Followers

Saturday, November 22, 2014

Bagaimana Mencari dan Menjana Ilmu Dari Al-Qur'an

Pengkaji: Khalid Yong - Quranalyst

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan kita semua bersua kembali di alam maya ini. Semoga para pembaca dan pengkaji ayat suci Al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW semuanya berada dalam sihat wal-afiat, dan semoga Allah SWT sentiasa meredai dan memberi petunjuk kepada kita semua. Mudah-mudahan kita semua akan dapat meninggikan semula syiar Islam, terutama di zaman ICT, zaman ledakan ilmu dan informasi yang amat mencabar ini, insyaallah. Marilah kita para profesional (protaz) dan para ustaz yang profesional (uspro) sama-sama berganding bahu, berpadu tenaga, bersatu fikrah  menggalas tanggung-jawab untuk mengembalikan kegemilangan Islam melalui kitab suci Al-Quranul Karim seperti yang disuruh oleh Allah SWT.




Samada kita ini "pro-hadith" atau "pro Al-Quran", samada Ahlus Sunnah wal-Jamaah atau Ahmadiyyah atau Qardiyani atau syiah, samada bermazhab shafie, maliki, hambali, hanafi atau lain-lain, marilah kita ketepikan dulu jurang perbezaan yang semakin melebar dan semakin parah ini. Juga kepada orang-orang bukan Islam, marilah sama-sama mengkaji kitab Al-Quran ini, marilah sama-sama kita lihat dan buktikan samada ianya benar-benar kitab yang hebat atau sebaliknya.

Hanya dengan mengkaji ayat-ayat Al-Quran kita semua akan dapat mengenal tuhan sekalian alam. Allah SWT telah menetapkan cara-cara bagaimana kita semua boleh mengenalNya dan mencapai tahap keyakinan 100% iaitu dengan melihat dan mengkaji Kitab Suci Al-Quranul Karim, iaitu dengan menjadikan kitab ini sebagai tasawwur atau pandangan hidup atau "worldview" seperti yang dijelaskan dalam ayat 45:20.


Di dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahwa kitab Al-Quran adalah untuk semua manusia, dan hanya dengan kitab suci Al-Quran sahaja manusia akan dapat mencapai keyakinan sebenar terhadap kewujudan, keEsaan dan keKuasaan Allah SWT. Dan sudah tentulah Al-Quran yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah Al-Quran yang berbahasa Arab, bukannya Al-Quran kitab-kitab terjemahan. Saya tidak kata tidak boleh terjemah Al-Quran ke dalam bahasa lain, tetapi sekiranya kita benar-benar mahu mencari keyakinan yang sebenar, yang hakiki, maka kita mestilah membaca dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran dalam bahasa Arab.

Sebagaimana yang kita sedang bincang sekarang (topik tafsir metod QbQ), kitab-kitab terjemahan hanya dapat mengalih-bahasa ayat-ayat Mutasyabihat sahaja, iaitu ayat-ayat petunjuk, yakni yang seakan-akan makna dan isi-kandungan Al-Quran, dan bukannya kitab Al-Quran yang sebenarnya yang mengandungi lebih dari 10 lautan-dakwat ilmu. Para ulama dan umat Islam haruslah membetulkan kefahaman "ayat-ayat mutasyabihat" iaitu dari "yang samar-samar, yang meragukan" kepada "ayat-ayat petunjuk, iaitu hudan seperti yang dijelaskan di dalam ayat 39:23". Sekiranya para ulama faham makna dan kehendak ayat-ayat mutasyabihat maka tidak akan timbul masalah samada boleh atau tidak mengeluarkan "Al-Quran Terjemahan" (tanpa text asal dalam bahasa Arab).


Patutkah Al-Quran Hanya Dalam Bahasa Terjemahan Sahaja?

Dalam akhbar Berita Harian hari ini (Nov-22-2014), kecoh tentang perdebatan "Al-Quran Bahasa Melayu (BM)" sahaja. Saya bukannya mahu menyebelahi mana-mana pihak, namun sekiranya ditanya pendapat, saya bersependapat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu Kitab terjemahan mestilah dimuatkan text asal bahasa Arab (BA). Melalui pengalaman saya mengkaji Al-Quran, lebih dari tujuh tahun dan membaca serta meneliti lebih dari 10 buah kitab terjemahan (dalam bahasa Melayu dan Inggeris), saya belum jumpa lagi mana-mana kitab-kitab tafsir atau terjemahan yang betul-betul hebat, yang boleh kita istilahkan "Kitab Terjemahan Al-Quran". Malah kebanyakkanya nampak agak lemah, tidak sistematik dan mengelirukan.


Tambahan pula di zaman ICT ini para pembaca semuanya canggih-canggih belaka dan terdedah kepada pelbagai ilmu di mana apabila mereka membaca kitab-kitab terjemahan (yang tidak ada text asal Al-Quran dalam bahasa Arab) kemungkinan mereka akan membuat kesimpulan bahwa apa yang dia baca itu adalah kitab Al-Quran yang sebenarnya. Sekiranya ini berlaku maka ianya akan menjadi satu fitnah dan pembohongan besar terhadap kesucian dan kemukjizatan kitab Al-Quran sebab mereka tidak akan nampak bagaimana Al-Quran menjelaskan segala perkara, tidak akan nampak kesempurnaan kitab Al-Quran, dan tidak akan nampak Al-Quran itu lebih baik dari segala-gala kitab.

Apabila saya meneliti dan mengkaji kitab-kitab terjemahan saya dapati kebanyakkannya kelihatan berterabur dan tidak tersusun, keadaan ini akan membuatkan para pembaca berfikir bahwa "ini adalah Al-Quran". Tidak nampak langsung akan kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran, iaitu sebagai sebuah buku yang direka-cipta dan diturunkan oleh Tuhan sekalian alam. Yang sebenarnya apa yang diterjemahkan itu memang betul dan tepat, dan memang itu pun struktur sebenar Al-Quran, tetapi kehebatan dan kemukjizatannya hilang sebab kelemahan bahasa asing (bahasa terjemahan) yang tidak canggih dan sistematik, yang tidak setanding dengan bahasa Arab Al-Quran.

Kita mesti ingat bahawa bahasa Melayu (BM) adalah satu bahasa komunikasi yang mudah dan ringkas, dalam masa satu minggu sahaja orang sudah boleh menguasainya, dan ini adalah satu kelebihan (BM). Namun seperti bahasa-bahasa lain, BM ada kelemahan dan kekurangan, misalnya BM tidak mempunyai anafora (domir atau referential), nahu dan morfologi yang canggih dan sistematik, dan yang lagi terserlah kelemahannya ialah BM tidak ada konsep "irob" sebab ianya bukanlah bahasa berfungsi. Sedangkan BA adalah bahasa berfungsi yang tersangat canggih, sistematik, dan terkehadapan (advanced).

Di dalam ayat Hud 11:1 Allah SWT mengatakan ilmu penjelasan mendalam dan terperinci adalah terletak dalam bahasa Arab (BA), tersembunyia disebalik hukum-hakam BA, disebalik irob (fungsi), disebalik sorof (moforlogi), anafora (domir), dan sebagainya yang mana semua ini tidak dapat diterjemahkan ke dalam BM. Dan kalau dicoba sekalipun ianya akan menambahkan lagi kekeliruan.

Hukum dan peraturan BA ini tidak dapat dipindah atau diterjemahkan ke dalam BM. Yang dapat diterjemahkan hanyalah ayat-ayat dan makna mutasyabihat, atau makna-makna yang seakan-akan sama, atau makna petunjuk (hudan) sahaja, seperti yang kita bincang pada siri-siri yang lepas. Sedangkan makna dan ilmu penjelasan mendalam yang terkandung dalam ayat-ayat muhkamat, yang terkandung dalam hukum dan peraturan bahasa Arab tidak dapat diterjemahkan.


Yang Diterjemah Hanyalah "Indeks"

Namun sekiranya kitab terjemahan ini dipanggil "Indeks Al-Quran" (bukannya kitab Terjemahan Al-Quran) maka saya bersetuju sekiranya ianya tidak disertakan dengan text asal yang berbahasa Arab.

Apa yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain itu bukanlah Al-Quran yang sebenarnya, ianya hanyalah "indeks" atau "petunjuk" atau pun dalam bahasa Al-Quran "hudan" seperti yang dijelaskan di dalam ayat Az-Zumar 39:23. Yang diterjemahkan itu adalah kitab Al-Quran yang dalam bentuk mutasyabahat iaitu bentuk makna yang hampir sama. Ianya hanyalah "indeks" bukannya isi kandungan yang mendalam. Ianya "indeks" atau "petunjuk" kepada pencarian (search clue). Bagi mereka yang mahir dalam web teknologi terutama semantic web, kita mungkin boleh bayangkan kitab Al-Quran Mutasyabihat ini sebagai "ontology" lapisan pertama!


Lihat pada ayat 39:23 di atas, Allah SWT menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat adalah "ayat-ayat petunjuk Allah" (zaalika hudallah), iaitu petunjuk kepada isi-kandungan yang mendalam dan terperinci. Misalnya perkataan "angin" dalam ayat Az-Zaariyat 51:1 hanya petunjuk sahaja, hanya indeks sahaja, dan bukannya sebenar-benar angin yang hendak diterangkan. Dari indeks "angin" ini memberikan kita "clue" kepada makhluk terbang seperti electron, dari elektron ini kita akan dapat mencari di mana letakkan penjelasan mendalam tentang "electromagnetic wave", iaitu tentang komunikasi tanpa wayar. Apa yang sebenarnya terkandung dalam ayat 51:1 ini ialah terselindung di dalam nahunya seperti "wau qasam", "zarwa - maf'ulul mutlaq", "az-zariyat - ismul fa'il", "mausuf - hazaf", dan sebagainya.


Aayaat Muhkamat adalah Ibu Al-Quran

Seperti yang dijelaskan dalam ayat Ali-imran 3:7, isi-kandungan sebenar Al-Quran itu adalah terletak pada ayat-ayat muhkamat, iaitu pada hukum-hukum bahasa Arab misalnya nahu dan irob bahasa Arab text asal Al-Quran. Oleh kerana nahu dan irob ini tidak ada dalam lain-lain bahasa, maka sudah tentu ianya tidak boleh diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Sekiranya kita cuba juga terjemah "makna-makna nahu" ini, kemungkinan besar ianya akan menambahkan lagi kekeliruan kepada masyarakat. Kalau tidak percaya cakap saya cubalah ambil buku irob (buku terjemahan nahu Al-Quran), dan cubalah terjemah ke dalam bahasa Melayu, atau Inggeris, atau Mandari, atau Tamil! Orang awam biasa tidak akan faham nahu dan irob ini, hanya orang-orang mendalam bahasa Arab sahaja yang faham.

Biar saya ulang banyak kali, kandungan sebenar Al-Quran, kandungan mendalam dan terperinci Al-Quran ialah terletak pada "ayat-ayat Muhkamat" seperti yang dijelaskan pada ayat Hud 11:1. Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan ilmu yang mendalam dan terperinci terselindung dan terkandung di dalam hukum-hakam bahasa Arab misalnya "musnad/musnad ilaih" (jumlah ismiyyah - "mubtada/khabar", dan jumlah fi'liyyah), "isim fa'il dan maf'ul", "sifaf-mausuf", "hazaf/mahzuf", "muta'allaq/muta'alliq", dan sebagainya. Bagi mereka yang biasa buat komputer program, kemungkina mudah bagi mereka untuk memahami konsep bahasa Arab yang berfungsi "functional Arabic Language" iaitu bahasa Al-Quran.


Lihat hasil kajian "Al-Quran dan ICT" ini, ianya benar-benar berdasarkan metod Al-Quran bil-Quran seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Cuba kaji dan lihat, tidak ada penafsiran yang berbelit-belit, tidak ada makna takwil, tidak ada makna majaz, tidak ada makna sipi-sipi, tidak ada "twist and turn", semuanya menggunakan kaedah bahasa Arab yang jelas! Sebab itu apabila dibentangkan pada seminar dan konferans, apabila berbincang dengan para ulama, pakar-pakar Al-Quran dan bahasa Arab, tidak ada seorang pun yang kata "tafsiran baru" ini salah, atau sesat, atau menyimpang dari Islam, atau tidak tepat. Yang menjadi masalah ialah mereka tidak faham ilmu ICT seperti "wireless communication", "artificial intelligence", "recursive", "ontology", "knowledge base", "representations", "functions", "variables", "parameters", dan sebagainya. Dan saya pula tidak pandai memberi penjelasan yang ringkas dan mudah, yang senang dan seronok diikuti, saya tidak tahu bagaimana untuk berfikir secara ulama berfikir.

Sebab itu di dalam blog ini saya kemukakan banyak contoh-contoh "sains" supaya para pembaca boleh nampak, boleh buat bayangan dan gambaran dalam kepala. Banyak kali saya ulang "ilmu sains" dan "ilmu ICT" adalah dua ilmu yang jauh bezanya, seperti antara langit dan bumi. Ramai yang faham apa itu ilmu sains, tetapi tidak ramai yang faham apa itu ilmu "ICT" (atau komputer). Sekiranya tuan-puan faham ilmu matematik, dan pernah belajar ilmu algebra dan kalkulus, maka itulah ilmu ICT ... rules, functions, variables, parameter, recursives, dan sebagainya. Yang menjadikan ilmu ICT susah sebab ianya "ghaib", abstrak, tidak nampak, dan inilah cara Al-Quran menyimpan ilmu yang mendalam lagi terperinci ialah secara "ghaib", secara abstrak disebalik hukum-hakam bahasa Arab, masyaallah, masyaallah, masyaallah! Hebatnya Kitab Al-Quran!


Lihat pada ayat awal Al-Quran ayat 2:1-3 yang menjelaskan tentang kitab Al-Quran, di mana kita wajib beriman bahwa Al-Quran adalah kitab yang sempurna dan menjelaskan segala perkara. Namun kita tidak nampak "segala perkara" sebab ianya terlindung di sebalik hukum-hakam bahasa Arab. Segalanya memang dijelaskan dengan mendalam lagi terperinci sebagai contoh ilmu yang paling canggih dan terkini ilmu ICT seperti ilmu "wireless communication" dan "artificial intelligence". Ini adalah bukit jelas bagaimana ilmu dan penjelasan yang mendalam "disorok" disebalik nahu bahasa Arab!


Majlis Fatwa vs Himpunan Ulama

Memang benar sekali kata Ustaz Abu Hassan Din iaitu "akan menjejaskan mukjizat dan kesucian Al-Quran" sekiranya Al-Quran Bahasa Melayu tidak disertakan dengan text asal Al-Quran (dalam bahasa Arab). Salah satu kekuatan dan kemukjizatan Al-Quran itu terletak pada bahasa Arab, iaitu pada susunan "muhkamat" dan "mutasyabihat". Apa yang mampu diterjemahkan ialah makna-makna mutasyabihat sahaja, sedangkan makna muhkamat tidak dapat diterjemahkan. Oleh yang demikian sekiranya text asal dalam bahasa Arab disertakan maka "kitab Al-Quran terjemahan yang kelihatan berterabur, tidak tersusun, dan mengelirukan" itu tidak akan dianggap dan diyakini sebagai Al-Quran sebenar, dan sudah tentu ianya akan membangkit perasaan ingin tahu para pembaca betul ke terjemahannya sedemikian?

Saya bukanlah mahu memperlekehkan kitab-kitab terjemahan Al-Quran, tetapi setelah membaca dan mengkaji berpuluh-puluh buah kitab tafsir dan terjemahan, saya dapati ianya amatlah lemah dan memang tidak sesuai untuk dipanggil "kitab terjemahan Al-Quran". Malah saya sendiri sudah lebih dari 7 tahun mengkaji ayat-ayat Al-Quran dalam bahasa Arab sepenuh masa (maksudnya campur sekalilah masa belajar bahasa Arab), dan saya dapati dari perspektif ICT (dari perspektif ilmu komputer) kitab Al-Quran dalam bahasa Arab itu teramatlah hebat, canggih, sistematik, dan terkehadapan. Malah kitab-kitab terjemahan itu saya anggap seperti "indeks" Al-Quran sahaja.

Tambahan pula Datuk Abu Hassan Din dan ahli majlis fatwa yang terdiri dari para mufti dan ketua-ketua jabatan Al-Quran dan As-Sunnah IPTA sudah tentulah mereka ini teramat arif tentang Al-Quran dan kitab-kitab terjemahan. Namun sekiranya para ulama lain merasakan ianya satu keperluan yang mendesak untuk mengadakan kitab terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu, mungkin lebih baik sekiranya ianya dipanggil "Indeks Al-Quran" dan bukannya "Kitab Terjemahan Al-Quran".


Indeks Al-Quran

Pada pendapat saya semua kitab-kitab terjemahan yang ada pada hari ini hanyalah "kitab indeks" atau "petunjuk" kepada isi kandungan Al-Quran yang sebenarnya. Kitab-kitab terjemahan atau indeks ini adalah "kitab mutasyabihat" seperti dijelaskan pada ayat 3:7 dan 39:23. Dan seperti mana yang dijelaskan di dalam ayat 39:23 "kitab mutasyabihat" ini boleh diulang-ulang, boleh ditukar-ganti misalnya pada ayat 51:1 "Demi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa" kepada "demi penabur yang menabur sebanyak-banyak taburan" kepada "Demi elektron yang memancarkan gelombang elektromagnetik", dan sebagainya.

Mula-mula pada zaman Nabi, Saidina Ali r.a menafsir sebagai angin, kemudian 700 tahun selepas itu Ibn Kathir menafsirkannya dengan "Demi Penabur yang menabur", dan kemudian selepas 500 tahun Abdullah Yusuf Ali pula menafsir "By the wind that scattered broadcast", Semua ini adalah merupakan petunjuk atau "indeks" kepada penjelasan yang mendalam lagi terperinci iaitu "By the electrons that broadcast electromagnetic wave".

Makna mendalam dan terperinci ini terselindung disebalik hukum (nahu) bahasa Arab iaitu "waw qasam", "mausuf- hazaf", dan "maf'ulul mutlaq" yang bermakna Allah SWT bersumpah dengan satu makhlukNya yang hebat (elektron adalah satu makhluk hebat yang mana semua benda terhasil darinya dan dia juga bersifat istimewa boleh melakukan penaburan). Perkataan Az-zariyat adalah "isim fa'il" yang mana boleh menjadi sifat (adjectives) yang mana "mausufnya hazaf (dibuang)" dan ini amat bertepatan sekali misalnya boleh memberi makna "elektron besi", "elektron tembaga", "elektron emas", "elektron aluminium", dan sebagainya. Begitu juga dengan "zarwa" dari segi hukum ianya berfungsi sebagai "maf'ulul mutlaq" yang membawa bersungguh-sungguh, melampau-lampau iaitu penaburan "foton" atau "electromagnetic wave" memang pun berlaku dalam keadaan yang amat melampau atau sebanyak-banyaknya!

Kemudian lihatlah pula pada penggunaan "penyambung fa" yang membawa makna "bersambungan secara segera dan terus-menerus". Keadaan hukum atau nahu ini memang merupakan satu penjelasan yang amat mendalam, dan sudah pastilah ianya bukan terjadi dengan sengaja sebab tedapat 11 ayat yang berturut-turut menjelaskan fenomena atau ilmu "wireless communication" ini iaitu dari ayat 1 hingga ke ayat 11 dalam surah Az-Zaariyat! Masyaallah hebatnya Al-Quran! Lagipun ianya mustahil dibuat oleh Nabi Muhammad sebab pada zaman Nabi belum ada lagi tenaga elektrk, belum ada lagi mikroskop dan makmal-makmal canggih. Lagi pun mana mungkin Nabi Muhammad SAW membina ayat yang mempunyai nahu sebegini hebat sedangakan Allah SWT mengatakan Nabi itu adalah seorang yang ummiy, buta huruf!

Sekiranya selepas melihat dan mengkaji ayat 51:1-11 ini maseh ada lagi manusia yang tidak nampak akan kehebatan Al-Quran, akan kebenaran ilmu penyusunan Al-Quran iaitu "Kitab Mutasyabihat" sebagai kitab indeks dan "kitab Muhkamat" sebagai kitab penjelasan mendalam maka mereka ini memang benar-benar buta, buta mata dan buta hati, dan memang amat layak dibakar di dalam api neraka!



Penjelasan Gambarajah

Gambarajah di atas (muka depan) dimulakan dengan ayat 13:7 yang mana orang-orang kafir bertanyakan kenapa tidak diturunkan mukjizat kepada Nabi Muhammad, seraya Allah SWT menjelaskan bahawa mukjizat Nabi Muhammad SAW ialah Al-Quran di mana kitab Al-Quran sesuai sepanjang zaman dan yang lebih penting ialah setiap zaman dan peradaban akan ada orang yang menjadi penjelas kepada kitab Al-Quran ini. Oleh yang demikian umat Islam mesti menerima hakikat bahwa kitab Al-Quran itu sentiasa relevan dan hendaklah sentiasa ditafsir lagi, lagi, dan lagi .... bukannya berpuas-hati dengan apa yang telah ditafsirkan sejak 1,000 tahun dahulu.

Allah SWT menjelaskan bahwa ianya adalah satu kewajiban kepada setiap para ulama untuk sentiasa meneliti dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran, dan sentiasa memastikan isi-kandungnya relevan, menepati dan menjelaskan segala fenomena yang berlaku di sepanjang zaman dan tamadun. Inilah mukijzat terbesar kitab Al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam ayat 13:7. Ini adalah merupakan tugas penting dan besar para ulama. Di zaman sekarang ini terdapat beribu-ribu para ulama yang begitu hebat dan tinggi kesarjanaan yang ada PhD dan bergelar "Dr." dan profesor maka sudah tentulah kerja-kerja penafsiran semula (penafsiran lagi) menjadi perkera mudah, perkara enteng, perkara gampang!


Selain dari ayat Ar-Rad 13:7, terdapat banyak lagi ayat-ayat lain seperti Al-Qamar 54:17,22, 32, 40 dan 47:24 yang menjelaskan bahawa kitab Al-Quran itu bukan sahaja boleh ditafsir lagi, malah memang itulah sebenarnya hakikat kitab Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk, sebagai peganti nabi-nabi iaitu sebagai pembawa petunjuk ke jalan yang benar, sebagai penyelamat umat manusia, sebagai penyatu-padu umat Islam, sebagai prasarana penjanaan ilmu-ilmu yang hebat, canggih dan terkehadapan, prasarana pengislaman ilmu (Islamization of Knowledge), sebagai nur untuk mengeluarkan umat Islam kepada cahaya, dan seterusnya membawa umat Islam menjadi umat terbaik "khaira ummatin".

Pada hari ini selepas lebih dari 15 tahun Tun Dr. Mahathir Muhammad menyarankan agar kitab Al-Quran itu ditafsir semula (tafsir lagi), alhamdulillah kita mula nampak akan kebenaran saranan dan dasar beliau ini. Memang amat sukar untuk para ulama menerima tafsiran Metod QbQ ini sebab tidak ramai di antara mereka yang mahir dalam ilmu ICT. Oleh kerana metod QbQ ini adalah berdasarkan ayat-ayat Al-Quran sepenuhnya, maka para ulama boleh melihat dan mengkaji sendiri segala kajian dan tafsiran yang saya buat ini. Sudah tentu ramai pakar-pakar Al-Quran dan bahasa Arab yang hebat-hebat boleh tolong menyemak hasil kajian saya ini,

Sehingga ke hari ini, alhamdulillah belum ada lagi para ulama yang menolak hasil kajian ini. Memang ada yang memberi komen-komen dan kritikan dalam blog ini (semuanya sudah saya jawab), namun apabila bersemuka samada semasa dalam seminar ataupun dalam perbincangan secara individu tidak ada yang membantah. Hanya Prof. Kamali, (CEO IAIS Malaysia) yang memberi komen (semasa pembentangan kertas kerja di IAIS pada May, 2013), walaupun beliau akui metod Al-Quran bil-Quran adalah yang terbaik namun terdapat perkataan-perkataan dalam Al-Quran yang tidak berasal dari perkataan Arab dan merasakan tidak boleh meninggalkan hadith-hadith Nabi dalam menafsir Al-Quran.


Minta Maaf - Ulang Banyak Kali

Saya minta maaf kerana terpaksa banyak kali mengulangi benda yang sama, namun saya harap dengan melakukan pelbagai pengolahan yang berbeza akan dapat memudahkan para pembaca memahami ilmu-ilmu yang abstrak ini.

Yang penting ialah kita faham struktur penyampaian ilmu dalam Al-Quran iaitu berasaskan rekersif antara "Kitab Mutasyabihat" dan "Kitab Muhkamat". Kitab mutasyabihat adalah merupakan kitab petunjuk atau indeks, sementara kitab muhkamat adalah kitab penjelasan mendalam dan terperinci.

Kitab terjemahan hanyalah mampu menjelaskan ayat-ayat yang hampir makna, iaitu ayat-ayat mutasyabihat sebab ianya boleh diberi makna secara langsung. Namun isi-kandungan sebenar Al-Quran ialah dalam ayat-ayat muhkamat, iaitu terselindung disebalik hukum dan peraturan bahasa Arab. Makna nahu ini tidak dapat dialih-bahasakan. Maka sebab itu Kitab Terjemahan tidak boleh dibuat tanpa memasukkan text asal Al-Quran (dalam bahasa Arab). Sekiranya mahu dilakukan juga, maka kitab terjemahan itu hendaklah dipanggil "Kitab Terjemah Indeks Al-Quran" dan bukannya "Kitab Terjemahan Al-Quran".

bersambung ... insyaallah

Wallahu a'lam

9 comments:

  1. Salam Abang hebat . Nama saya Amzar . Saya pengidap penyakit bipolar disorder dan skizofrenia menyatakan yamg saya suka dengan kajian abang . abang yang sepatotnya jadi perdana menteri kerana abang hebat mengkaji . saya sokong abang dari belakang . sebab abang yg melakukan penambahbaikan . yeahhh . Penambahbaikan bagi saya seperti video yang boleh diundur dan boleh dilajukan . tengok kesalahan pada length tertentu dan perbaikinya . Macam imaginasi . Abang teruskanlah kajian ini . Saya setiap hari tengok isi blog abg , Amat menarik bagi saya hasil kajian abg . terima kasih abang kerana share dengan kami hasil kajian Abang yerr . muahhhh . ha lagy satu kalau ada orang kutuk abang ker ape ker . jangan layan abg teruskan jer . abg hebat dan saya percaya abang boleh malakukannya . abang kalau nak belajar ilmu mantik kene pro bahasa arab kee . kalau bahasa sepanyol acamne bang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Noor Amzar,

      Saya berharap dan doakan semoga Allah SWT sembuhkan Tuan dari penyakit bipolar disorder dan skizofrenia. Terima kaseh di atas sokongan yang tidak berbelah-bagi dari Tuan. Semasa saya memberi ceramah atau kerta-kerja terdapat ramai juga pakar-pakar yang ingin mencari jawapan kepada kajian mereka misalnya bagaimana mengubati penyakit "down syndrome", ketagihan dadah, barah, rabun mata, sukar mendapat anak, dan sebagainya. Mereka semua yakin bahwa semua ilmu dan penyelesaian ada dijelaskan di dalam kitab Al-Quran.

      Sejak tahun 2008 saya sudah banyak membuat dan membentangkan pelbagai kertas-kerja untuk menjayakan projek Quranpedia dan Method QbQ ini, namun sehingga ke hari ini belum ada lagi IPTA atau IPTS yang bersedia mendokongnya. Pada saya ianya tidaklah menghairankan sebab Prof Dr. Syed Naqib Al-Attas yang begitu hebat dan dikenali diseluruh dunia juga menghadapi banyak cabaran dari para ulama sehinggakan selepas 35 tahun projek Islamization of Knowledge yang diperkenalkanya kini sudah hampir berkubur, dan ISTAC yang telah berbelanja beberapa ribu billion ringgit kini sudah ditutup dan ditukar menjadi sebagai satu cawangan UIA sahaja.

      Dari segi bajet dan kewangan, negara Malaysia adalah antara tertinggi peruntukkan pendidikan namun hasilnya semakin tahun kita lihat sistem pendidikan kita semakin mundur ke belakang!

      Wallahu 'alam.

      Delete
  2. Salam Tuan Noor Amzar,

    Terima kaseh kerana sudi membaca hasil kajian "Al-Quran dan ICT" ini. Saya amat teruja dengan pujian dan keyakinan Tuan terhadap saya, namun sesungguhnya segala-galanya adalah dari Allah SWT, Dia sahaja yang layak menerima segala pujian. Kita semua hanyalah makhlukNya yang amat kerdil.

    Insyaallah, saya akan meneruskan kajian ini sehingga ke akhir hayat, malah sekarang inilah kerjaya saya sepenuh-masa iaitu sebagai seorang "Qur'analyst" (pengkaji ayat-ayat Quran dengan menggunakan metod QbQ). Mudah-mudahan akan ada universiti terutama yang berlabelkan "Islam" yang akan menawarkan kursus "Al-Quran dan ICT" dan seterusnya melahirkan pengkaji dan penjana ilmu "Qur'analyst" yang akan bekerja keras mengembalikan semula kegemilangan Islam dalam bidang Ilmu, Teknology, dan Ekonomi.

    Biasalah tu ramai yang mengutuk dan memberikan kita dengan pelbagai label, namun apabila saya menyampaikan kertas-kerja dan membenarkan sesiapa sahaja bertanyakan apa sahaja tentang kajian saya ini pada bila-bila masa sahaja (bukan terhad hanya masa Q/A sahaja), tetapi alhamdulillah tidak ada lagi yang melontarkan soalan atau pertanyaan yang mendatangkan aib samada kepada saya atau kepada yang bertanya. Alhamdulillah seperti Tuan, ramai yang memuji-muji dan meminta agar dipercepatkan pengeluaran buku-buku saya.

    Tentang "Ilmu Mantik" (ilmu logik atau ilmu matematik), tidak perlu kepada bahasa Arab, apa-apa bahasa pun boleh. Namun untuk mengkaji dan mengeluarkan ilmu yang mendalam dari kitab Al-Quran seseorang itu mestilah arif dengan nahu dan hukum-hakam bahasa Arab seperti yang dikahendaki dalam ayat Hud 11:1, Ali-imran 3:7, dan Az-Zumar 39:23.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan.bagaimana saya bole berhubung dgn Tuan..email saya nornadia.abdaziz@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn Nornadia,

      Saya boleh dihubungi melalui email khalidyong@gmail.com atau akhalidyong@gmai.

      TK.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Tuan, adakah buku tentang kajian ini yang sedang diteliti dahulu tu telah pun diterbitkan? Di mana boleh saya carinya?

    ReplyDelete
  5. Belum lagi, masih dalam proses, insyaallah akan dikeluarkan melalui penerbit luar negara sebab ada yang bersedia membantu. Para penerbit dalam negara berminat malah ada yang memujuk saya agar menyerahkan manuskrip kepada mereka, namun pihak panel penapis masih lagi menyemak dan menapis.
    Oleh kerana terdapat permintaan yang agak baik dari para pembaca, pengkaji, dan pencinta Al-Quran, saya skarang brusaha dgn satu penerbit antarabangsa dan sekarang saya sedang menterjemah manuskrip saya ke dalam bahasa Inggeris. Doakan agar segalanya berjalan dengan lancar, dan semoga Allah SWT memberi berkah dan kekuatan kepada usaha untuk meninggikan syiar Islam melalui kehebatan dan kemukjizatan kitab suci Al-Quranul Karim.

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah, rezeki hari ini terpanggil untuk membaca blog ini. Terima kasih Tuan sungguh berbudi bertatacara mengkaji Al-Quran dan ICT. Saya sungguh tertarik, saya pun mencari-cari. Bidang saya ICT juga, lebih kepada machine learning dan nature inspired solution. Tahniah tuan. Ianya memberi semangat dan dorongan.

    ReplyDelete