Followers

Thursday, March 31, 2016

Al-Quran Explains Double Slit Experiment Paradox

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst      email: akhalidyong@gmail.com




Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bersua lagi di alam maya ini. Terima kaseh kepada para pembaca dan pengkaji kitab Al-Quran dan juga kitab Al-Hadith yang sentiasa mengikuti perkembangan blog "Kajian Al-Quran dan ICT" ini. Semoga kita semua akan sentiasa istiqamah dalam mengkaji ayat-ayat Al-Quran untuk menjana ilmu-ilmu yang hebat, menjana teknologi hebat yang dapat menyelamatkan umat manusia dari kemusnahan teknologi barat yang memusnahkan alam ini, dan seterusnya membina ekonomi Islam dan memakmurkan seluruh penduduk alam ini. 

Gambarajah di atas adalah sepintas lalu sejarah perkembangan dan persimpangan ilmu sehingga ke hari ini. Sejarah kemanusian bermula sejak Nabi Adam dijadikan olih Allah SWT kira-kira 50,000 tahun yang lampau. Kewujudan manusia berlaku 50,000 tahun yang lalu sebab terdapat pakar-pakar bahasa dan juga kognitif yang mengkaji misalnya Noam Chomsky yang mengatakan manusia pandai berbahasa secara tiba-tiba iaitu secara revolusi dan bukannya evolusi sejak 50,000 ribu yang lampau.

Oleh kerana kita sekarang sedang mengkaji ayat-ayat Al-Quran, iaitu ilmu yang disampaikan melalui text bahasa yang berhukum maka pemikiran Prof. Noam Chomsky perlu dikaji sebab beliau mendalami ilmu bahasa dari segi sejarah, otak (biologi), mental (saikologi), dan nahu (grammar) bahasa yang menyeluruh iaitu bahasa manusia dan bahasa komputer. Marilah kita doakan agar Prof. Chomsky mendapat hidayah kepada Islam dan akan mengkaji Al-Quran terutama dari segi hukum (grammar) bahasa Arab yang amat hebat, canggih, dan terkehadapan. 

Dalam gambarajah di atas dimulakan dengan Plato dan Aristotle. Saya mahu mulakan dengan Nabi Adam a.s. tetapi diagram menjadi terlalu besar dan mengelirukan, tambahan pula nanti disalah tafsir pula bila kita cuba masukkan gambar atau konsep Nabi-nabi dalam bentuk diagram atau gambar. Pada pendapat saya kebanyakan ilmu yang disampaikan oleh Socrates, Plato, dan Aristotle adalah "recycle knowledge" dari kitab-kitab terdahulu seperti Taurah dan Zabur. Selama 50,000 tahun ilmu tidak berkembang, tetapi dalam masa 1,000 tahun terakhir ini ilmu berkembang dengan pesatnya apabila ilmuwan Islam seperti Al-Khwarizmi, Al-Kindi, Ibnu Sina, Al-Farabi, Ibn Rushd dan lain-lain mengembangkan dan menambah-baik falsafah Greek ini, dan membuka jalan kepada sumber ilmu yang amat luas di dalam Al-Quran.



Kembali Kepada Ayat 49:11 "Jangan Melabel-label", Ayat 57:21 "Bermaaf-maafan"

Para ilmuwan Barat terus mengkaji, menyambung dan menambah-baik ilmu dan teknologi ini sehingga mereka berjaya membina tamadun baru dunia, merekacipta pelbagai inovasi seperti elektrik, lampu, kereta, pesawat, komputer, internet, hanfon, dan sebagainya. Malang sekali ramai para ulama Islam yang mengharam dan mengkafir buku-buku serta hasil-kerja ilmuan Islam ini. Para cendikiawan Barat berlumba-lumba dan bekerjasama dalam menjana ilmu-ilmu baru tetapi para ulama Islam melanggar suruhan Allah seperti ayat 49:11 yang melarang mereka bermusuhan dan melabel-label sesama sendiri, dan ayat 57:21 agar menyuruh mereka agar sentiasa berlumba-lumba memberi kemaafan dan berlebih-kurang. Mereka mempersendakan ayat-ayat Allah dengan berlumba-lumba mencari kesalahan orang lain, melabel-label dan menjatuhkan pelbagai hukuman sehingga umat Islam menjadi keliru, berpecah-belah, berseteruan, menjadi lemah dan hina sehingga sanggup membunuh sesama sendiri, menyiksa anak-anak kecil, kaum wanita, dan orang-orang tua secara kejam dan tidak berperi kemanusian.

Namun begitu kita semua masih belum terlambat dan masih boleh kembali kepangkal jalan iaitu kembali kepada Kitab Suci Al-Quranul Karim. Para ulama yang pro-hadith mesti teruskan kajian hadith dan menjana sebanyak ilmu yang termampu, sementara yang pro Al-Quran pula melakukan benda yang sama iaitu terus mengkaji Al-Quran dan menjana ilmu-ilmu baru. Walaupun terdapat beberapa hadith yang tidak kompatibel dengan ayat-ayat Al-Quran misalnya tentang struktur ayat Al-Quran seperti konsep Al-Quran, konsep ayat muhkamat, mutasyabihat, dan maa-tasyabaha-minhu, konsep penggunaan akal, konsep ilmu mantik, konsep sebab-akibat (causality), sifat-sifat Allah dan sebagainya namun selagi ianya adalah nas Al-Quran yang difahami secara jelas dari segi istilah dan nahu bahasa Arab, dan bukannya retorik putar-belit, maka wajib kita semua berpegang kepada Al-Quran.

Misal contoh Allah SWT mengatakan kitab Al-Quran adalah lengkap dan sempurna (6:115), menjelaskan segala perkara (16:48, 16:89, 6:65, 10:37), menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci (6:98, 17:12, 86:13-14, 11:1, 12:111), menjelaskan secara ghaib iaitu ilmu hukum (3:7, 11:1, 6:65, 6:59), begitu juga tentang status kitab Al-Quran samada makhluq atau tuhan yang mana Allah menjelaskan Al-Quran itu benda yang dijadikan (43:3), Al-Quran itu benda baru yang boleh ditetapkan apa-apa saja bahasa (41:44), Al-Quran itu boleh dibawa naik dan turun melalui malaikat (adakah tuhan memerlukan kenderaan?), Al-Quran itu bertempat di Luh Mahfuz, dan sebagainya. Saya bukannya berfahaman muktazilah sebab saya yakin dan percaya alam ini adalah benda baharu dan tidak qadim, dan saya juga yakin bahawa Allah menjadikan alam ini lengkap dan sempurna dengan hukum dan peraturan "fitratullah" seperti yang dijelaskan di dalam ayat 30:30, 32:62, 35:43, 48:23, dan sebagainya di mana Allah berjanji Dia sekali-kali tidak akan merubah atau menukar segala hukum dan peraturan ini. 

Oleh kerana adanya "fitratullah" atau "sunatullah" iaitu hukum dan peraturan Allah yang dipanggil "law of universe" atau "law of nature" ini maka hukum sebab-musabab atau "causality" yang dibuat oleh Aristotle boleh diguna-pakai, selari, dan tidak bercanggah dengan ayat-ayat Al-Quran. Oleh kerana adanya "law of nature" ini maka alam ini boleh dikaji dan diperhatikan, dan menjadi selari dengan apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Begitu juga dengan logic silogisma yang dibuat oleh Aristotle adalah selari dengan struktur ayat-ayat Al-Quran seperti ayat 3:7, 11:1, 39:23, dan lain-lain seperti yang saya jelaskan sebelum ini.


Ulasan Buku

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri saya program ulasan buku dan sempat bertanya beberapa soalan dan juga berpeluang berbincang dengan pakar ilmuan negara iaitu Prof. Emiratus Dr. Shahrir Zain. Orangnya amat baik, tidak sombong, merendah-diri, simple, dan yang penting orangnya amat berilmu dan luas pengalaman. Pendekatan kajian saya ialah lebih mirip kepada proses Bucailisma atau dalam terminologi ilmu dipanggil "abductive" sebab ilmu-ilmu sudah begitu mudah dicapai di dalam internet maka mudah untuk kita membuat rujukan dan inferens. 

Namun kaedah begini (menggunakan penemuan sains dan pemikiran Barat, dan memadankan dengan ayat-ayat Al-Quran) mungkin agak sensitif dan tidak disenangi oleh Prof Emeritus Shahrir Zain dan Dr. Alinor sebab mereka berpendapat ilmu yang dihasilkan secara sains adalah "tanpa nilai (etika)" maka proses dan konsep Bucaillisma ini adalah salah. Malah ada juga sesetengah ulama agama yang sealiran dengan pendapat mereka terutama yang beracuan Ibn Taimiyah yang berpegang kepada konsep "tidak akan pandai sekiranya tidak tahu ilmu logik dan tidak bermanafaat apa-apa pun kepada orang-orang yang bodoh". Kita raikan kepelbagaian pendapat, yang penting ialah kita sama-sama berjuang menjana ilmu dan teknologi untuk membina semula umat dan ulamak Islam yang sudah jauh meninggalkan ilmu yang sebenar (ilmu dari Al-Quran).




Tambahan lagi, dengan memahami ilmu-ilmu Chomsky (dan lain-lain falsafah Barat) akan memudahkan kita faham dan membezakan antara beberapa proses penting yang mutakhir misalnya "Quranization of Knowledge" (yang sedang kita usahakan sekarang), "Islamization of Knowledge" (yang telah dijaguhi oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas dan juga Prof. Ismail Al-Faruqqi), proses "Bucaillisma" (memadankan penemuan sains dengan ayat-ayat Al-Quran), "The Philosophy of Science" (menerapkan nilai atau etika ke dalam ilmu sains), dan "The Science of Philosophy" (satu bidang baru ilmu yang terhasil dari Kajian Al-Quran dan ICT, iaitu lanjutan dari analytic philosophy yang diusahakan Bertrand Russell dan proses philosophy yang diusahakan oleh Whitehead). The Science of Philosophy ialah menjana ilmu sains yang sudah sarat dengan nilai, iaitu ilmu yang dikeluarkan secara penggunaan akal ke atas hukum atau nahu bahasa Arab ke atas gabungan "aayat" (ayat Qauliyah dan ayat Kauniyah).





Mengkritik Noam Chomsky

Prof Chomsky adalah seorang yang hebat dan sangat luas serta mendalam ilmunya. Saya tidak mengkaji keseluruhan pemikiran Chomsky misalnya dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial, tetapi lebih tertumpu dibidang kognitif dan bahasa terutama teori "innateness of language" dan juga "universal generative grammar". Memahami teori UG atau generative grammar ini seperti "general grammar", "context free", "context sensitive grammar", dan "recursive enumerable grammar" adalah sebahgian dari "silabus" metod tafsir Al-Quran bil-Quran (metod QbQ) iaitu yang akan di panggil metod tafsir Al-quran bil-Hukm iaitu berdasarkan kahendak ayat Hud 11:1, Ali-Imran 3:7, dan Ar-Ra'du 13:37-39.

Noam Chomsky membuat satu teori yang mengatakan bahawa "bahasa itu adalah sudah ada di dalam manusia sejak dilahirkan" (the innateness of language). Seperti mana yang kita semua tahu, teori ini sudah tentu bercanggah dengan ayat Al-Quran An-Nahla 16:78 yang mengatakan "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun (tidak ada apa-apa ilmu) dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur".


Prof. Dr. Noam Chomsky


Dari ayat 16:78 ini kita tahu bahwa yang membuatkan manusia "sebaik-baik makhluq" sebab adanya "akal fikiran" (af-idah), yang mana ianya tidak ada pada lain-lain makhluq. Allah SWT memerintahkan manusia menggunakan akal-fikiran dengan sepenuhnya dan jangan bertaqlid membabi-buta. Misalnya dalam 8:22 Allah SWT menjelaskan sejahat-jahat dan seburuk makhluq adalah manusia yang tidak menggunakan akal fikiran. Begitu juga dalam ayat 67:10 yang menjelaskan manusia yang tidak menggunakan akal fikiran akan dihumban ke dalam api neraka.

Oleh itu teori Chomsky "innateness of language" adalah bercanggahan dengan ayat 16:78. 



Di dalam ayat 16:78 ini Allah SWT menyebut tentang "af-idah" yang mana kita terjemahkan sebagai "hati atau akal fikiran". Di dalam kamus Arab-English Edward William Lane (boleh muat-turun dari internet) menjelaskan tentang makna dan asal-usul istilah atau perkataan "fuad atau af-idah".



Dari kamus atau lexicon ini kita dapati perkataan "af-idah" ini adalah berasal dari makna "memukul dengan pantas" atau "melibas dengan deras" atau "menembak", atau "memukul binatang yang dikejar" dan sebagainya. Perkataan ini adalah dalam bentuk "masdar" (verbal noun) yang akan memberi makna "kemampuan atau kebolehan melakukan" iaitu satu proses, dan bukannya satu jenis benda atau alat atau organ.

Perkataan akal pula adalah bermakna yang berasal dari makna seperti "mengikat" (to bind), atau "mengurung" (to confine), dan sebagainya dan ianya juga adalah satu proses iaitu perkataan masdar (verbal noun).

Sekarang kita mungkin sudah dapat membuat sedikit gambaran tentang konsep, makna, dan proses akal dan af-idah yang cuba dijelaskan di dalam Al-Quran pada ayat 16:78 dan 49 ayat yang lain (yang menyebut perkataan akal). Olih yang demikian semasa manusia dilahirkan tidak ada apa-apa ilmu iaitu tidak ada apa-apa yang diikat (binded) atau dikurung (confined), yakni "kosong" semuanya bebas melayang-layang (tidak ada apa ikatan, tidak ada apa-apa ilmu).


Plato "The immaterial universe of Form"

Saya yakin ilmu yang diajar oleh Plato adalah datangnya dari kitab-kitab langit yang terdahulu misalnya Taurah dan Zabur. Plato mengatakan apa yang kita lihat dan alami ini adalah seperti bayang-bayang iatu satu idea lembaga (Form) yang mana dia membuat satu analogi seperti orang yang tinggal dalam gua yang hanya nampak bayang-bayang. Maka bayang-bayang inilah yang disangka realiti iaitu benda kejadian yang sebenar. Mari kita kaji apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran tentang penjadian segala benda (saya sudah tulis beberapa artikel tentang ayat ini beberapa tahun lepas). Allah SWT telah menjelaskan tentang segala sesuatu (bukan saja tentang benda hidup dari air).



Untuk memahami ayat ini mungkin lebih mudah sekiranya kita ada sedikit ilmu tentang Quantum mekanik. Saya harap para pembaca akan dapat mengikut apa yang saya cuba huraikan ini. Ianya melibatkan pertalian dan percabangan ilmu agak banyak misalnya ilmu-ilmu metafizik Plato, ilmu sebab-akibat (causality) olih Aristotle, konsep "Tabula Rasa" oleh John Locke, ilmu impirikal "relational of ideas" dan "matter of facts" oleh David Hume, ilmu Bertrand Russell, dan Chomsky. Olih itu ianya amat menarik mengkaji ayat-ayat Al-Quran di zaman internet ini sebab kajian dapat dibuat dengan mudah iaitu hanya memerlukan "akal fikiran" dan sambungan internet "google". Iainya juga memudahkan saya menulis sebab saya tidaklah perlu menjelaskan panjang lebar tentang Plato, Aristotle, Kant, Chomsky dan sebagainya sebab tuan/puan boleh capai sendiri dengan menggoogle dalam internet.


Saya begitu "pro" dalam kepentingan dan pendidikan bahasa Inggeris sebab 80% ilmu atau bahan-bahan yang hendak kita cari atau kaji adalah berada dalam bahasa Inggeris (maksud saya ilmu-ilmu terkehadapan dan bukannya ilmu-ilmu seperti sirah Nabi, pantun dan puisi, hikayat Hang Tuah, dan sebagainya). Sekiranya kita tidak mahir bahasa Inggeris maka kita akan kehilangan 80% dari sumber ilmu yang begitu berharga yang amat mudah dicapai sebagai bahan kajian, rujukan dan kegunaan kita. Sudah tentu saya tidak memperlekehkan bahasa Melayu, namun kita mestilah melihat kepada realiti dan keperluan semasa. 

Berbalik kepada ilmu quantum mekanik yang diperlukan untuk memahami ayat 16:48. Lihat pada permulaan ayat "tidakkah mereka melihat" (awalam yarau ila ..) yang mana menerangkan kepada manusia bahwa bayang-bayang (dzilaa) yang dalam bentuk gelombang atau "waves" itu akan bertukar menjadi "benda" (partikel) apabila diperhatikan atau dilihat. Maksudnya semua benda adalah dalam bentuk bayang-bayang, sekiranya tidak ada yang melihat maka ianya adalah dalam bentuk "gelombang" (waves) atau "tenaga hitam" (dzilaa). Duality (waves/particle) Ini adalah sifat kejadian atau hukum alam (fitratullah) yang mana apabila dilihat maka "waves" (gelombang) akan bertukar menjadi "particle" (benda), dan sekiranya tidak dilihat maka ianya akan kekal dalam bentuk gelombang.

Sudah tentu Plato tidak akan tahu semua ini sekiranya beliau tidak mendapat ilmu dari kitab-kitab yang terdahulu! Keadaan pertukaran dari "waves" kepada "particle" ini memang sudah dibuktikan di dalam "double slit experiment".


bersambung ... insyaallah

Wallahu a'lam









2 comments:

  1. Thank you tuan.. memang tak sabar nak tunggu sambungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hasyim,

      Terima kaseh kerana sudi melayari blog kajian Al-Quran. Insyaallah pada artikel seterus kita akan sambung lagi perbincangan dalam ilmu Quantum mekanik tentang "double slit experiment" bersama-sama dengan Heisenberg uncertainty principle yg pernah kita bincang sebelum ini, dan kita akan lihat masalah "measurement of super position", "dark matters", seperti yg dijelaskan dalam ayat-ayat 27:87-88, dan 25:45-46 "matahari dicipta dan diletakkan ke atas dark energy (dzilla)". Insyaallah.

      Kita juga akan bincang ayat 2:31 "ajar segala nama-nama", dan cuba kaitkan "akal" dengan Quantum mekanik. Saya harap dapat cover topik-topik ini pada tahun 2016, insyaallah.

      Semoga lebih ramai generasi muda yang akan berminat mengkaji dan menjana ilmu dari Al-Quran.

      Barakallahu fikom. Wallahu a'lam.

      Delete