Followers

Wednesday, May 4, 2016

Quranpedia: Ulumul Quran dan The Science of Philosophy

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst      email: akhalidyong@gmail.com



Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bersua lagi di alam maya ini. Tuan/puan sekarang membaca hasil kajian Al-Quran dan ICT yang telah diusahakan sejak tahun 2007. Semua hasil kajian ini adalah asli dan pertama kali dibentangkan kepada umum dan beberapa seminar diperingkat IPTA/S. Segala kajian yang dibuat adalah berdasarkan kajian ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan kaedah ICT (information and communication technology) atau apa orang kampong panggil "komputer". 

Ini adalah satu bidang baru ilmu dan pembetulan semula terhadap konsep dan proses "Ulumul Quran" atau "The Sciences of Al-Quran" atau hakikat sebenar "The Science of Philosophy" atau dalam bahasa Melayu penjanaan ilmu dari kitab suci Al-Quranil Karim. Ilmu ulumul Quran ini telah wujud sejak zaman kegemilangan Islam apabila pakar bahasa Arab Khalil Al-Farahidi mula mengajar dan menyusun secara sistematik nahu bahasa Arab, dan ianya kemudian ditulis secara formal oleh Sibaweh di dalam "Al-Kitab". Dari nahu bahasa Arab yang tersusun ini maka lahirlah kitab-kitab tafsir seperti kitab Tafsir At-Tabari oleh Jaafar At-Tabari, Kitab Tafsir Al-Kasyaf oleh Zamarkhsari, dan kitab Tafsir Al-Kabir oleh Ar-Razi.


Kemudian kaedah tafsir mula diformalkan oleh Al-Zarkashi di dalam kitab Al-Burhan Fi-Ulumul Quran pada abad ke-14M dan di abad ke-15M Imam As-Suyuti pula telah mengeluarkanTafsir Al-Itqan Fi-ulumul Quran. Para ulama Islam telah berusaha keras untuk menjadikan kitab Al-Quran sebagai sumber utama Ilmu, tetapi agak malang terdapat segelintir ulama yang risau perkembangan pesat ilmu dari Al-Quran ini akan mengenepikan ilmu-ilmu hadith. Maka berlakulah pertembungan dan perbalahan besar di kalangan para ilmuan dan ulama Islam sehingga ada yang mengkafirkan ilmuan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd, dan lain-lain, dan sanggup membakar buku-buku hasil kajian mereka. Walaupun diketepikan oleh para ulama Islam, namun para sarjana Barat mengambil dan meneruskan ilmu-ilmu dan hasil kajian para sarjana Islam sehingga Barat telah berjaya menjana pelbagai ilmu dan teknologi hebat seperti komputer, satelit, hanfon, dan sebagainya.


Konsep Sebenar "Ulumul Quran" = The Science of Philosophy

Konsep "ulumul Quran" ini bermula sejak zaman pemerintahan Saidana Abu Bakar As-Sidiq apabila beliau telah mengumpul, menyatu, dan membukukan kitab suci Al-Quran pada abad ke-7M, dan kemudian diselaras (standardized) pada zaman Khalifah Uthman bin Affan yang disalin menjadi 6 naskah untuk dihantar ke setiap daerah pemerintahannya. Kemudian di abad ke-8M nahu bahasa Arab diselaras dan diajar oleh Khalil Al-Farahidi, ditambah-baik serta dibukukan oleh Sibaweh, dan dikembangkan oleh Al-Farabi yang memperkenalkan "Falsafah Bahasa" (The Philosophy of Language).

Kemudian ilmu Astronomi, matematik, dan logik telah perkembang dengan pesat di mana Al-Khwarizmi telah mempelupuri ilmu algebra serta memperkenalkan algorithm. Ilmu ini terus berkembang pesat dan melahirkan ramai sarjana Islam yang hebat-hebat misalnya Al-Kindi yang digelar sebagai "Bapa Falsafah Islam". Dari ilmu nahu,matematik, dan logik, sarjana Islam memperkemaskan kaedah tafsir Al-Quran dengan memperkenalkan ilmu munasabah iaitu memperluaskan konsep "fungsi" (functional) dari nahu kepada konteks dan semantik.

Peralihan dari tafsir berasaskan semantik dan nahu kepada ilmu munasabah dapat dilihat misalnya dalam tafsir At-Tabari, Tafsir Al-Kasyaf, dan Tafsir Al-Kabir kepada Tafsir terkini seperti Fi-Zilalil Quran (Syed Qutb), Tafsir Al-Misbah (Quraish Shihab), dan tafsir Pedoman Mutaqqin (JAKIM - Abd Hayei Shukor).

Usaha untuk menyatukan kaedah nahu, semantik, konteks, dan ilmu munasabah telah dibuat namun oleh kerana fungsi matematik dan logik diketepikan maka konsep dan kaedah tafsir Al-Quran bil-Quran telah menjadi sempit dan jumud sebab mereka menjadikannya sebagai metod tafsir Al-Quran bil-ayatil Quran. Padahal metod tafsir Al-Quran bil-Quran itu adalah tersangatlah luas dan mendalam.

Metod Al-Quran bil-Quran yang sebenarnya memang ada dijelaskan di dalam Al-Quran dengan mendalam dan terperinci yang menyepadukan ilmu munasabah, ilmu nahu bahasa Arab, ilmu matematik, ilmu sains, dan ilmu logik Aristotle dan inilah yang dikatakan "The Science of Philosophy". Dengan memahami ilmu komputer seperti konsep dan teknologi rekersif (tasrif), binding dan substitutions, dan lambda calclus (functional programming), insyaallah kaedah menafsir ayat-ayat Al-Quran akan menjadi bertambah jelas.

Bersambung insyaallah.

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment