I'rob. Mereka mestilah menggunakan kitab-kitab I'rob yang muktabar dan menggunakan kamus dan lexicon yang besar dan mendalam seperti Lexicon Arab-English Edward William Lane, Advanced Dictionary Arab-English oleh JG Hava, dan sebagainya. Dari pengkajian hukum-hukum bahasa (ayat-ayat muhkamat) ini para pengkaji akan mendapat pelbagai ilmu baru yang mana ianya akan menjadi penjelas dan/atau juga akan menjadi "hudan" (petunjuk) kepada ayat-ayat mutasyabihat yang lain. Keadaan ini akan berulang-ulang (rekersif) sehinggalah pelbagai ilmu dapat dijana.

Pada peringkat ke-2 inilah makna dan penjelasan mendalam dilakukan dan dikeluarkan seperti yang dijelaskan pada ayat Hud 11:1 (di atas). Sekiranya para pengkaji tidak arif dalam nahu dan i'rob bahasa Arab maka mereka tidak dapat melakukan proses peringkat-2 ini. Mereka mungkin boleh bertanya kepada para ustaz dan guru-guru bahasa Arab untuk menjelaskan hukum-hukum nahu dan i'rob, namun ianya tidak sama dengan memahaminya sendiri. Sebagai contoh merasa keenakkan makan buah durian; tidak sama antara kita memakan dan merasakan keenakkannya sendiri dengan menyuruh orang lain memakannya kemudian minta dijelaskan bagaimana rasa dan keenakkan buah durian tersebut!

Adalah lebih baik sekiranya pada peringkat-2 ini para pengkaji dan penafsir Al-Quran juga ada sedikit ilmu dan pengalaman ICT terutama tentang kepintaran buatan (artificial intelligence = AI) kerana di dalam ilmu AI ini dijelaskan bagaimana ilmu-ilmu baru dapat dijana dengan menggunakan sistem perhukuman (rule based system), atau dalam bahasa Al-Quran disebut sebagai ayat-ayat muhkamat. Penjanaan ilmu-ilmu baru dari hukum bahasa Arab (I'rob) inilah yang dikatakan "ummul kitab" (ibu kiyab) yang menyimpan 10 lautan-dakwat ilmu, yang menjelaskan segala perkara (16:89), dan menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci (17:12). Masyaallah, Masyaallah, Masyallah! Hebatnya Al-Quran!                  


Syarat-syarat Untuk Menjadi "Qur'analyst" (pengkaji Al-Quran)



Seperti yang dijelaskan sebelum ini, syarat utama untuk mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran hanya ada 3 sahaja iaitu; 1) Kemahiran bahasa Arab Al-Quran (Arab Klasik - functional Arabic), 2) Ulul Albab iaitu orang-orang yang ada ilmu dan kemahiran mendalam di dalam satu-satu bidang, dan 3) mestilah menggunakan metod QbQ atau Al-Quran bil-Quran.

Bahasa Arab Klasik (bahasa Al-Quran) tidak sama dengan bahasa Arab komunikasi seperti yang digunakan oleh kebanyakkan orang-orang Arab pada hari ini. Oleh kerana mereka tidak lagi menggunakan bahasa Arab Klasik maka mereka tidak mampu untuk menjana dan mengeluarkan ilmu yang hebat lagi terkini dari kitab suci Al-Quran. Bahasa Arab yang mereka gunakan sekarang lebih kurang sama saja dengan lain-lain bahasa seperti bahasa Inggeris, dan Melayu. Oleh kerana mereka tidak faham I'rob (functionality), maka mereka lihat Al-Quran sama seperti orang lain (bukan Arab) iaitu hanya makna luaran atau permukaan sahaja (surface meaning and understanding).

Syarat ke-2 iaitu Ulul Albab atau orang-orang yang mendalam ilmu dan pengalaman sahaja yang dapat mengeluarkan makna mendalam dari kitab Al-Quran. "Ulul Albab" tahu bagaimana hendak mencari dan mengumpul ayat-ayat petunjuk yang sama makna, iaitu ayat-ayat mutasyabihat, dengan menggunakan perkataan-perkataan "clue" atau "hudan". Misalnya di dalam kitab tafsiran tidak ada perkataan "photon" atau "electromagnetic wave" namun perkataan yang hampir sama makna dengannya memang ada misalnya "yang terbang" atau "yang meluncur" dan sebagainya.




bersambung .... insyaallah

Wallahu a'lam.

nota:

keratan gambarajah dan ayat-ayat di atas di ambil dari pelbagai kertas-kerja yang saya bentang di pelbagai seminar dan perbincangan.




2 comments:

  1. ingin bertanya..apakah kos yang perlu diambil di universiti jika ingin mengkaji Al-Quran dan Al-Hadis

    ReplyDelete
  2. Tuan Eagle,

    Saya tidak tahu peraturan IPTA tentang kos (kursus-kursus) yg diperlukan untuk mengkaji Al-Quran dan Al-Hadis. Namun pada pendapat saya sekiranya ingin menggunakan method QbQ hanya ada 3 syarat utama: Bahasa Arab, Ulu albab, dan method QbQ sperti yang asya jelaskan dalam beberapa artikel.

    Sudah tentu ilmu mathematic dan asas sains juga penting (termasuk dalam ulul albab) sebab tanpa ilmu matematik para pengkaji mungkin kurang faham menggunakan konsep "aayaat" atau pun "representation" misalnya propositional dan predikat, sintetik dan analitik, dan sebagainya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete