Followers

Friday, July 3, 2015

Metod QbQ Guna Lambda Calculus - Rules Generate Functions: Binding and Recursive

Pengkaji/pengarang: Qur'analyst Khalid Yong

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin, para ulama dan pemikir Islam, para guru/ustaz, para pembaca/pengkaji/pelajar dan seluruh muslimin dan muslimat. Dengan izin Allah SWT kita dapat berjumpa lagi. Pada siri yang lepas kita berbicara ringkas tentang metod tafsir Al-Quran bil-Quran atau Metod QbQ iaitu tentang format dan struktur Al-Quran iaitu bagaimana cara Al-Quran menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci. Setelah memahaminya saya berharap para pembaca sudah bersedia untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi dan terkehadapan iaitu ilmu ICT "functional programming" yang berasaskan "lambda calculus" dab diharapkan para pengkaji akan dapat menjana ilmu-ilmu baru yang hebat dari kitab suci Al-Quranul Karim.



Pada artikel kali ini kita akan masuk ke satu topik yang agak berat, terkehadapan dan abstrak iaitu diluar bidang pengajian dan pembelajaran para penafsir Al-Quran dan Al-Hadith iaitu "Lambda Calculus" satu ilmu matematik yang menjelaskan bagaimana hukum menjana fungsi (rules create functions) dan dari sini kita akan dapat tahu cara-cara bagaimana Al-Quran menyembunyikan ilmu-ilmu yang mendalam di dalam hukum-hakam bahasa Arab. Inilah rahsia terbesar bagaimana kitab Al-Quran yang hanya 6,236 ayat dapat menjelaskan segala perkara, segala ilmu dengan mendalam lagi terperinci, Sesiapa yang mahu mengeluarkan ilmu-ilmu hebat dan terkehadapan maka haruslah memahami dan mendalami ilmu lambda kalkulus ini dan para ulul albab dapat mengaplikasikan ilmu nahu dan i'rab bahasa Arab untuk menjana pelbagai fungsi baru dan seterusnya menja ilmu baru yang akan membawa Islam kembali kepersada ilmu, teknologi dan ekonomi dunia dan seterusnya menjadikan umat Islam "khaira ummatin".

Sebelum ini kita telah menyentuh serba sedikit tentang propositional calculus dan predicate calculus, dan pada hari ini kita akan menyentuh pula lambda calculus. Seperti biasa, seperti propositional calculus, predicate calculus, dan lain-lain, dalam artikel ini saya tidak akan menjelaskan "lambda calculus" dengan mendalam sebab sudah terdapat banyak artikel dan youtube yang menjelaskan subject ini dengan baik, jelas dan berkesan. Malang sekali kebanyakkannya adalah di dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada para pembaca blog ini yang belajar di IPTA/S atau bekerja di pelbagai institusi Islam  seperti JAKIM, IKIM, PERKIM, YADIM, dan sebagainya mungkin mereka mahu membuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu atau Arab untuk manfaat para pembaca dan pengkaji yang lemah dalam bahasa Inggeris.

Oleh kerana subjek ini agak advanced dan abstrak maka lebih baik sekiranya para pembaca menonton dan memahami video youtube "basooir" yang disampaikan ustaz Zaharudin Nawi atau youtube Madinah Book oleh Dr. Abdul Raheem, atau lain-lain iaitu tentang ilmu bahasa Arab i'rab. Dalam video basooir, Ustaz Zaharudin menjelaskan ayat-ayat 1-3 surah Al-Baqarah dengan mudah dan baik sekali, dan saya berharap para pembaca dan pengkaji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami video-video (ilmu i'rab Al-Quran). Kepada para ustaz yang sudah mahir bahasa Arab dan I'rab Al-Quran ini bolehlah merujuk kepada bab-bab jar/majru, muta'allaq/muta'alliq, hazaf/mahzuf, lam al-muzahlaqah, dan tasrif (rekersif).



Para Ustaz Mengajar "Lambda Calculus" (I'rab Al-Quran)


Ilmu matematik propositional calculus, predicate calculus, dan lambda calculus ini adalah ilmu yang sangat penting dalam metod tafsir Al-Quran bil Quran atau Metod QbQ sebab ianya mengajar kita bagaimana untuk mengeluarkan ilmu dari hukum-hukum (nahu dan i'rab) bahasa Arab. Ilmu-ilmu hebat dan penting ini sudah lama diajar dalam Al-Quran, telah lama mendahului pakar-pakar matematik dan komputer sains sejak 1,400 tahun lagi. Ianya terkandung di dalam ilmu Bahasa Arab Al-Quran. Ilmu I'rab dan nahu bahasa Arab Al-Quran adalah satu ilmu yang sangat hebat, sangat advanced, sangat luar biasa, dan pada hari ini kita baru sedar bahwa ianya adalah ilmu matematik dan program komputer yang melampaui zaman. Para ulama, asatizah, dan pakar-pakar tafsir Al-Quran hanya nampak kekuatan Al-Quran dari segi perbendaharaan kata dan puisi Al-Quran sahaja. Tidak pernah terbayang oleh mereka bahwa bahasa Arab Al-Quran adalah juga merupakan bahasa matematik dan bahasa komputer yang amat hebat, sistematik, dan berfungsi. Oleh sebab mereka tidak faham kehebatan nahu dan hukum bahasa Arab menyebabkan pelajaran bahasa Arab menjadi jumud dan membosankan, padahal ianya adalah teramat sangatlah penting dan menarik!




Gambar di atas menunjukkan Ustaz Zaharudin Nawi sedang mengajar ilmu i'rab iaitu asas kepada ilmu "lambda kalkulus" yang membolehkan penciptaan "functional programming language". Saya syorkan agar para pembaca download youtube yang dikeluarkan oleh Basooir berjudul "I'rab Al-Quran Al-Karim wa-bayanuhu - 02". Perhatikan, buat nota dan faham bagaimana "alif-lam-mim" itu boleh berubah beberapa fungsi misalnya "mubtada", "khabar awwal", "khabar muqaddam", dan oleh itu memberikan makna semantik yang berbeza. Lihat dan faham bagaimana "khabar-1", "khabar-2", dan "khabar-3", dan sebagainya. Adalah baik sekiranya para pembaca boleh subscribe dan download semua video yang dibuat oleh Basooir ini. Saya pernah berbual-bual dengan Ustaz Zaharudin Nawi ini dan beliau adalah seorang ustaz yang baik, berkaliber, memang pakar dalam bidang bahasa Arab dan I'rab Al-Quran. Tambahan pula cara penyampaianya adalah mudah dan jelas.




Selain dari program video Basooir, kepada sesiapa yang suka versi bahasa Inggeris bolehlah download youtube program Madina Book yang dikarang oleh Dr. AbdulRaheem dan yang dipermudahkan oleh Ustaz Asif Mahereli (gambar atas). Terdapat beberapa program lain yang juga baik seperti yang dikelolakan oleh ustaz Abdullah Endut. Apabila para pembaca sudah maher dengan nahu dan I'rab bahasa, tuan/puan akan dapat memahami ilmu asas logik dan calculus seperti propositional calculus, predicate calculus, lambda calculus, dan category calculus (theory) dengan mudah. Semua ini adalah asas untuk para pengkaji memahami dan mendalami Metod Al-Quran bil-Quran (Metod QbQ) seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam kitab Al-Quranul Karim.


Lambda Calculus dan I'rab Al-Quran

Saya tidak dapat menjelaskan dengan mendalam dan terperinci tentang bagaimana lambda kalkulus dapat menjana ini baru dalam blog ini sebab ruangnya terlalu terhad. Namun saya akan menjelaskan beberapa kekunci atau key points di mana ianya dapat membantu para pembaca dan pengkaji untuk berfikir dan menajamkan minda serta membina sendiri functional program dari ilmu nahu dan i'rab bahasa Arab.

Yang paling penting pada lambda kalkulus ini ialah kebolehannya menjana kod iaitu "rules create functions", atau "codes generate more codes", dan kebolehan seperti ini adalah kehebatan dan kekuatan bahasa arab yang tidak ada pada bahasa-bahasa manusia lain. Sekiranya para pembaca faham apa yang disampaikan oleh Ustaz Zaharudin atau Ustaz Asif, saya percaya konsep "rules create functions" atau "codes generate codes" ini dapat difahami dan diaplikasikan.

Yang keduanya ialah konsep "binding" atau dalam bahasa i'rabnya ialah "majrur" iaitu "muta'llaq dan muta'alliq". Terdapat beberapa "binding" yang boleh berlaku dalam I'rab bahasa Arab iaitu melalui huruf jar (majrur), dan juga "binding" melalui hazaf/mahzuf. Ianya juga boleh berlaku pada "sifah/mausuf", dan juga "mudof/mudof ilaih". Binding dalam hazaf/mahzuf agak luas sebab ianya boleh berlaku dalam banyak keadaan samada hazaf mubtada, hazaf khabar, hazaf aayaat, hazaf fa'il, hazaf ismul faa'il dan sebagainya.

Dalam lambda kalkulus terdapat apa yang dipanggil "substitution" dan konsep ini juga terdapat pada i'rab bahasa arab iaitu "tasrif", saya tidak maksudkan tasrif dalam ilmu sorof tapi tasrif "aayaat" (rekersif) seperti yang dijelaskan dalam ayat Al-An'am 6:65 seperti yang saya jelaskan dalam beberapa artikel sebelum ini (tentang artificial intilligence).

Kepada yang mahir dalam sesuatu bidang (ulul albab) maka mereka akan mudah nampak apabila berlaku sedikit perubahan pada nahu (syntax) akan membawa perubahan makna semantik yang besar, jelas dan ketara. Misal contoh pada ayat 51:1 yang saya sentiasa guna untuk membuat contoh. Dengan menukar fungsi "zaariyat" (ismul faa'il) dari pembuat (active participles) kepada sifat (adjectives) sudah memberi makna semantik yang berbeza iaitu dari pelaku tunggal kepada pelaku yang belbagai jenis misalnya kepada pelbagai jenis logam elektron iaitu logam emas, besi, tembaga, dan sebagainya!



Begitu juga dengan mengetahui perbezaan nahu maf'ululmutlaq dengan nahu maf'ulumbih sudah dapat memberi makna yang berbeza. Sekiranya Allah SWT menggunakan nahu maf'ulumbih maka ia membawa makna hanya beberapa photon sahaja yang tersembur, tetapi apabila nahul maf'ululmutlaq digunakan ianya menggambarkan satu penaburan dan penerbangan photon yang teramatlah banyak sehingga bertrilion-trilion banyaknya dan fenomena ini memenuhi kriteria suatu makhluk iaitu elektron apabila terbang keluar orbit maka ianya akan melakukan penaburan yang sebanyak-banyaknya! Masyaallah ... amat tepat dan hebatnya ilmu yang dapat dikeluarkan dari nahu bahasa Arab.

Bagi orang-orang yang tidak faham bahasa Arab dan tidak faham ilmu lambda kalkulus ini maka mereka tidak akan faham bagaimana nahu sesuatu bahasa dapat mengeluarkan makna semantik yang berbeza-beza. Oleh yang demikian sesiapa yang hendak menafsir Al-Quran atau mengeluarkan ilmu dari Al-Quran maka WAJIB tahu bahasa Arab.


Nusus (dalil-dalil dari Al-Quran)

Umat Islam wajib beriman kepada kitab Al-Quran sepenuhnya tanpa sebarang keraguan, Kita wajib yakin dan percaya bahwa kitab Al-Quran:
1) Menjelaskan segala perkara
2) Menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci.

Para asatizah dan ulama tafsir tidak mengkaji dan menambah-baik metod tafsir yang dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu metod Al-Quran bil Al-Quran, maka mereka tidak nampak bagaimana kehebatan Al-Quran yang sebenarnya dan sejak 1,400 tahun itu mereka hanya berbangga-bangga dengan kesusasteraan dan perbendaharaan kata bahasa Arab sahaja. Padahal selain dari kehebatan sastera dan perbendaharaan kata, ada lagi kelebihan bahasa Arab yang lebih menakjubkan, yang luar-biasa dan mustahil boleh dibuat oleh manusia iaitu nahu dan "hukum" atau "rules" bahasa Arab. Oleh sebab itu Allah SWT memberitahu manusia secara jelas lagi spesifik dalam ayat 13:37 bahwa kitab Al-Quran itu dijadikan dan diturunkan dalam hukum bahasa Arab. Manusia tidak pernah tahu bahwa pelbagai ilmu dan maklumat dapat disembunyikan (atau dikodkan) di dalam hukum dan peraturan bahasa ini. Hanya sejak 100 tahun ini sahaja manusia mula faham dan cuba mereka-cipta satu formula atau bahasa yang mampu menyimpan data, padahal Al-Quran sudah melakukannya sejak 1,400 tahun yang lampau. Sekiranya para pembaca sudah melihat video-video yang saya cadangkan tadi kemungkinan besar ada diantara kita yang sudah dapat rasa kehebatan bahasa Arab.


Cuba lihat dan kaji ayat 13:37 (di atas) di mana Allah memberitahu bahawa kitab Al-Quran adalah menggunakan bahasa Arab dan diberitahunya supaya melihat kepada hukum-hukum bahasa Arab. Kemudian lihat pada ayat Hud 11:1 Allah SWT menjelaskan bahawa ilmu yang mendalam dan terperinci terselindung di dalam hukum dan peraturan (rules and funtions), iaitu hukum-hukum bahasa Arab. Maka dengan nas ini, kitab-kitab terjemahan dan tafsir tidak boleh dipanggil kitab Al-Quran sebab hukum dan peraturan bahasa Arab tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa asing.

Di dalam ayat 11:1 ini Allah memberitahu penjelasan mendalam berlaku selepas kajian yang mendalam (lihat perkataan "thumma" yang bermakna "kemudian selepas lama") berpandukan pentafsiran hukum bahasa Arab itu sendiri. Lihat kepada perkataan "uhkimat" dan "hakiim" yang diulang (repeat atau recursive) iaitu perkataan yang datang dari akar yang sama iaitu "hakama/yahkumu". Lihat kepada perkataan "min" iaitu majrur yang menunjukkan berlakunya "muta'allaq/muta'alliq" (binding) diantara penjelasan mendalam dan kehebatan hukum (bahasa Arab). Orang yang tidak tahu bahasa Arab tidak akan dapat melihat ilmu-ilmu yang dijelaskan melalui hukum bahasa Arab ini.



Cuba lihat penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Zaharudin pada "alif-lam-mim" dalam penjelasan i'rab, dan pada ayat-ayat berikut pada surah permulaan Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah. Cuba kira berapa banyak hukum-hukum yang telah dijelaskan. Sudah tentulah setiap perubahan hukum akan membawa perubahan makna semantik!


Cuba kaji ayat 2:3 yang menjelaskan kepada umat Islam tentang "ilmu ghaib" yang terkandung di dalam Al-Quran. Hukum dan peraturan inilah yang dimaksudkan beriman kepada ilmu ghaib, iaitu kita wajib yakin dan percaya bahwa Al-Quran menjelaskan segala perkara dan penjelasannya adalah jelas, mendalam dan terperinci, dan bukanya secara umum secara kasar, atau secara menggunakan kitab-kitab lain. Al-Quran itu sendiri sudah lengkap dan sempurna, dan inilah yang dikatakan beriman dengan kitab Al-Quran.



Cuba lihat ayat-ayat lain misalnya dalam surah yasin. Awal-awal lagi Allah SWT menjelaskan bahwa kitab Al-Quran itu adalah kitab yang berhukum dan berperaturan, maksudnya rahsia bagaimana 10 lautan-dakwat ilmu disorok dalam Al-Quran ialah melalui hukum dan peraturan bahasa Arab. Orang-orang Islam baca surah yasin ini setiap malam Jumaat, malah ada yang membacanya setiap hari namun mereka tidak hirau pun tentang kehebatan dan kemukjizatan hukum-hukum bahasa Arab dalam Al-Quran.



Ilmu yang terkandung atau terselindung di dalam hukum dan peraturan (rules and funtions) bahasa Arab inilah yang dikatakan ayat-ayat muhkamat. Maka para pembaca akan melihat betapa hebat dan luasnya hukum dan peraturan bahasa Arab ini. Dari hukum-hukum inilah yang akan menjana fungsi (rules create functions), dan dari fungsi-fungsi inilah yang menjana ilmu yang mendalam lagi terperinci.



Kenapa Lambda Calculus?

Apa itu matematik? Matematik adalah ilmu tentang nombor. Apa itu Aljebra? Aljebra ialah ilmu matematik tentang simbol. Apa itu kalkulus? Kalkulus ialah ilmu matematik tentang perubahan. Kitab Al-Quran adalah satu kitab yang sangat ajaib, dan apabila Allah SWT berjanji ianya adalah kitab yang terbaik dan menjelaskan segala perkara maka janji Allah SWT adalah benar dan tepat sekali. Kenapa kita tidak nampak Al-Quran menjelaskan segala perkara? Sebab kita salah faham konsep yang teramat penting iaitu "muhkamat dan mutasyabihat" sehingga menjadikan kitab AL-Quran itu kelihatan jumud, kaku, dan kelam-kabut! Yang menjadi bertambah parah ialah kita salah faham kahendak ayat "ma-tasyabaha-minhu" sehingkan menjadikan umat Islam berpecah, berpuak-puak, dan bercakaran sesama sendiri sehinggakan ada yang sanggup kafir-mengkafir.


Walaupun ilmu matematik agak susah sebab ianya terlalu abstrak, namun ianya amat penting dan mustahak dalam memahami ayat-ayat Al-Quran dan penjanaan ilmu-ilmu baru (dari Al-Quran). Oleh kerana tidak ramai para ulama yang minat pada ilmu matematik ini, maka beban sekarang terletak kepada para profesional yang arif dan pakar dalam bidang matematik untuk mendalami isi kandungan kitab Al-Quran. Sekarang menjadi tanggong-jawab dan tugas kita para "protaz" untuk mendalami bahasa Arab dan ilmu i'rab.

Mungkin ada diantara kita yang berkerut dahi, bagaimana pula Al-Quran ini ada kaitan dengan ilmu matematik? Dengan menguasai ilmu matematik seperti algebra dan kalkulus, kita akan dapat lihat bagaimana nahu dan i'rab bahasa Arab diolah, disusun, dan keselariannya. Memang terdapat banyak kesamaan! Misalnya di dalam lambda kalkulus terdapat "binding", di dalam bahasa arab terdapat "majrur", didalam lambda kalkulus terdapat "substitution", maka dalam bahasa arab terdapat "tasrif" (recursive), dan sebagainya.

Pada peringkat awal ini mungkin masih ramai para ustaz dan pakar bahasa Arab tidak dapat menerima apa yang saya cuba jelaskan ini. Namun saya berharap para pembaca akan terus mengkaji dan nanti akan melihat sendiri kebenaran apa yang hendak saya sampaikan ini. Insyaallah apabila kita semua sudah faham, saya percaya para protaz dan uspro akan dapat berganding bahu untuk membina satu perisian komputer (software) yang amat canggih untuk menjana ilmu dari Al-Quran iaitu "Quranpedia".

Quranpedia adalah berteraskan ilmu matematik dan bahasa Arab. Dari lambda kalkulus kita akan dapat melakukan "functional programming" ke atas text Al-Quran sebab bahasa Arab Al-Quran adalah juga bahasa yang berfungsi. Dari sini para protaz (ulul albab) dapat membuat "search" dan kajian mendalam  text-text Al-Quran yang "ghaib" iaitu yang terlindung disebalik hukum dan peraturan bahasa Arab. Quranpedia bukan sahaja untuk menjana ilmu-ilmu baru, malah ianya adalah juga untuk pembelajaran bahasa Arab Al-Quran. Apabila lebih ramai para profesional faham bahasa arab, maka dengan kerjasama para asatizah kita boleh menjayakan satu konsep baru ilmu iaitu melakukan "Quranization of Knowledge" iaitu satu pra-syarat yang amat penting untuk menjayakan "Islamization of Knowledge".



Quranization of Knowledge (QoK)

Kenapa selepas 35 tahun berusaha dan selepas berbelanja berbilion ringgit duit rakyat tetapi proses "Islamization of Knowledge" masih tidak berjaya (gagal)? Padahal para pemikir Islam tahu dan amat faham bahwa para ulama Islam sudah lama tidak menjana ilmu-ilmu baru, malah kalau ada pun hanyalah ilmu kitar-semula dan bukannya ilmu yang benar-benar dapat dibanggakan dan dapat membawa umat Islam menjadi umat yang terbaik "khaira ummatin". Oleh kerana ketidak-mampuan menjana ilmu-ilmu baru, akhirnya mereka watered down konsep Islamization of Knowledge kepada hanya untuk memasukan etika dan nilai-nilai Islam ke dalam sesuatu produk misalnya memasukkan sura azan dan ayat-ayat Al-Quran ke dalam hanfon, atau membekalkan sejadah, kompas, dan segelen air (untuk berwuduk) ke dalam setiap kereta proton untuk menjadikan kereta Islam dan sebagainya.

Pada saya konsep Islamization of Knowledge adalah satu idea yang baik lagi nobel. Ada kemungkinan besar para pemikir Islam yang hebat-hebat ini terlepas-pandang atau "over-looked" kepada kitab Al-Quran. Mereka tahu kehebatan dan kemukjizatan kitab Al-Quran, tetapi mereka tidak tahu bagaimana cara atau metod untuk mengeluarkan ilmu dari kitab Al-Quran.

Dengan adanya Metod QbQ ini mungkin para pemikir Islam (dan bukan Islam) dapat melihat dan mengkaji semula proses Islamization of Knowledge iaitu dengan melalui satu proses "Quranization of Knowledge" (QoK), sebab dengan metod ini memungkin para ulul-albab dapat mengkaji dan menjana pelbagai bidang ilmu, baik yang nampak (ilmu epistemology) maupun yang tidak nampak (ilmu ontology atau kewujudan). Tambahan pula kajian dan proses Metod QbQ ini agak mudah dari metod-metod tafsir yang ada yang mana telah meletakkan syarat memahami dan menghafal beribu-ribu hadis, dan mesti merujuk kepada kitab-kitab hadis terlebih dahulu.

Metod QbQ lebih mudah sebab ianya 100% dari Al-Quran, dan hanya menggunakan 6,236 ayat Al-Quran sahaja. Saya bukanlah menolak hadis atau anti-hadis, sebab para ulama sendiri yang memberi-tahu saya hadith-hadith tidak menjelaskan ilmu-ilmu yang mendalam seperti ilmu ICT dan matematik ini. Ilmu hadis memang diperlukan dan MESTI digunakan apabila kita mahu mengeluarkan hukum-hakam berkaitan agama dan peribadatan.

Tambahan pula model metod QbQ ini sudah pun hampir selesai, maka elok sangat sekiranya dapat dicuba-uji "trial" untuk beberapa ilmu misal dimulakan dengan "Islamic model of Quantum Mechanic", Einstein's "no aging at speed of light", Noam Chomsky's teori "genetic endowment and generative grammar", Darwin Evolusi teori, penapisan pancaran gelombang elektromagnetik, model baru artificial intelligence, dan sebagainya. Inilah yng di panggil "QoK" atau proses Quranization of Knowledge iaitu mengeluarkan ilmu-ilmu dari kitab suci Al-Quran dengan menggunakan  metod tafsir Al-Quran bil Quran seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran.


Cuba-uji QoK

Cuba kita lihat Albert Einstein merumuskan bahawa pada kelajuan cahaya maka tidak akan berlaku perumuran (no aging). Tapi Al-Quran kata perumuran tidak akan berlaku sekiranya jisim dipusing atau diputar spin) pada kelajuan "daakhirun". Ujian ni agak menarik dan boleh dilakukan di makmal-makmal fizik. Kita tidak tahu berapa sebenarnya kelajuan "daakhirun" ini, dan kita belum tahu lagi sifat-sifat mendalam "daakhirun" ini.

Al-Quran menjelaskan tidak perlu pun sesuatu orang atau objek bergerak pada kelajuan cahaya untuk tidak berlaku "aging".

Contoh lain: Noam Chomsky berteori bahawa bahasa (language) adalah berlaku secara revolusi, iaitu tiba-tiba saja manusia mendapat kebolehan untuk bercakap. Kemudian bahasa (language) menjadi keturunan semulajadi semasa lahir. Sedangkan Al-Quran mengatakan semasa lahir manusia tidak mengetahui apa-apa sesuatu, dan Al-Quran kata bahasa adalah bukan genetik semulajadi. Al-Quran menjelaskan manusia ini adalah makhluk "duality" iaitu "mind/body", sedangkan lain-lain makhluk adalah "body" sahaja tanpa "mind" iaitu tidak ada kemampuan untuk memilih (no freewill).

Al-Quran mengatakan manusia itu diberi kebolehan untuk "ikat" (bind) iaitu "akal" segala nama seperti yang dijelaskan di dalam surah Al-Baqarah ayat 2:31"diajarkan anak Adam dengan segala nama". Mengikut Al-Quran pengakalan atau pengikatan nama-nama ini semasa apabila dilahirkan, dan akan sampai tahap matang (akil baligh).

Contoh lain lagi Qok: Cuba kaji teori Prof. Krauss "universe is from nothing" bandingkan dengan ayat-ayat Al-Quran yang mengatakan ada benda-benda yang manusia tidak tahu akan asal-usul kejadian. Apa yang dikatakan oleh Prof. Krauss adalah sama dengan apa yang dinyatakan dalam Al-Quran iaitu "nothing" membawa makna "tidak tahu", bukannya "tidak ada apa-apa sesuatu pun".



Malah banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang kejadian alam maya ini, dan sudah tentu ianya amat menarik untuk kita jadikan projek "Quranization of Knowledge".


Teori String dan Quantum Mekanik

Dengan adanya Metod QbQ ini akan dapat membantu para saintis Islam untuk bersaing dengan Barat diperingkat yang lebih advanced misalnya dark matter/energy, string teori, dan quantum fiziks. Para saintis Barat mengeluarkan teori E=MC2, iaitu segala kejadian berjisim adalah terjadi dari tenaga (energy). Selama ini para ulama Islam hanya berani memperkatakan segala kehidupan terjadi dari air tetapi mereka tidak berani mengatakan bahawa semua kejadian adalah berasaskan "dark energies" yang terbang berpusing dari kanan ke kiri-kiri-kiri seperti yang dijelaskan dalam ayat 16:48.


Lihat kepada perkataan "fa-a/yafu-u" yang membawa makna beredar/berpindah dan kembali ke tempat asal dalam ke adaan asal iaitu tanpa kehilangan tenaga, bentuk, saiz, warna, dan sebagainya. Sekiranya Allah SWT menggunakan perkataan selain dari "fa-a/yafu-u" maka sudah pasti alam universe ini menjadi tidak tersusun dan kelam kabut, iaitu tidak seperti yang ada pada hari ini. Oleh kerana perkataan "fa-a/yafu-u" inilah yang membolehkan ilmu sains itu wujud, iaitu segala benda mengikut hukum dan peraturan alam, misalnya molekul air adalah dari H2O dan sampai kiamat pun air akan tetap H2O.


QoK Teori Evolusi

Cuba lihat kepada teori revolusi Darwin yang mengatakan bumi ini asalnya gondol dan kering kontang kemudian turun air hujan dan terjadilah satu sel. dan kita lihat Al-Quran juga menjelaskan benda yang sama iaitu  bumi ini asalnya kering kontang dan kemudian diturunkan air, barulah berlaku kehidupan. Charles Darwin kata semua binatang dan tumbuhan membiak secara berperingkat, dan Al-Quran juga menjelaskan benda yang sama iaitu semuanya berlaku secara berperingkat (in stages).


Darwin cakap "manusia dan kera berasal dari satu keturunan" dan Al-Quran di dalam ayat 7:166 juga mengatakan ada sesetengah kera yang berasal dari manusia (iaitu kera kejadian). Al-Quran juga ada menyatakan bahawa kera memang sudah wujud pun sebelum zaman Nabi Musa a.s. tetapi kera yang baru terjadi ini adalah kera yang sama keturunan dengan manusia!



Sekarang para saintis Barat mengkaji DNA orangutan dan mereka dapati 97% adalah sama. Malah yang berbeza hanyalah pada kromosom no.2 sahaja iaitu sekiranya disambung DNA kera no. 2 dan no. 3 maka akan bersambung menjadi DNA no. 2 manusia!



Dengan ini, sekiranya kembali kepada Al-Quran melalui prosess QoK, maka teori evelousi ini lebih mudah dijelaskan. 99% dari teori evolusi adalah selari dengan penjelasan Al-Quran. Namun Al-Quran menjelaskan manusia adalah berasal dari tanah dan bukannya dari kera. Namun Al-Quran menjelaskan memang ada sesetengah kera yang terjadi dari manusia iaitu yang berlaku pada zaman Nabi Musa di mana sesetengah orang-orang yahudi yang tidak mahu mendengar larangan menangkap ikan pada hari sabtu. Mereka yang pergi menangkap ikanlah yang kahirnya bertukar menjadi kera.

Insyaallah pada artikel seterusnya kita akan melihat contoh-contoh ilmu hukum dan peraturan bahasa Arab (rules based) ini menjana ilmu baru dan bagaimana ianya dapat menjayakan proses Quranization of Knowledge, dan seterusnya dapat menyelamatkan projek Islamization of Knowledge yang sudah berlarutan lebih dari 35 tahun. Insyaallah.


Bucailisma

Sebelum saya menutup kata untuk artikel kali ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang segelintir ustaz, ulamak dan pengkaji/cendikiawan/pemikir yang mengutuk dan memperlekehkan Dr. Maurice Bucille yang menulis buku "Quran, Bible and Science", dan sekarang mereka ini melabelkan orang-orang yang mengkaji ayat-ayat Al-Quran dari segi sains sebagai "Bucailisma" dan kononnya "bucailisma" ini sesat dan bercanggah dengan Islam sebab kononnya Dr. Bucaille mahu membuktikan kebenaran Al-Quran melalu sains. Pada pendapat saya orang-orang seperti ini adalah yang mahu menutup kebodohan dan kemalasan mereka. Sepatutnya mereka berbangga sebab ada orang Islam yang cuba-cuba berjinak mengkaji Al-Quran, iaitu satu suruhan dari Allah SWT. Dan berterima kaseh sebab ada orang lain yang menjalankan kerja dan kewajiban mereka.

Allah SWT menjelaskan pada banyak ayat Al-Quran tentang seksa dan azab yang akan menimpa orang-orang yang mempersendakan dan memperlekehkan hasil kajian Al-Quran.


Di dalam ayat AL-Baqarah 2:159 Allah SWT menjelaskan bahwa orang-orang yang menyembunyikan kehebatan ayat-ayat Al-Quran akan dilaknati oleh Allah SWT dan juga seluruh makhluk Allah.



Saya mengkaji Al-Quran dari perspektif ICT dan bukannya sains, maka tidak sesuai melabel saya dengan "Bucaillisma". Namun saya tidak nafikan bahwa saya banyak mengemukakan contoh-contoh berbentuk sains dalam kertaskerja atau artikel saya sebab ilmu sains boleh nampak dan mudah difahami berbanding dengan ilmu ICT yang abstrak, yang ghaib, dan tidak nampak. Malah sepanjang 8 tahun kerjaya saya sebagai "Quranalyst" saya dapati ramai juga profesor yang tidak faham penjelasan tentang Al-Quran dan ICT ini, dan selalunya mereka menganggap ICT dan Sains benda yang serupa. Namun apabila dibawa contoh-contoh berbentuk sains barulah mereka dapat faham (harap-haraplah).

Saya mengkaji bagaimana cara Al-Quran menyimpan segala ilmu dalam Al-Quran hanya dengan menggunakan 6,236 ayat sahaja. Setiap kali saya jumpa kaedah-kaedah yang dijelaskan Allah SWT, maka saya akan cuba "test" iaitu melihat kepada beberapa ilmu ICT (yang mana saya ulul albab), dan apabila saya confirm maka saya keluarkan sebagai contoh agar para pembaca dapat lihat dengan lebih jelas dan sama-sama dapat terus berfikir untuk melakukan penambah-baikkan.

Lagipun, Allah SWT sudah menjelaskan bahawa hanya orang-orang ulul albab iaitu orang-orang yang mendalam ilmu dalam sesuatu bidang saja yang akan faham dan dapat mengeluarkan ilmu-ilmu yang hebat dari Al-Quran. Oleh yang demikian sudah tiba masanya para ustaz untuk berbaik sangka dengan para pengkaji Al-Quran, sekiranya ada yang salah atau tersesat maka tegurlah kami, betulkan kami ke jalan yang lurus.  Selain dari suruhan Allah dan rasulnya, dengan bekerjasama dan bersatu tenaga ini akan dapat menyatukan fikrah dan mempadukan ummah, dan dengan ini harapan saya umat Islam akan kembali menjadi umat yang terbaik "khaira ummatin".


Wallahu a'lam.



No comments:

Post a Comment