Followers

Tuesday, November 24, 2015

To Think Outside The Box, Think Inside Al-Quran

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst      email: akhalidyong@gmail.com


Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bersua lagi di alam maya ini. Terima kaseh kepada para pembaca dan pengkaji kitab Al-Quran dan juga kitab Al-Hadith yang sentiasa mengikuti perkembangan blog "Kajian Al-Quran dan ICT" ini. Semoga kita semua akan sentiasa istiqamah dalam mengkaji ayat-ayat Al-Quran untuk menjana ilmu-ilmu yang hebat, menjana teknologi hebat yang dapat menyelamatkan umat manusia dari kemusnahan teknologi barat yang memusnahkan alam ini, dan seterusnya membina ekonomi Islam dan memakmurkan seluruh penduduk alam ini.


Pada siri yang lepas kita melihat sepintas lalu tentang keajaiban dan kemukjizatan Al-Quran menjelaskan satu fenomena alam yang amat membuntukan akal dan fikiran pakar-pakar fiziks iaitu "prinsip ketidak-tentuan" (uncertainty principle) yang telah dipelupuri oleh ahli filasuf Barat Werner Heisenberg pada tahu 1927. Ayat An-Namla 27:87-88 telah menjelaskan prinsip ketidak-tentuan ini sejak 1,400 tahun lagi, dan nanti kita akan lihat dan kaji lebih banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang penjadian semua makhluk dan pendalaman ilmu quantum fiziks seperti "measurement problems", "superpositions", "entanglements", "quantum foam", "quark-gluon plasma" dan sebagainya.

Untuk memahami ilmu-ilmu yang maha halus, iaitu yang ghaib, yang tidak nampak, yakni yang diluar batas akal-fikiran dan kebolehan cerapan sensori manusia, Allah SWT menyuruh manusia agar "berfikir di luar kotak", berfikir melalui "hukum", "bahasa", dan "matematiks" iaitu seperti yang dijelaskan dalam kaedah tafsir Al-Quran bil-Quran. Cuba kaji dan lihat sendiri akan kecanggihan dan keterhadapanan ayat-ayat yang menjelaskan tentang struktur Al-Quran yang sudah banyak kali saya bentangkan dalam siri-siri yang lepas-lepas misalnya ayat-ayat Ali-Imran 3:7, Hud 11:1, dan Az-Zumar 39:23. Oleh kerana ilmu hebat ini memerlukan ilmu matematiks yang tinggi dan mendalam, sementara silabus pangajian Islam pula tidak menitik-beratkan ilmu matematiks maka ramai para ulama Islam yang dihasilkan (yang tidak cekap matematik) tidak dapat berfikir diluar kotak, malah mereka memusuhi orang-orang yang berfikir diluar kotak. Walhal berfikir diluar kotak, iaitu menggunakan sepenuhnya kekuatan daya akal-dan fikiran ini adalah  merupakan suruhan dan dikahendakki dalam Al-Quran. Berfikir diluar kotak ini menggunakan otak kanan, dan untuk mencerdaskan otak kanan ini kita mestilah berfikir secara "contoh perbandingan" (metafora) yang dipanggil "amthal" seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran. Masyaallah hebatnya kitab Al-Quran!


Russel's Paradox

Seperti biasa saya tidak akan menceritakan dengan mendalam tentang konsep-konsep yang telah dijelaskan di dalam internet seperti "Russel's Paradox" ini sebab para pembaca sekalian boleh mengakses dan membacanya sendiri dari internet. Malah penjelasan yang dibuat amat baik, dalam pelbagai bentuk dan tidak perlu lagi saya "cut-and-paste" ke dalam blog saya ini. Falsafah utama paradoks ini ialah apabila Frege membuat satu kertas-kerja dan memberikan kepada Russel untuk diulas. Russel tidak percaya bahawa matematiks dapat menjawab segala persoalan tentang metafizik, lalu dia mengemukakan "Russel's Paradox" untuk membuktikan bahwa ada benda yang tidak dapat dikecilkan (reduced) kepada representasi matematiks.

Oleh kerana ilmu matematiks tidak dapat menjawab atau represent segala permasalahan, maka manusia mestilah berfikir diluar kotak untuk menyelesaikan masalah yang ganjil dan diluar batas akal manusia misalnya ilmu ghaib atau metafizika. Namun Al-Quran telah memberi jalan penyelesaian yang mana Bertrand Russel hanya berfikirkan setakat logik calculus first order sahaja. Sedangkan Al-Quran menjelaskan agar manusia mengembara lebih jauh lagi seperti menggunakan lambda calculus, set dan category theory. Lambda calculus dan category theory ini mestilah dipadankan dengan nahu bahasa Arab dan kecerdasan otak kanan membuat metafora untuk membolehkan akal manusia "melihat" dan menjana ilmu di bawah tahap quantum, dan menyelesaikan pelbagai masalah quantum yang bersifat kewujudan duality, dan ketidak tentuan.


Untuk memudahkan kita faham konsep paradoks Russel (iaitu teori set) ini ialah seperti kesah tukang gunting rambut (barber) dan undang-undang di mana setiap lelaki mestilah sentiasa kemas tanpa janggut dan misai. Orang yang tidak mencukur sendiri mestilah bercukur dengan barber. Maka persoalannya bagaimana pula dengan misai dan janggut barber, siapa yang mencukurnya? Maka jawapannya mestilah berfikir diluar kotak iaitu tidak boleh menganggap bahawa semua barber adalah lelaki, dan sekiranya ada barber wanita maka paradoks ini dapat diselesaikan.

nota: sudah tentu contoh yang dibuat oleh Russel ini tidak Islamik sebab mana boleh orang perempuan menggunting rambut (atau mencukur misai atau janggut) lelaki bukan mahram.


Struktur Al-Quran adalah Berfikir Di Luar Kotak

Pada siri yang lepas kita lihat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh maknusia menggunakan otak dan akal-fikiran sehinggakan sekiranya mereka tidak menggunakan akal-fikiran maka mereka akan dihumban ke dalam neraka jahanam dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam neraka.

Pada ayat Ali-Imran 3:7 struktur ayatnya agak mudah, namun oleh kerana kita tidak faham ilmu matematiks maka ramai juga yang tidak faham maksud dan kahendak ayat ini. Sekiranya kita olah ke dalam bentuk diagram Venn maka kita akan dapat satu set yang jelas dan biasa saja. Oleh kerana ada yang tidak berfikir secara nahu (rules) dan matematiks maka berlakulah salah tafsiran ayat Al-Quran dengan mengatakan ayat-ayat "mutasyabihat" ialah ayat-ayat yang kurang jelas bertujuan untuk menguji dan mengelirukan umat Islam. Padahal terdapat berpuluh-puluh ayat Al-Quran yang menjelaskan bahwa semua ayat-ayat Al-Quran adalah jelas "mubin" dan tidak ada satu pun yang mengelirukan.

Lihat gambarajah di bawah apabila ayat 3:7 ini ditukar dalam bentuk matematik set diagram Venn. Lihatlah betapa jelas dan mudahnya struktur Al-Quran iaitu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat. Untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran itu jelas dan tidak mengelirukan, Allah SWT menjelaskan lagi bahwa di dalam ayat-ayat "mutasyabihat" itu terdapat sub-set iaitu ayat-ayat "ma-tasyabaha-minhu" iaitu ayat-ayat yang Allah samakan diriNya dengan sifat-sifat makhlukNya.



Paradoks Al-Quran

Sekali imbas dan sekiranya kita tidak berhati-hati, kedatangan ayat Hud 11:1 dan Az-Zumar 39:23 akan menggoncangkan iman manusia sebab ayat-ayat ini apabila ditukar menjadi diagram Venn maka ianya kelihatan tidak logik, tidak masuk akal, atau dalam bahasa lain "paradoks" padahal ianya memang dapat diselesaikan dan bukanlah satu perkara mustahil sekalipun agak susah dan pelik.




Ayat Hud 11:1 menjelaskan bahawa kesemua 6,236 ayat Al-Quran adalah ayat-ayat muhkamat, sementara ayat Az-Zumar 39:23 menyatakan kesemua 6,236 ayat adalah ayat mutasyabihat! Bagaimana kita mahu tukar proposisi ini ke dalam bahasa matematiks? Saya cuba membuat satu gambaran di atas, tetapi jelas sekali ianya amat sukar dan tidak masuk akal!

Para pembaca dan pengkaji yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Lihatlah betapa hebat dan "powernya" kitab Al-Quran ini, tidak akan ada manusia atau jin yang mampu membuat kitab Al-Quran ini, ianya adalah sebuah kitab yang terbaik, lebih baik dari segala-gala kitab yang telah, sedang dan akan dihasilkan oleh manusia (atau jin). Ianya sebuah kitab yang lengkap lagi sempurna, ianya menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci. Lihatlah awal-awal lagi, di dalam bab kaedah menafsir dan memahami ayat-ayat Al-Quran itu sendiri telah dijelaskan akan kepentingan dan keperluan berfikir diluar kotak.

Tuan-tuan dan puan-puan lihat dan kaji sendiri dengan akal fikiran, adakah hasil kajian saya ini satu retorik? Adakah saya cuba putar-belit atau bertakwil atau reka-reka cerita untuk memperelokkan atau memperindahkan Al-Quran? Sudah pasti ianya bukan retorik, tetapi semuanya adalah dari ayat-ayat Al-Quran yang jelas lagi terang.

Hanya dengan berfikir di luar kotak, berfikir secara yang disuruh oleh Allah SWT iaitu menggunakan metod tafsir Al-Quran bil-Quran (metod QbQ)  sahaja kita akan dapat faham dan melihat sendiri kehebatan Al-Quran, kita akan dapat saksikan dengan mata dan fikiran kita sendiri keluasan dan kedalaman ilmu di dalam Al-Quran, dan kita akan kagum dengan kehebatan dan kebesaran Allah SWT membikin sebuah buku (Al-Quran) yang memadatkan lebih dari 10 lautan-dakwat ilmu ke dalam hanya 6,236 ayat sahaja! Masyaallah, Masyaallah, Masyaallah!


Wallahu a'lam.




Sunday, November 1, 2015

Al-Quran Menjelaskan Prinsip Ketidak-tentuan Heisenberg

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst.    email: akhalidyong@gmail.com


Tuan-puan sidang pembaca yang dimuliakan,

Syukur kehadrat Allah SWT kerana di atas rahmah dan hidayahNya kita semua dapat bertemu lagi di dalam siri kajian Al-Quran dan ICT (information and communication technology). Semoga kita semua berada dijalan yang lurus, dan diredaiNya.


Apa yang tuan-puan baca dihadapan ini adalah satu hasil kajian terkini iaitu bagaimana menjana ilmu dari kitab suci Al-Quran dengan mengguna metod tafsir QbQ (Al-Quran bil-Quran) dari perspektif ICT. Insyaallah sekiranya kita semua berganding bahu, bekerjasama, dan saling bantu-membantu metod QbQ ini akan menjadi sumber rujukan penting terutama kepada para pangkaji dan penyelidik baik dalam bidang agama, falsafah, sains, ICT, perubatan, saikologi, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, dan sebagainya. Allah SWT telah berjanji bahwa kitab Al-Quran menjelaskan segala perkara dengan lengkap, sempurna, mendalam, dan terperinci.

10 tahun dahulu saya amat sangsi dengan janji-janji Allah ini, tapi apabila saya mula mengkaji ayat-ayat Al-Quran dari kacamata ICT atau komputer (ilmu dan pengalaman saya), saya dapati bahwa kitab al-Quran adalah jauh lebih baik dari super-super computer, dan saya melihat dengan mata sendiri kehebatan Al-Quran menjelaskan ilmu ICT yang terkini seperti artificial intelligence (kepintaran buatan), komunikasi tanpa wayar, rekersif, functional programming, lambda calculus, dan category theory yang amat mencabar lagi abstrak ini, dan menjelaskan pelbagai fenomena sains yang hebat seperti string theory, E=MC2, wave-particle duality, black holes and singularity, dan uncertainty principle maka pada hari ini saya amat yakin bahawa kitab Al-Quran memang benar-benar menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci.

Insyaallah pada kali ini kita akan melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan satu ilmu ghaib iaitu ilmu kuantum fiziks "the principle of quantum uncertainty" yang telah dibuat oleh pakar fizik Jerman Werner Heisenberg pada tahun 1927. Ini adalah satu contoh baik yang akan cuba dijelaskan bagaimana kita dapat mengeluarkan makna dan maksud ayat apabila dikaji secara mutasyabihat dan juga muhkamat dan kemudian membantu kita menjana ilmu-ilmu hebat.


Sedikit Ulangkaji

Pada beberapa siri yang lepas kita melihat sepintas lalu bagaimana untuk mengkaji ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan metod tafsir QbQ (Al-Quran bil-Quran) iaitu satu penambah-baikkan yang besar, drastik, dan menyeluruh dalam bidang memahami dan menafsir ayat-ayat Al-Quran iaitu melihat dari perspektif ICT. Perubahan yang besar ialah pada struktur iaitu makna dan konsep "muhkamat", "mutasyabihat", dan "ma-tasyabaha-minhu" iaitu asas utama penyusunan ayat-ayat Al-Quran. Di sepanjang 20 tahun pengalaman ICT, saya sudah mengkaji pelbagai struktur teks dan lapisan sistem, oleh itu walaupun saya tidak ada kelulusan dalam bidang agama tetapi saya yakin apa yang saya kaji ini adalah benar dan selari dengan kahendak Al-Quran sebab ianya adalah berlandaskan nas tertinggi iaitu ayat-ayat Al-Quran.

Saya tahu ramai para ulama yang fasih dalam banyak bahasa seperti bahasa Arab, Inggeris, Melayu, Indonesia, Jerman, Perancis, Rusia, Mandarin, dan sebagainya tetapi saya fikir tidak ramai yang arif bahasa computer seperti Assembler, C, Basic, COBOL, Pascal, Fortran, C++, Java, Lisp, dan sebagainya, dan saya juga fikir mereka tidak terdedah kepada arkitek sistem komputer, kepandaian buatan, komunikasi tanpa wayar, knowledge base, dan sebagainya. Setelah lebih 8 tahun mengkaji Al-Quran saya dapati amat perlu bagi setiap penafsir memahami kedua-dua jenis bahasa ini iaitu bahasa manusia dan bahasa komputer sebab Allah SWT menjelaskan di dalam surah Yasin ayat 36:69 bahawa Al-Quran bukanlah kitab syair (sastera). Oleh kerana Al-Quran bukan kitab sastera, maka mereka haruslah berfikir semula dan betulkan persepsi tentang isi kandungan Al-Quran ini.



Oleh yang demikian apalah salahnya sekiranya para ulama, terutama para mufti dan pensyarah, khasnya yang pakar dalam bidang Al-Quran dan Al-Hadith untuk sama-sama melihat dan mengkaji apa yang sedang diusahakan ini agar kita semua dapat menunaikan suruhan Allah SWT iaitu mengkaji ayat-ayat Al-Quran, menjana ilmu dan teknologi, dan menjadikan umat Islam sebagai umat terbaik di dunia, dan bukannya umat terburuk yang menjadi pengguna tegar kepada ilmu dan teknologi Barat, yang mendokong dan melariskan lagi ekonomi kapitalis, dan yang paling malang lagi disebabkan kejahilan maka umat dan ulama Islam suka melabel-label, bermusuhan, dan berbunuhan sesama sendiri. Ingat orang-orang Islam mestilah menukar budaya hidup mereka iaitu dari "belajar sepanjang hayat" kepada "mengkaji dan berfikir sepanjang hayat". Allah SWT mengatakan manusia yang tidak berfikir adalah seburuk-buruk dan sejahat-jahat makhluk, dan ke atas mereka akan dijadikan najis kotoran!


 وَيَجۡعَلُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَعۡقِلُونَ
Dan Dia (Allah) menjadikan kotoran (najis) ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akal fikiran mereka.  (Yunus 10:100)



إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلصُّمُّ ٱلۡبُكۡمُ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡقِلُونَ 
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak (tidak mahu mendengar) dan bisu (tidak mahu berbincang), iaitu orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal fikiran mereka. (Al-Anfal 8:22) 


قَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ 
Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu sentiasa mendengar dan sentiasa berfikir tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (Al-Mulk 67:10) 

Terdapat banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh manusia menggunakan akal fikiran sepenuhnya dan memberi amaran keras akan mengazabkan mereka ke dalam neraka jahanam sekiranya mereka tidak mahu berfikir, tidak mahu menggunakan minda dan akan fikiran. Oleh yang demikian sekiranya umat Islam mahu memulihkan semula imej agama Islam, maka tidak ada jalan lain selain dari mengikut suruhan Allah SWT ini iaitu menggunakan otak dan akal-fikiran.


Al-Quran (6,236 ayat) = Muhkamat (6,236 ayat) + Mutasyabihat (6,236 ayat)

Maafkan saya sebab suka mengulang-ngulang banyak kali. Ini adalah amat-amat penting dan sekiranya tuan-puan tidak faham maka akan gagal menjana ilmu dari Al-Quran. Struktur utama ayat-ayat Al-Quran ialah konsep "muhkamat" dan "mutasyabihat" iaitu seluruh 6,236 ayat Al-Quran adalah ayat Muhkmat, dan seluruh 6,236 ayat adalah juga ayat Mutasyabihat. Bagi sesiapa yang serius mahu mengkaji ayat-ayat Al-Quran mestilah faham dua konsep ini dengan baik, dan mestilah mengikut apa yang dijelaskan di dalam metod QbQ (dan mesti bezakan dengan apa yang terdapat dalam kitab-kitab ulumul quran). Ayat-ayat mutasyabihat ialah ayat-ayat "hudan" iaitu ayat-ayat petunjuk atau guidance yang dalam bentuk metafora (amthal) untuk membolehkan kita membuat pencarian, membuat pengembangan ilmu, dan juga "melihat" ilmu-ilmu yang abstrak. Sementara ayat-ayat muhkamat ialah ayat-ayat "hukum" atau "rules based" yang membolehkan kita mencari penjelasan yang mendalam, yang tepat dan terperinci.

Apabila membuat kajian Al-Quran kita mestilah sentiasa merujuk dan berbincang dengan para ulama, terutama yang pakar bahasa Arab, Al-Quran dan Al-Hadith. Sepanjang 8 tahun bergaul dan berbincang dengan para ulama hampir kesemuanya menyatakan bahwa tidak ada hadith-hadith yang menjelaskan ilmu-ilmu canggih seperti ilmu ICT atau komputer. Oleh yang demikian saya tidak menggunakan hadith dalam metod QbQ. Namun sekiranya ada pakar-pakar hadith yang merasakan sebalik, saya sangatlah berharap mereka dapat memberitahu saya untuk membetulkan maklumat yang diterima ini.

Para ulama juga mengatakan kitab Al-Quran tidak menjelaskan cara-cara beribadah seperti solat, zakat, puasa, haji, dan sebagainya, maka apabila saya melakukan ibadah maka saya merujuk kepada para ulama (yang merujuk kepada hadith-hadith), dan wajib kita beriman dan kembali kepada ilmu hadith sekiranya kita mahu tahu atau melakukan apa-apa jua jenis ibadah. Inilah yang saya faham kedudukan Al-Quran dan Al-Hadith. Saya harap perselisihan pendapat tentang kedudukan hadith dan Al-Quran ini tidak lagi menjadi satu isu.

Oleh yang demikian sesiapa yang hendak menggunakkan metod QbQ iaitu untuk mencari ilmu-ilmu terkini yang hebat dan canggih mereka haruslah menggunakan 100% ayat-ayat Al-Quran dalam bahasa Arab (bukan dari kitab-kitab terjemahan) dan tidak boleh mengaitkan dengan hadith-hadith sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama. Sekiranya mereka mahu menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk peribadatan maka wajib mereka merujuk kepada hadith-hadith terlebih dahulu sebab hadith-hadith adalah penjelas kepada Al-Quran, tanpa hadith Al-Quran tidak akan dapat difahami seperti yang dijelaskan oleh para ulama.


Bagaimana Menggunakan "Amthal" (Metafora)

Di bawah ini diimbas kembali perbincangan kita pada siri lepas iaitu yang akan disambung pada siri ini. Ayat-ayat Az-Zumar 39:27-29 adalah menjelaskan tentang cara-cara menggunakan "amthal" (metafora) iaitu ayat-ayat yang hendak difahami secara "amthal" atau metafora atau "contoh perbandingan.



Pada ayat 39:27 kita disuruh berfikir iaitu membuat ingatan dan bayangan tentang "amthal" atau contoh perbandingan. Lihat perkataan "mathal" digandingkan dengan "yatazakkarun" iaitu wazan ke-5 yang mana ada membawa makna yang tersirat iaitu melakukan secara bersungguh-sungguh atau membuta-tuli atau secara "brain washing". Kita ambil contoh perkataan lain yang menggunakan wazan ke-5 misalnya "tahakkama" yang berasal dari perkataan "hakama/yahkumu" yang bererti memerintah atau menguasai atau menghukum (to order, to command, to rule), maka "tahakkama" akan memberi makna memerintah dengan sesuka hati atau secara peraturan sendiri iaitu diktator.

Sementara pada ayat seterusnya iaitu 39:28 kita dijelaskan bahwa kitab Al-Quran menggunakan bahasa Arab yang jelas, yang lengkap, tersusun, sistematik, dan bukannya bahasa yang berterabur, tidak berkaedah, bengkang-bengkok atau yang berbelit-belit. Oleh kerana bahasa Arab itu mengandungi hukum-hakamnya (grammar) yang jelas, tersusun, dan sistematik maka kita disuruh "bertaqwa" iaitu agar patuh kepada bahasa Arab dan tidak menggunakan bahasa-bahasa lain (kitab Al-Quran terjemahan) untuk memahami dan menjana ilmu dari Al-Quran.


Contoh Dalam Contoh

Saya sudah mengkaji lebih dari 10 buku tafsir dan terjemahan dan saya dapati tidak ada pun penafsir yang menafsir atau menjelaskan bahwa ayat 39:29 ini merupakan "contoh dalam contoh" iaitu metafora atau contoh perbandingan untuk ayat 39:27-28. Metafora (amthal) adalah satu bab yang amat penting dalam ilmu bahasa dan tafsir Al-Quran namun tidak ramai para ulama yang memberi fokus atau mengembangkan ilmu ini, sedangkan para penyelidik terutama pakar-pakar bahasa dari Barat terus mengkaji, mendalami, dan mengembangkan konsep dan aplikasi "metafora" ini.

Ayat Az-Zumar 39:29 adalah "mithal" (satu contoh) kepada pelbagai "amthal" di dalam 6,236 ayat-ayat Al-Quran iaitu bagaimana menggunakan atau mengaplikasikan "amthal" (metafora) apabila kita mengkaji ayat-ayat Al-Quran secara mutasyabihat. Inilah kehebatan kitab Al-Quran iaitu ianya menjelaskan secara mendalam dan terperinci setiap konsep dan proses penting sehinggakan bagaimana untuk menggunakan "amthal" (metafora) juga dijelaskan dengan lengkap dan sempurna. Sekiranya kita mahu lebih teknikal, ilmu amthal ini adalah berkait-rapat dengan "analysis" dan "synthesis", dan terdapat pelbagai terminology seperti "tenor", "vehicle", dan sebagainya. Bagi orang-orang komputer membuat "analysis" dan "synthesis" ini merupakan kerja rutin seharian mereka, namun saya percaya ianya tidaklah ditekankan sangat dalam pembelajaran agama terutama penafsiran hadith dan Al-Quran sebab mereka lebih gemar melihat dari segi sastera.

Kepada para pembaca yang tidak biasa dengan istilah teknikal ini, "analysis" ialah proses yang dilakukan oleh otak kiri iaitu melihat dan mangkaji makna (attributes dan functions) secara "botton-up" dari segi bahasa dan hukum, sementara "synthesis" pula ialah menggunakan otak kanan secara "top-down" untuk "melihat" atau mencari makna secara holistik iaitu dari segi konteks dan perhubungan (relationship), atau pandangan atas (helicopter view). Kepada pembaca yang sudah jauh kehadapan (advanced) mereka bolehlah membuat "analysis" kepada lambda calculus seperti functions, substitutions dan bindings, dan membuat "syntehsis" kepada set dan category theory iaitu melihat bilangan gelung (strings), bentuk, formasi, putaran, sudut, saiz, kelajuan, dan sebagainya iaitu "energy morphism" (dzilla).

"Tenor" pula adalah merujuk kepada benda yang kita mahu kaji, kadang-kadang tidak disebut di dalam ayat misalnya ayat 39:29 tidak menyebut pun "tenor" iaitu ayat-ayat 39:27-28. Sementara "vehicle" pula adalah benda yang kita buat gambaran atau imej misalnya "rajul" (hamba atau pekerja), "pemilik" (atau bos), dan sebagainya. (Saya mengguna-pakai hasil kajian Barat sebab saya tidak jumpa dari mana-mana buku ulumul quran). Saya berharap para ulama akan melihat dan menelitinya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan atau label.

Di dalam ayat 39:29 ini Allah SWT memberi satu "mithal" yang amat mudah dan jelas iaitu tentang seorang hamba, atau budak atau pada zaman sekarang ini kita panggil "pekerja" dan diberi contoh dalam dua situasi; dimiliki secara bersyarikat (berkongsi, ada ramai bos yang sentiasa bergaduh), sementara yang seorang lagi dimiliki penuh oleh seorang majikan (satu bos saja). Ayat 39:29 ini adalah penjelas kepada ayat-ayat 39:27-28 (yang kita panggil "tenor"). Di dalm ayat 39:29 terdapat beberapa "tenor" seperti "pekerja", "majikan", "soalan/pertanyaan", dan sebagainya.

Dari contoh perbandingan (mithal) ini pelbagai gambaran yang dapat dibuat dalam kepala kita misal pekerja yang ada ramai bos mestilah keadaannya teruk dan tidak terjaga, atau langsung tidak ada kerja sebab bos-bos sentiasa bergaduh, atau pekerja ini langsung tidak mendapat upah, atau dia mendapat upah yang banyak (sebab ada ramai bos), dan sebagainya. Begitu juga dengan pekerja yang satu lagi sebab dia hanya ada seorang bos saja maka hidupnya lebih tenang dan terurus, atau mungkin upahnya sedikit sebab hanya bertugas untuk satu bos saja, dan sebagainya.

Pada tengah ayat 39:29 Allah bertanya "hal yastawiyaani mathalan?" (adakah sama kedua-dua situasi pekerja dalam contoh-perbandingan ini?). Adakah pertanyaan ini sebahgian dari "mithal" (tenor) atau "amthal" (vehicle)? Maksudnya adakah Allah suruh kita terus membuat kesimpulan tentang keadaan kedua-dua pekerja (seperti yang terdapat dalam kebanyakkan tafsiran), atau melihat semula kepada situasi pekerja dan memikirkannya beberapa kali (rekersif), atau iaitu sudah terkeluar dari "mithal" dan menjadi sebahgian kepada "amthal" pula? Dan lihat pula kepada penghujung ayat "Alhamdulillah, bal aktharuhum la ya'lamun". Kenapa diucap "Alhamdulillah"? Kenapa dikatakan ramai orang yang tidak mengetahui?

Adakah "alhamdulillah" itu sebagai jawab kepada "hal yastawiyaani mathalan" atau berterima kasih kerana "aktharuhum la ya'lamun" (ramai yang tidak faham dan tidak mengetahui mithal ini)? Sekiranya kita mengkaji kitab-kitab tafsir dan terjemahan kita akan dapati seolah-olah semua penafsir sudah tahu dan bukannya tidak tahu (la ya'lamun).


Contoh: Prinsip Ketidak-tentuan

Kita tinggalkan seketika tentang perbahasan ayat 39:29 untuk melihat kepada contoh sebab dengan melihat kepada beberapa contoh mungkin ialah lebih mudah dan jelas sebab tuan-puan para pembaca boleh melihat ilustrasi dari contoh, dan boleh cuba mempraktikannya dan melihat sendiri kesan atau kebenaran konsep "amthal" yang dijelaskan di dalal Al-Quran ini. Kita ambil beberapa contoh dari beberapa ilmu yang hebat yang dikaji oleh para saintis Barat misalnya prinsip ketidak-tentuan kewujudan elektron (uncertainty principles) dan juga sifat duaan elektron (duality principles of the electron).


Saya percaya hanya dengan sedikit usaha sahaja tuan-puan sendiri sudah dapat melihat hasilnya. Cuba lihat sendiri, adakah saya putar-belit atau manipulasikan ayat-ayat Al-Quran untuk membenarkan sains? Atau memang Al-Quran itu sendiri yang sudah mendahului sains?

Seperti biasa saya tidak akan menjelaskan tentang prinsip ketidak-tentuan elektron (uncertainty principle) dan juga sifat keduaan gelombang-partikel elektron (wave-particle duality of electron and photon) sebab sudah terdapat banyak penjelasan yang baik di dalam internet.Untuk mengkaji dan melihat bagaimana "gelombang menjadi partikel, dan sebaliknya" mari kita merujuk kepada ayat An-Nahl 16:48 dan untuk melihat ketidak-tentuan elektron iaitu "uncertainty principles" mari kita kaji ayat-ayat An-Namla 27:87-88 (lihat ayat di bawah ini).



Ahli sains fiziks telah mengkaji tentang quantum fiziks iaitu ilmu tentang kewujudan di tahap yang amat kecil, amat halus sehingga tidak nampak oleh mata kasar manusia sekalipun menggunakan elektron mikrsokop. Oleh itu ilmu-ilmu ini dikaji dan dijelaskan secara matematik iaitu secara abstrak atau dalam bahasa Al-Quran disebut "ghaib". Ilmu-ilmu ghaib ini disampikan, diajar dan dijelaskan dengan menggunakan "amthal" atau contoh perbandingan (metafora).


Buat Ujikaji Videocam Sendiri

Cuba baca dan kaji ayat 27:87-88 ini, elok sekiranya tuan-puan hafal ayat-ayat ini dan baca semasa solat tahajjud. Cuba fikir dan cari makna dan maksud ayat ini secara "mutasyabihat" iaitu secara "amthal" (metafora), dan kemudian kaji pula secara "muhkamat" iaitu dari segi bahasa Arab dan hukum nahu (rules based). Di dalam ayat 27:87 ini Allah menjelaskan semua makhluk akan kembali kepadaNya dalam keadaan "daakhirun" iaitu dalam bentuk "tenaga bayang-bayang" atau "shadow energies" atau apa yang dipanggil dalam quantum fiziks sebagai "dark energy".

Pada ayat 27:88 Allah menggunakan konsep amthal (metafora) iaitu memberitahu manusia supaya melihat gunung (gunung adalah imej bayangan, atau "vehicle" dalam ilmu metafora) yang disangkanya tegap dan tetap padahal ianya sebenarnya adalah seperti awan-awan yang bergerak begitu laju dan pantas (awan-awan ini adalah "vehicle" ke dua). Lihat dan fikir metafora (contoh perbandingan) yang digunakan untuk menjelaskan satu ilmu yang amat kompleks dan abstrak iaitu "daakhirun" (strings of shadow energies) yang berada dalam keadaan quantum atau keadaan ghaib (ayat 27:87). Allah SWT menjelaskan tentang bagaimana jasad manusia atau lain-lain makhluk yang sudah hancur-lebur menjadi tanah, debu, dan atom, yang sudah tidak ada apa-apa fizikal pun lagi yang tinggal itu akan kembali bertemuNya di alam akhirat nanti (iaitu sesudah tiupan sangkakala).

Al-Quran menyuruh kita melihat ayat-ayat ini secara mutasyabihat, secara amthal, secara contoh perbandingan. Sekiranya kita melihat kepada awan di langit maka kita lihat ianya juga seperti kaku dan tidak bergerak, selepas beberapa jam nampaknya macam berada ditempat yang sama. Tetapi Allah SWT menyuruh kita melihat kepada awan itu seperti ianya bergerak tersangat pantas (nahu almaf'ulul mutlaq). Cuba kita buat ujikaji misalnya mengambil gambar atau video klip awan pada satu sudut langit yang sama untuk masa 1 bulan. Kemudian kita mainkan video ini dalam kadar amat-laju misalnya 2000-3000x ganda lebih laju dari kadar biasa (iaitu melihat video yang berdurasi 1 bulan hanya dalam masa 1-2 minit sahaja), dan lihat bagaimana kita nampak awan-awan tersebut. (Sekiranya tuan-puan tinggal di pantai timur semananjung Malaysia mungkin agak sukar untuk membuat kajian dimusim tengkujuh ini sebab langit akan sentiasa diselubungi oleh awan!)

Sekiranya video klip itu di ambil dalam keadaan cuaca biasa, dan apabila dimainkan pada kadar yang sangat deras maka kita akan melihat satu gambaran baru di mana awan-awan itu kelihatan seperti tenggelam dan timbul silih berganti, tidak menentu kedudukannya sekejap ada dan sekejap tiada, sekejap muncul di sebelah kiri dan sekejap pula muncul disebelah kanan, kemudian kelihatan muncul di atas tiba-tiba hilang dan muncul pula dari bawah, dan sebagainya. Maksudnya kemunculan awan-awan itu tidak dapat dipastikan dengan tepat. "Ketidak-tentuan" awan inilah gambaran yang sebenarnya yang dilihat oleh pakar-pakar sains fiziks apabila mereka cuba mengkaji kedudukan dan keberadaan elektron!

Oleh itu apa yang kaji dan ditemui oleh pakar-pakar sains fizik yang sebenarnya telah dijelaskan di dalam Al-Quran sejak 1,400 tahun lagi. Masyaallah, masyaallah, masyaallah hebatnya kitab Al-Quran dan Maha berkuasa lagi berilmunya Allah SWT!



Saya mengambil beberapa keratan gambar langit yang berawan dari internet sebagai ilustrasi dan "uji-kaji" minda (thought experiment). Mudah-mudahan para pembaca dan pengkaji dapat melihat sedikit gambaran.


Kenapa Ilmu-ilmu Hebat ini Tidak Nampak?

Cuba fikir dan kaji betul-betul ayat-ayat di atas. Adakah saya memanipulasikan perkataan-perkataan iaitu ayat-ayat Al-Quran? Adakah saya mengambil makna secara takwil, atau secara sipi-sipi? Bagaimanakah saya boleh mengeluarkan makna dan ilmu yang hebat dari Al-Quran? Adakah saya menggunakan hawa nafsu dan ikut suka hati saya? Atau saya menggunakan kaedah yang telah dijelaskan dan ditentukan oleh Al-Quran?

Kenapa hanya dengan menukar kefahaman kita terhadap konsep muhkamat dan mutasyabihat tiba-tiba pelbagai ayat-ayat Al-Quran yang sama dapat memberi gambaran yang berbeza? Dulunya kita tidak nampak pun Al-Quran menjelaskan ilmu-ilmu quantum fiziks, tapi kini dengan mudah kita dapat lihat dan faham ilmu yang amat hebat lagi abstrak ini dijelaskan dengan begitu rengkas dan mudah.

Inilah konsep dan maksud sebenar ayat-ayat mutasyabihat atau ayat-ayat petunjuk (hudan) iaitu melihat secara amthal atau contoh-perbandingan atau metafora.


Wave-Particle Duality

Ayat di bawah ini iaitu An-Nahl 16:48 menjelaskan tentang bagaimana Allah menjadikan segala sesuatu iaitu dari "dzila" atau "shadow energies" yang terbang atau bergerak dari kanan ke kiri-kiri-kiri ... ayat ini pernah saya kupas pada beberapa siri yang lepas-lepas.




Ayat ini mestilah dikaji melalui bahasa Arab yang asal dan bukannya menggunakan bahasa
terjemahan sebab semasa ayat-ayat ini ditafsir dulu-dulu mereka tidak faham ilmu sains terutama tentang quantum mekanik. Saya tidak kata tafsiran yang mereka buat itu adalah salah, saya bersetuju dan mengakui tafsiran mereka juga adalah betul dan terbaik untuk zaman mereka yang mana ilmu abstrak (ghaib) seperti quantum fiziks tidak dikaji secara mendalam dan sistematik.

Cuba fikir dan kaji pertalian ayat-ayat misalnya permulaan ayat 16:48 "awalam yarau ila ..." dengan permulaan ayat 27:88 "wataral jibaal ...", dan kaji pula penghujung ayat 16:48 " ... wahom daakhirun" dengan penghujung ayat 27:87 ".... wakullun atauhu daakhirin", fungsikan dan rekersifkan dengan perkataan "yatafayya-uu" (pertengahan ayat 16:48), dan perkataan "tamurru marra sahhab" (pertengahan ayat 27:88). Kepada mereka yang sudah sampai ke tahap tinggi iaitu advance level mungkin mereka boleh membina satu formula atau fungsi matematik yang lebih tinggi iaitu lambda calculus yang boleh dipetakan ke atas set dan kategori teori untuk membina satu format morphism sebagai kajian fikiran (thought experiment) untuk menjana dan membina konsep dan hakikat konsiusnes iaitu hakikat realiti yang sebenar-benarnya.

Cuba aplikasikan ayat-ayat di atas secara mutasyabihat dan juga secara muhkamat. Kepada ahli-ahli falsafah terutama yang pro kepada "analytic philosophy" mereka mungkin akan yakin dan percaya bahawa kitab Al-Quran mampu menjadi sumber baru ilmu untuk digunakan dalam "thought experiment" untuk memahami ilmu-ilmu quantum yang bersifat ghaib yang tidak dapat dicerap oleh deria dan kemampuan akal manusia.

Sekiranya umat Islam mahu kembali semula ke persada ilmu dan bersaing serta mengatasi pakar-pakar falsafah dan sains Barat maka mereka tidak ada pilihan lain selain dari kembali semula kepada kitab Al-Quran dengan menggunakan metod tafsir Al-Quran bil-Quran (metod QbQ).


Bersambung ... insyaallah.

Wallahu a'lam.