Followers

Friday, September 18, 2015

Metod QbQ: Bagaimana "Amthal" (Metaphor) Kembangkan Ilmu?

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst.     email: akhalidyong@gmail.com

Salam sejahtera kepada seluruh para pembaca dan pengkaji Al-Quran dan As-Sunnah. Bersyukur kerana dengan izinNya kita dapat bersua lagi. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan diberikan rahmah, berkah, dan hidayah yang lurus "ihdinas siratal-mustaqim". Tanpa "ihdinas siratal-mustaqim" manusia akan sesat dan tenggelam di dasar 10 lautan-dakwat ilmu yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quranul Hakim yang menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci. Insyaallah di dalam siri Kajian Al-Quran dan ICT para pengkaji akan dapat mengkaji dan melihat sendiri kehebatan metod QbQ mengeluarkan 10 lautan-dakwat ilmu ini untuk membawa para pemikir dan ulama Islam kembali bersaing dipersada ilmu dan teknologi dunia.



SELURUH ulama bersetuju bahawa metod tafsir Al-Quran bil Al-Quran (metod QbQ) adalah yang terbaik, dan pada awal abad ke-21 ini kita umat Islam bersyukur kerana Allah SWT telah memberi hidayah dan peluang kepada kita semua untuk melakukan penambah-baikkan kepada metod tafsir ini. Saya bukanlah ulama agama tetapi hanya pemudah-cara (facilitator) untuk membolehkan para ulama agama melakukan penambah-baikkan ke atas metod QbQ ini. Saya hanyalah ulama ICT (komputer), ada kelulusan dan pengalaman lebih 20 tahun dalam ICT: membina, mengkaji dan menganalisa berjuta-juta "lines of computer codes", mengkaji bahasa komputer dan bahasa manusia, dan kini mengkaji 6,236 ayat-ayat Al-Quran. Bahasa manusia adalah untuk natural intelligence sementara bahasa komputer adalah untuk artificial intelligence. Bahasa manusia mengembang dan menjana ilmu melalui "contoh perbanding" (amthal), manakala bahasa komputer menjana ilmu melului "hukum" (rules based) dan "tasrif" (recursive).

Pada siri yang lepas, setelah melihat serba sedikit ayat-ayat muhkamat iaitu bagaimana cara-cara "hukum" (rules based) menjana ilmu dan penjelasan mendalam dan terperinci, insyaallah beberapa siri akan datang kita akan melihat pula bagaimana ayat-ayat mutasyabihat "mengembangkan" ilmu petunjuk (huddan) atau "reference knowledge" iaitu melalui "amthal" atau "contoh perbandingan" atau dalam bahasa Inggeris "metaphor atau analogy". Ada juga yang menterjemahkan istilah "amthal" sebagai "bahasa kiasan" namun oleh kerana konsep "kiasan" terlalu berkait-rapat dengan adat dan budaya sesuatu kaum (tidak umum, tidak normative, tidak generative, tidak computative) maka ini lebih mirip kepada takwil atau conjecture atau speculatif, dan kaedah takwil (pure intuitive) ini tidak dibenarkan untuk menafsir ayat-ayat Al-Quran maka saya lebih gemar menggunakan perkataan "contoh perbandingan".

Kita akan merasa hairan dan teruja apabila melihat perkembangan pesat sains (epistemology) samada teori relativiti mahupun quantum mekanik iaitu melalui hasil kajian dan cerapan alam maya (ayat-ayat kauniyah) dan perkembangan kognitif (language, mathematics, reasoning, information processing, etc) sejak 1-2 abad ini telah menjadikan banyak kitab-kitab terdahulu seperti kitab bible menjadi pupus dan tidak relevan (obsolete), tetapi yang peliknya kitab Al-Quran (ayat-ayat Qauliyah) menjadi semakin relevan dan menyerlah!



"Amthal" (Contoh Perbandingan) = Metafora

Pada beberapa siri yang lepas kita melihat sepintas lalu bagaimana ayat-ayat muhkamat menjelaskan ilmu-ilmu yang mendalam dan terperinci (penjelasan yang terperinci ada termuat dalam buku saya, insyaallah). Pada kali ini kita akan melihat sepintas lalu bagaimana ayat-ayat mutasyabihat berfungsi dalam pengembangan dan penjanaan ilmu yang hebat dan mendalam. Sila rujuk diagram di bawah.


Biar saya ulang lagi sekali makna dan konsep ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat yang digunakan dalam metod tafsir QbQ; ianya adalah tidak sama dan berbeza sama sekali dengan apa yang ada di dalam kitab-kitab ulumul Quran dan yang diajar oleh para ustaz dan pensyarah samada di IPTA atau pondok-pondok. Apa yang tuan-puan baca ini adalah hasil kajian terbaru yang belum pernah dibuat sebelum ini, dan telah dibentangkan dibanyak seminar dan konferans seperti anjuran UIA, UKM, UM, USIM, PERKIM, JAKIM, KIPSAS, ILIM, dan sebagainya yang dihadiri oleh beberapa ribu para ustaz, ulamak, cendikiawan, saintis, ICTis, para pelajar universiti dan alhamdulillah semuanya memberi sokongan hasil kajian ini.


Ayat-ayat muhkamat bukannya ayat-ayat yang hanya ada satu makna yang jelas dan terang sahaja, TETAPI adalah ayat-ayat yang mempunyai banyak makna yang luas lagi mendalam yang sukar difahami (sekiranya tidak faham bahasa Arab) yang terselindung di dalam nahu dan hukum bahasa Arab seperti yang dijelaskan dan dikahendaki pada ayat 11:1. Begitu juga dengan ayat-ayat mutasyabihat bukannya ayat-ayat yang kurang jelas atau kelabu untuk menyesatkan manusia tetapi adalah merupakan ayat-ayat petunjuk (huddan) sebagai rujukan (reference) untuk mengembangkan ilmu dalam Al-Quran seperti yang dijelaskan dalam ayat 39:23. Sekiranya para pembaca masih lagi mengguna-pakai konsep lama, adalah diharapkan dapat mengenepikan fahaman lama dan gunakan konsep baru ini sekiranya mahu menggunakan dan mengaplikasikan metod tafsir QbQ.

Kita ambil contoh ayat 51:1 di mana sesetengah ulama tafsir memberi makna "angin nyaman sepoi-sepoi bahasa" sebab mereka anggap "zaariyat" itu bermakna "angin". Tetapi sekiranya dipadankan dengan nahu al-maf'ulul mutlaq ianya samada memberi makna "angin mati" sebab bergerak terlalu perlahan atau "angin ribut" sebab bertiup terlalu kencang. Tetapi saya yang ulul-albab dalam ICT, maka saya ambil makna literal dari kamus bahasa Arab "Zaariyat" bermakna "penabur dan penerbang" (raise, scatter, and make it to fly) yang mana akan memberi satu makna "penaburan yang teramat sangatlah banyak". Dan fenomena "penaburan yang teramat banyak" memang sesuia dengan sifat, karakter, dan fungsi elektron iaitu apabila terbang kembali keorbitnya akan menaburkan bertrilion-trilion-trilion tenaga foton (electromagnetic wave).

Para ulama tafsir juga terkhilaf apabila menafsir frasa "ma-tasyabaha-minhu" yang secara harfiyyahnya memberi makna "apa yang Dia (Allah SWT) samakan denganNya (sifat-sifat makhluk disamakan dengan Allah)". Ada yang membacanya secara masdar "ma-tasyaabuh" (apa yang persamaan) dan ada juga membacanya secara isim fa'il "mutasyaabih" (yang persamaan) sebab untuk mengaitkan dengan keseluruhan "ayat-ayat mutasyabihat". Dengan itu mereke membuat kesimpulan bahawa Allah SWT melarang mengkaji ayat-ayat mutasyabihat. Cuba kaji dan lihat hanya terdapat sedikit perbezaan pada hukum (rules) bahasa Arab tetapi kesannya amat besar dan mendalam sebab ianya sudah menukar makna, tujuan dan kahendak ayat-ayat Al-Quran. Sepatutnya para ulama menyuruh dan menggalakkan umat Islam mengkaji dan memahami ayat-ayat mutasyabihat tetapi oleh kerana kekhilafan ini mereka telah menghalang umat Islam dari mengkaji ayat-ayat mutasyabihat iaitu ayat-ayat hudan, ayat-ayat petunjuk yang boleh mengeluarkan umat Islam dari kegelapan kepada cahaya, dan meletakkan umat Islam sebagai umat terbaik "khaira ummatin".

Mereka tidak perasan "ma-tasyabaha-minhu" adalah satu frasa dan bukannya satu kalimah (bukan masdar atau isim fa'il) iaitu seperti yang saya jelaskan pada siri-siri sebelum ini. Frasa ini memberi amaran sejelas-jelasnya dan sekeras-kerasnya kepada para pengkaji Al-Quran bahawa di dalam ayat-ayat mutasyabihat itu ada juga ayat-ayat yang mana Allah SWT samakan denganNya iaitu sifat makhlukNya seperti tangan, wajah, kaki, duduk, dan sebagainya, padahala Allah SWT maha suci dari persamaan atau penyekutuan dengan segala apa jua bentuk makhlukNya seperti yang dijelaskan dalam ayat 42:11 dan 37:180, bahkan tidak ada sebarang makhluk yang mampu membuat apa-apa gambaran tentang zat dan sifat Allah SWT (ayat 6:103).



Lihat diagram di atas dan rujuk ayat 2:26 yang mana Allah SWT menyatakan "Dia tidak malu membuat apa-apa perbandingan sekali pun dengan nyamuk", padahal Allah SWT itu maha kudus dan Maha Suci, dan amat tidak layak dibuat sebarang perbandingan, persamaan atau penyekutuan dengan apa jua makhlukNya. Sebab itu pada ayat 3:7 ini Allah memberi amaran dan melarang manusia mengikut apa yang Dia samakan denganNya "fa ammallaziina fi-qulubihim zaighun fayattabi'una" (maka barangsiapa yang ada kotoron (tersesat) dalam hati maka mereka akan ikut) "ma-tasyabaha-minhu"  (apa yang Allah samakan denganNya). Orang yang jahat yang kotor hati akan ikut segala macam persamaan yang Allah sebut dalam Al-Quran, padahal pada ayat ini Allah SWT jelaskan agar jangan ikut. Oleh yang demikian mereka kata Allah ada tangan, ada kaki, ada betis, ada wajah, duduk bersila lendik di arasy, dan sebagainya.

Yang paling malang mereka menjauhkan umat Islam dari mengkaji dan menyelidik ayat-ayat mutasyabihat iaitu ayat-ayat petunjuk (hudan) seperti yang dijelaskan dalam ayat 39:23. Dengan menjauhkan ayat-ayat hudan (petunjuk) ini maka kitab Al-Quran menjadi begitu sempit, jumud dan rigid, dan tidak mampu menjelaskan banyak perkara padahal Allah SWT berjanji kitab Al-Quran menjelaskan segala perkara. Alhamdulillah sekarang sudah ramai para ulama mula membuka mata, cuma mereka takut untuk menerima penjelasan baru ini sebab mereka tidak faham ilmu-ilmu ICT yang maju dan terkehadapan. Konsep ayat-ayat mutasyabihat yang menggunakan "amthal" (contoh perbandingan) ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan menggunakan akal agar dapat dikembangkan ilmu dengan menQurankan dengan ayat-ayat lain dan mencari makna mendalam menerusi hukum (rule based) iaitu nahu dan i'rab bahasa Arab.


Facilitator Untuk Membantu Para Ulama Tafsir

Sebagaimana banyak kali diulang, saya bukanlah ulama agama tetapi hanya ulama komputer dan tugas saya ialah sebagai pemudah-cara sahaja. Apabila saya membaca dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran Allah berikan saya nampak kehebatan ayat-ayat Al-Quran sebab ianya amat bertepatan dengan ilmu dan pengalaman ICT yang Allah berikan kepada saya ini. Sekiranya para ulama agama ada ilmu dan pengalaman ICT seperti saya ini sudah tentu mereka juga akan nampak apa yang saya nampak, malah lebih baik lagi sebab mereka amat pakar bahasa Arab dan pelbagai ilmu lain lagi. Jadi tugas saya ialah untuk memberi "short-cut" kepada para alim ulama dan bukannya mahu mengajar atau mengambil-alih tugas mereka.



Misalnya apabila saya baca ayat 11:1 "alif-lam-ra, adalah sebuah kitab yang ayat-ayatnya disusun-padatkan dalam bentuk hukum (rules based) kemudian dijelaskan ilmu yang mendalam ..." maka saya terus nampak kebenaran ayat ini sebab saya tahu memang ada pun sistem komputer yang menjana ilmu dengan cara "kod-kod disusun-padatkan dalam bentuk hukum kemudian menjana ilmu yang banyak dan mendalam" misalnya artificial intelligence, knowledge base, dan expert system. Tetapi para ulama agama tidak nampak dan tidak faham sebab mereka tidak terdedah kepada ilmu ICT, mereka tidak pernah tengok atau alami bagaimana dengan menyusun ayat-ayat dalam bentuk hukum (rules) dapat menjana ilmu yang banyak lagi mendalam.



Begitu juga apabila saya baca ayat 6:65 "Perhatikanlah bagaimana Kami tukar-ganti-ulang (rekersifkan) ayat-ayat semoga mereka semua akan faham (ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat)" maka saya terus nampak bagaimana Al-Quran menjana dan menjelaskan segala ilmu iaitu melalui rekersif seperti yang digunakan oleh kesemua komputer dan sistem pintar. Tanpa rekersif (tasrif) tidak akan mungkin lahir sistem komputer atau mana-mana sistem pintar. Sebagai contoh sistem pinjaman (loan system), saya hanya membina hukum asas yang rekersif kemudian sistem itu akan berjalan dengan sendiri, segala bentuk dan jenis pinjaman akan dapat dijalankan misalnya pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, persendirian, pinjaman ubah-suai dan sebaginya. Tetapi oleh kerana para ulama agama tidak pernah membuat sistem komputer maka mereka tidak faham konsep rekersif, mereka tidak nampak kehebatan disebalik rekersif ini.

Untuk perhatian para pembaca sekalian, apabila saya cuba memahami dan menafsir ayat-ayat Al-Quran, saya tidak pernah cuba-cuba ubah-suai ayat-ayat Al-Quran, atau cuba putar-belit makna, atau ambil makna takwil atau makna kiasan, tidak pernah sekali-kali. Semuanya adalah makna dari bahasa Arab yang jelas, nahu yang jelas dan "amthal" yang jelas.

Begitu juga apabila saya kaji ayat 3:7, 11:1, dan 39:23 yang menjelaskan struktur kitab Al-Quran dibahagikan kepada 2 iaitu "muhkamat" (rules based) dan "mutasyabihat" (analogy based), dan seluruh 6,236 ayat adalah "ayat-ayat muhkamat", dan 6,236 ayat adalah "ayat-ayat mutasyabihat" maka saya boleh nampak betapa luar biasanya susunan ayat-ayat Al-Quran ini di mana tidak mungkin akan ada manusia atau jin yang mampu menyusun-atus sebegini rupa. Namun ada sesetengah para ulama tidak nampak dan tidak faham bagaimana boleh semua ayat Al-Quran itu muhkamat dan semuanya adalah juga mutasyabihat, sebab itu mereka berkata ayat-ayat mutasyabihat tidak banyak dalam Al-Quran!



Oleh yang demikian para ulama jangan bimbang dan risau sebab saya bukannya mahu masuk campur urusan ulama atau ambil alih tugas dan kerja para ulama, tetapi mahu sama-sama menyumbang, sama-sama berkhidmat kepada agama Allah ini, dan agar peranan ulama akan menjadi lebih besar, luas, dan penting dalam era dunia ledakan ilmu, dan sama-sama bersaing di peringkat global dan antarabangsa. Maka saya harap Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan akan dapat memproses permohonan saya dan mempertimbangkan beberapa cadangan yang telah saya kemukakan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada bekas mufti WP SS Datuk Zahidi Wan Teh kerana telah sudi melapang waktu yang panjang untuk berbincang hasil kajian ini, dan juga kepada mufti WP sekarang iaitu SS Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri kerana telah sudi meluangkan masanya yang agak sibuk untuk berbincang dengan saya dan kemudian telah sudi pula untuk memanjangkan hasil kajian saya ini keperingkat Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.


Mari Bersaing Di Peringkat Global     

Dengan lahirnya ilmu baru tafsir Al-Quran iaitu penambah-baikkan kepada metod tafsir Al-Quran bil-Quran (metod QbQ), insyaallah akan membuka lembaran dan sejarah baru kepada seluruh umat Islam terutama para ulama tafsir, pelajar, pensyarah, dan penyelidik yang dahagakan dan mencari-cari ilmu dari kitab suci Al-Quran untuk dibanding dan diganding dengan ilmu-ilmu sains dan falsafah Barat yang terdapat banyak kelemahan, kekurangan, dan mendatangkan banyak kerusakan dimuka bumi ini. Mulai saat ini para falsafah dan saintis Islam akan dapat menyelidik dan mengeluarkan ilmu-ilmu hebat dan terkehadapan dari kitab suci Al-Quran ini, insyaallah.


Pada dua abad yang lepas para falsafah Barat telah mendominasi dan mengungguli dunia ilmu dengan mengeluarkan pelbagai teori falsafah dan sains misalnya tentang kognitif dan bahasa misalnya "genetic endowment", "generative grammar", "deep structure and surface structure" oleh Prof. Chomsky, atau Prof. Austin dan Prof. Searly dengan teori tindakan pertuturan (speech act theory), relativity teori, quantum fiziks, blackholes, dark matter and energies, string theory, higgs bozon, anti-matter, genetic, nano teknologi, biotek, artificial intelligence, wirelless communications, teleportation, dan sebagainya. Malang sekali cerdik pandai dan pemikir Islam masih terkial-kial  dan tenggelam di arena pertarungan ilmu dan teknologi antarabangsa.


Teori Pemilikan Bahasa: Chomsky vs Vygotsky vs Al-Quran

Dengan adanya kaedah dan metod baru tafsir Al-Quran ini akan dapat membantu IPTA terutama yang berlabelkan Islam, para pelajar, penyelidik, para falsafah dan saintis Islam untuk sama-sama mengeluarkan hipotesis dan teori-teori hebat yang dapat mencabar dominasi Barat. Misalnya mereka boleh cabar teori bahasa Noam Chomsky "innateness atau nativeness of language" sebab AL-Quran pada ayat 2:31 menjelaskan bahawa kebolehan manusia bertutur dan berfikir adalah disebabkan ciri-ciri semulajadi "insan" (manusia) yang dijadikan dari tanah dan telah diajarkan oleh Allah dengan kebolehan membuat "representations" (diajar dengan segala nama). Yang "innate" ialah "representations" (nama segala benda) dan bukannya "language" seperti yang dinyatakan oleh Prof. Chomsky. Sekiranya "language is innate" atau "native" maka seluruh manusia akan faham dan bercakap hanya satu rumpun bahasa sahaja!

Oleh yang demikian pemilikan bahasa (acquisition of language) dan diversifikasi bahasa boleh berlaku sebab ada perkara atau benda yang lebih asas dan umum lagi iaitu kebolehan semulajadi memahami "representations". Dengan adanya representasi ini maka "akal" (mind) boleh berfungsi. Dengan adanya metod tafsir QbQ ini kita boleh meneruskan dan mendalamkan lagi kajian keperingkat "akal" yang mana perkataan "akal" dalam bahasa Arab bermakna mengikat (to bind). Jadi apa yang diikat? salah satunya ialah mengikat "representasi" atau "rupa bentuk nama benda" antara "insan" dan bahasa setempat iaitu melalui interaksi sosial seperti yang dicadangkan oleh Prof. Lev Vygotsky.

Dengan ini kita dapat melihat hasil kajian para falsafah dan saintis Barat yang berdasarkan permerhatian alam (ayat-ayat kauniyah) hampir-hampir selari dengan ayat-ayat Al-Quran (ayat Qauliyah). Maka tugas para ulama dan pemikir Islam ialah menyaring, memadankan dan memadukan segala penemuan Barat agar sejajar dengan ilmu yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Kita tidak terima semua ilmu yang dijana oleh Barat secara mutlak, 100%. Kita tapis dan saring melalui kacamata Al-Quran.


Teori Matematik: Lambda Calculus, Category Theory, Al-Quran

Begitu juga dengan pakar-pakar matematik Islam bukan setakat menerima-pakai bulat-bulat saja ilmu matematik dari Barat tetapi dapat melakukan penambah-baikan misalnya lambda calculus yang dibuat oleh Prof. Alonso Church dan teori kategori yang diusahakan oleh Prof. Eilenberg dan Prof. McLane. Dengan menggunakan metod tafsir QbQ insyaallah pakar-pakar matematik Islam akan dapat melihat pelbagai paten yang ditunjukkan samada dari pembacaan/sebutan (zikr) atau dari nahu, atau dari symmetrical, atau dari pelbagai kesah dan sebagainya.

Misalnya dalam lambda calculus "rules" menjana "function", dan "function" pula boleh menjana beberapa "functions" lagi dan seterusnya, dan antara functions ini terdapat binding dan substitutions. Begitu juga pada nahu dan i'rob bahasa Arab terdapat isim fa'il/maf'ul (adjectives), hazaf/mahzuf (substitutions), jar/majrur (binding), dan sebagainya. Dari pengolahan ini kita akan dapat pattern dan symmetry, dan dari sini kita akan seterusnya nampak bentuk atau "morphism", dan dari pelbagai putaran morphism ini akan dapat dijana pelbagai kategori dan akhirnya dapat mengeluarkan formula atau model "sub-atomic particle" dan seterusnya dibandingkan dengan 6-dimensi teori string yang masih giat dibahaskan oleh para saintis Barat. Para saintis Barat sudah hilang punca apabila mengkaji benda-benda ghaib (abstrak) ini namun bagi ulama, saintis, dan ICTis Islam mereka beruntung sebab ada kitab Al-Quran sumber ilmu yang menjelaskan segala perkara baik yang nyata, zahir, mahupun yang ghain dan abstrak.

Tidakkah ini membuktikan Al-Quran menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci?


Bersambung ... insyaallah


Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment