Followers

Sunday, June 5, 2016

Kenapa Nabi Adam Tahu Tetapi Malaikat Tidak Tahu?

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst      email: akhalidyong@gmail.com



Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bersua lagi di alam maya ini. Semoga Tuan/puan para pembaca dan pengkaji ayat-ayat Al-Quran sentiasa berada di dalam rahmah, berkah, dan keredaan Allah SWT. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat mennyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Yang lagi penting di bulan Ramadhan ini ialah untuk kita mengkaji isikandungan kitab suci Al-Quranul Karim untuk mengembalikan umat dan ulama Islam sebagai yang terbaik "khaira ummatin" seperti yang dikahendaki pada ayat Ali-Imran 3:110. Ulama Islam akan mampu membawa semula kegemilangan Islam apabila mereka sanggup kembali semula kepada kehebatan dan kemukjizatan Kitab Suci Al-Quranil Karim.

Untuk kembali semula ke zaman kegemilangan Islam "The Islamic Golden Age" maka para ulama Islam mestilah kembali bersaing dan berlumba di arena penjanaan dan pengharmonian ilmu, serta membina teknologi baru yang terkini. Mereka mestilah lebih "all rounders" seperti para pemikir Islam terdahulu, mestilah menguasai pelbagai ilmu-ilmu canggih terkini seperti quantum mekanik, astrofiziks, analytic philosophy, ilmu bahasa (grammar dan logic), ilmu matematik, dan beberapa ilmu komputer (ICT) seperti programming languages, artificial intelligence, dan wireless communications. Tanpa ilmu-ilmu asas ini mereka tidak akan faham isikandungan Al-Quran sepenuhnya dan tidak akan mampu mengharmoni dan menjana ilmu-ilmu terkini dan terkehadapan.

Semasa zaman kegemilangan Ilmu ini, para sarjana Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd telah mengkaji dan cuba menggabungkan kekuatan ilmu logik Aristotle ke dalam nahu bahasa Arab Klasik. Di era kegemilangan Islam ini, terdapat 2 permulaan ilmu falsafah iaitu yang dimulakan oleh Al-Kindi yang berasaskan geometri dan matematiks, dan kemudian dimulakan pula oleh Al-Farabi yang berasaskan bahasa dan logik. Tetapi amat malang usaha mereka ini tidak diteruskan di dunia Islam tetapi diambil alih oleh para sarjana Barat. Pada zaman kegemilangan Islam ini juga, para filasuh dan pemikir Islam tidak memberi penekanan kepada falsafah Plato, maka tidak ada di antara mereka yang cuba menterjemah kerja-kerja Plato walaupun ada sesetengah ulama Islam yang menganggap Plato juga adalah salah seorang Nabi.


Kekuatan Plato "value based" dan "Immaterial Universe"


Dari segi ilmu dan falsafah yang dibawa oleh Plato ianya mempunyai ciri-ciri kenabian yang jelas dan selari dengan ajaran Al-Quran misalnya konsep hidup bermasyarakat "value based" atau "sistem budaya nilai" dan juga penjadian semual makhluk ini secara "immaterial" (bukan benda) dan hanya bayang-bayang iaitu "immaterial universe of Form". Hendaklah diingat konsep "Form" (dengan huruf besar) yang dibawa oleh Plato ini adalah berbeza dengan "form" (huruf kecil "f") yang dibawa oleh Aristotle.

Oleh kerana belum ada lagi pakar-pakar atau ulama Islam yang mendalami ilmu dan falsafah yang dibawa oleh Plato ini maka sudah tiba masanya para sarjana Islam kontemporari membuka semula sejarah Plato yang mana saya fikir 80% adalah berdasarkan kitab-kitab langit terdahulu iaitu Zabur dan Taurah yang mana ilmu-ilmu itu tidak dimansuhkan dan diperkukuhkan dan diperjelaskan lagi di dalam kitab suci Al-Quranil Karim. Sekarang terdapat ramai para ulama yang cuba mencari formula baru untuk menjana ilmu misalnya dengan melihat dan membandingkan dengan kitab-kitab kuning (kitab-kitab lama) tetapi malang masih belum menghasilkan sesuatu yang positif dan berimpak tinggi. Memandangkan ilmu dan falsafah Plato juga nampak selari dengan ilmu yang dijelaskan di dalam Al-Quran, maka kemungkinan juga Plato menggunakan ilmu-ilmu dari kitab-kitab langit yang mana kitab-kitab ini sudah tidak lagi dapat kita baca dan kaji.




Di dalam kitab Al-Quran lebih dari 10 kali disebut konsep "amar ma'ruf wa nahi mungkar" iaitu secara bahasa (literally) bermakna "menyuruh menjadi pandai dan melarang/mencegah menjadi bodoh", maksudnya menyediakan sistem dan prasarana pendidikan yang melahirkan manusia pandai berfikir adalah satu kewajipan, tetapi pada zaman sekarang ini umat dan ulama Islam tidak lagi mengambil makna literal ini tetapi menerima pakai secara takwil atau metafora  iaitu "menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran (melakukan perbuatan keji)" iaitu menjadikan manusia yang tidak pandai berfikir tetapi hanya mesin atau robot yang patuh segala arahan secara bertaqlid membuta-tuli. Walupun sekali imbas nampak tidak ada banyak perbezaan, namun ianya adalah dua konsep pendidikan dan amalan sosial yang amat berbeza seperti langit dan bumi.


Ajaran Plato adalah selari dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh kesemua nabi-nabi sejak nabi Adam sehinggalah ke Nabi Muhammad SAW iaitu yang berasaskan "value based" atau "nilai-nilai murni" dan bukannya yang berasaskan "deontic based" atau "normative" seperti yang dibawa oleh Immanuel Kant. Di dalam Islam konsep ini diperkenalkan oleh pelbagai mazhab yang lebih dikenali sebagai mazhab feqah yang menetapkan tugas "halal/haram" ke atas setiap individu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Apa yang ditekankan di dalam Al-Quran ialah perlakuan sosial secara nilai murni "mewajibkan kepada menjadi bijak dan pandai (amar ma'ruf) iaitu seorang manusia yang sentiasa bertindak secara konsains" iaitu kesadaran otomatis dari dalam jiwa yang murni, dan mencegah manusia dari menjadi bodoh iaitu mencegah manusia dari ketidak-mampuan untuk menggunakan akal fikiran. Sebab itu Allah SWT menjelaskan seburuk-buruk makhluk ialah yang tidak mahu mendengar pendapat orang lain, yang tidak mahu berbincang dan berbahas iaitu manusia yang tidak mahu berfikir tetapi bertaqlid membuta tuli (hanya terima-pakai saja apa yang diceramahkan tanpa berfikir dan bertanya).


  

Secara ringkasnya "deontic" atau "normative" based ialah peraturan sosial atau (muamalat dan munakahak) secara berasaskan tanggung-jawab (duty based). Maka bagi para ulama yang berpegang kepada falsafah Barat Immanuel Kant ini maka mereka akan menafsirkan ayat "amar ma'ruf wa nahi mungkar" secara takwil iaitu "menyuruh berbuat baik dan mencegah membuat mungkar". Bagi mereka kedudukan ilmu, akal dan kebolehan berfikir tidak penting, yang penting ialah anggota atau ahli sosial atau masyarakat itu mesti faham akan tugas dan tanggong-jawab, dan mereka akan diperhatikan agar sentiasa mematuhi segala hukum dan peraturan ini, dan akan didenda atau dihukum apabila membuat apa-apa kesalahan (atau tidak melakukan tugas atau apa yang difardukan).



Plato "the immaterial world of universe of Form"

Falsafah ke-2 Plato ialah ketidak-jisiman (immaterial) alam iaitu semua benda yang dijadikan oleh Tuhan adalah dari bukan-jisim dan yang "nampak" (intelligible) hanyalah bayang-bayang sahaja, iaitu boleh diketahui melalui "Form" atau idea bayang-bayang ini. Ilmu atau falsafah Plato ini adalah selari dengan ayat "quantum mekanik" yang selalu kita bahaskan ialah An-Nahla 16:48.



Di dalam ayat 16:48 ini Allah SWT menjelaskan bagaimana segala benda dijadikan iaitu dari "immaterial" dan diketahui melalui bayang-bayang misalnya manusia, jins, malaikat, binatang, batu-batan, bulan, bintang, kereta, basikal, buah-buahan, segala tumbuhan, angin, hujan, air, milo, nescafee, teh tarik, mimpi, dan sebagainya adalah dari "bayang-bayang" atau "dzilaa" atau lebih tepat lagi segalanya ada "bayang-bayangnya yang tersendiri dan unik" yang menjadikan setiap benda dapat diketahui (intelligible) melalui keunikan pergerakan dari kanan ke kiri-kiri-kir (يَتَفَيَّؤُاْ ظِلَـٰلُهُ ۥ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَٱلشَّمَآٮِٕلِ).

Bagi sesiapa yang meneliti dan mengkaji sudah tentu akan perasan dan membahaskan bukannya benda itu dijadikan dari bayang-bayang tetapi setiap benda ada bayang-bayang yang sentiasa terbang berpusing dari kanan ke kiri-kiri-kiri (jamak dalam bahasa Arab ialah lebih dari 2). Bayang-bayang inilah yang menjadi "jambatan" atau "transducer" (from non-material to visible material universe) atau dalam bahasa komputer dipanggil "knowledge representations". Sekiranya ada yang memerhatikan sebegini maka ianya adalah tersangat bagus, sebab inilah yang hendak kita bincangkan sekarang iaitu bagaimana manusia (yang dijadikan dari tanah) dapat mengetahui segala nama-nama sementara malaikat (yang dijadikan dari gelombang/cahaya/api) tidak dapat melihat atau mengetahui segala nama-nama (bayang-bayang) ini.

Sudah tentu apa yang dijelaskan oleh Plato ini adalah merupakan apa yang telah dijelaskan di dalam kitab-kitab langit yang terdahulu seperti Taurah dan Zabur (kitab Injil dan Al-Quran belum diturunkan lagi pada zaman Plato ini). Ilmu seperti ini  yang tidak menjadikan Plato di kalangan para saintis Barat sebab ianya lebih bersifat ketuhanan iaitu tentang penjadian sesuatu benda secara ghaib atau dari benda yang ghaib, yang tidak nampak, iaitu yang hanya dalam bentuk metafizikal atau "immaterial" (bukan benda, bukan jisim) iaitu yang tidak boleh dikaji atau diperiksa dalam makmal fiziks. Namun ianya adalah selari dengan ayat-ayat Al-Quran.


Contoh "Noumena" dan "Phenomena"


Apabila kita mengkaji tentang penjadian alam iaitu tentang penjanaan ilmu-ilmu baru maka kita mungkin mahu mengkaji dan menggunakan ilmu-ilmu yang pernah dikaji oleh para pemikir terdahulu seperti Socrates, Plato, Aristotle, Sebaweh, Al-Khwarizmi, Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rushd, Ar-Razi, Immanuel Kant, John Locke, Newton, dan Einstein. Al-Kindi cuba membina ilmu falsafah berdasarkan geometri dan matematiks, manakala Al-Farabi pula cuba membina ilmu yang berasaskan bahasa (nahu) dan logik. Rene Descarts dan Immanual Kant agak bertuah sebab mereka mendapat banyak sumber dari para pemikir terdahulu, dan saya fikir mereka mengambil ilmu dan falsafah dari Plato tentang penjadian segala benda yang bersifat "bayang-bayang" (يَتَفَيَّؤُاْ ظِلَـٰلُهُ ۥ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَٱلشَّمَآٮِٕلِ). Samada tekaan saya ini betul atau tidak itu tidak penting sebab apa yang mustahak ialah kajian kita ini juga melihat dan mengkaji hasil kajian pemikir-pemikir yang hebat maka kita tidak mengulangi apa yang telah dibuat oleh mereka.

Di bawah ini saya cuba ringkaskan kuliyah atau "lecture" yang dibuat oleh Dr. Richard Brown tentang "duality" yang dijelaskan oleh Plato dan juga Immanual Kant tentang bagaimana memahami dan mengetahui sesuatu ilmu.



Falsafah Plato ialah "duality" iaitu membahagikan penjadian alam atau segala benda kepada dua iaitu "metaphysics" (ontology) dan "epistemology". Metafizik ialah kewujudan segala sesuatu secara pintar dan berinteraksi iaitu yang tersendiri yang membolehkan manusia tahu tanpa kita melihatnya, sementara alam satu lagi ialah "epistemology" iaitu alam yang wujud apabila kita melihat atau mengukurnya dengan menggunakan pacaindera. Begitu juga dengan Immanuel Kant yang berfalsafah "duality" yang membahagikan kewujudan ini kepada dua alam iaitu alam "noumena" dan alam "phenomena" iaitu yang terkesan apabila kita melihat atau mengukurnya. 

Apabila kita mengkaji ayat-ayat Al-Quran dan mahu menjana ilmu-ilmu baru dan terkehadapan maka kita seharusnya memahami terlebih dahulu ilmu, falsafah, dan konsep "duality" seperti yang dijelaskan oleh Plato, Kant, dan lain-lain. Di dalam Al-Quran konsep "duality" ini dijelaskan dengan nyata dan terang misalnya konsep "insan" (mind) dan "nafsun" (body). Konsep insan/nafsun (mind/body) inilah yang membuntu dan membengongkan pakar-pakar sains Barat dan pada hari kita lihat mereka sudah mula kembali kepada hakikat "duality" ini iaitu kewujuduan benda-benda ghaib metafiziks misalnya Krauss mengarang buku "The Universe From Nothing", dan begitu juga Hawking mengarang buku "The Universe Does Not Need God".



Nabi Adam Tahu Tetapi Malaikat Tidak Tahu? 

Di dalam ayat Al-Baqarah 2:31-33 Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Adam diajarkan dengan segala nama kemudian, segala benda di alam ini ditunjukkan kepada Malaikat dan diminta Malaikat menyebut segala nama benda tersebut tetapi Malaikat tidak mampu melakukannya.

Sempena bulan Ramadhan ini mari kita sama-sama berfikir dan mengkaji apakah ilmu yang hendak disampaikan dan diajar kepada manusia pada ayat-ayat 2:31-33 ini. Dengan penggunakan ilmu dan kefahaman "metafizik", "epistemology", "noumena", "phenomena", dan ayat 16:48 kemungkinan ada diantara kita yang akan mula nampak kehebatan Al-Quran dan bagaimana segala jenis ilmu dapat dijana dari kitab yang maha bijaksana ini.    



Cuba kaji kenapa dengan mengajar segala nama-nama benda dapat menjadikan manusia itu makhluk terbaik, lebih baik dari malaikat dan jins, dan kenapa malaikat tidak dapat tahu nama-nama segala benda? Apa kaitannya dengan "duality" Plato dan Kant? Apa kaitannya dengan Chomsky "innateness of language", "generative grammar", "deep and surface structure", dan lain-lain? Apa tujuan Allah SWT menjelaskan manusia dijadikan dari tanah dan iblis dari api? Apakah kaitan dengan gelombang elektromagnetik, dengan piezoelectric, pyroelectric?



Pada beberapa artikel sebelum ini saya menyentuh tentang "Knowledge Representations" (KR) atau dalam bahasa Melayu kita panggil "perwakilan ilmu" iaitu di dalam Al-Quran dipanggil "aayaat" yang mana para ulama memberi terjemahan sebagai "signs" atau simbol. Cuba fikir sejenak bagaimana ayat 16:48, ayat 2:31-33, dan ayat 7:12 itu berkait dan mengajar manusia ilmu yang maha hebat yang membuktikan Al-Quran itu bukan ciptaan manusia dan merupakan ciptaan Allah SWT yang maha mengetahui lagi maha berilmu! 

Cuba fikir kenapa Allah SWT memberitahu segala benda yang dijadikanNya itu ada mempunyai "bayang-bayang" (يَتَفَيَّؤُاْ ظِلَـٰلُهُ ۥ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَٱلشَّمَآٮِٕلِ) yang terbang dari kanan ke kiri-kiri-kiri (ini bukan bayang-bayang yang dihasilkan dari cahaya seperti yang ditafsirkan dalam hampir kesemua kitab-kitab tafsir dan terjemahan, tetapi dihasilkan dari dark matters dan dark energies), dan segala benda ini diajar kepada Nabi Adam (kepada seluruh manusia) iaitu "diajar dengan segala nama" (وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا). Cuba pula fikir kenapa perkataan "akal" yang diulang sebanyak 49 kali dalam Al-Quran semuanya adalah dalam bentuk "perbuatan" (verb) dan bukannya "benda" (nouns)? Perkataan "akal" adalah berasal dari kata dasar "'aqala/ya'qilu" yang bermakna "menambat atau mengikat" (to bind, to confine). Cuba fikir kenapa hanya manusia (dan jin) diberikan akal, dan dengan akal ini diberikan kuasa untuk memilih (freewill), dan dengan kebolehan memilih (samada berbuat baik mengikut ilmu petunjuk dari Al-Quran, atau melakukan kemusnahan iaitu engkar (kufur) ilmu dari Al-Quran) manusia dipertanggongjawabkan di atas segala perbuatan mereka?

Cuba kaji kenapa manusia yang dijadikan dari tanah dapat "menambat" benda kepada nama iaitu realiti atau ontologi (kewujudan segala benda) sebagai perwakilan ilmu (KR) yang kemudiannya dengan menggunakan deria sensasi dapat menjana dan membina ilmu epistemology, ilmu kefahaman tentang kejadian alam semesti ini? Adakah mana-mana IPTA/S terutama yang berlabelkan Islam menjadikan bidang ilmu kajian tanah atau kristeloji (mengkaji kristal tanah) sebagai satu bidang ilmu khusus? Adakah bidang kristeloji yang selalunya di bawah bidang geologi (yang mengkaji segala jenis tanah dan batu-batan) disepadukan dengan bidang quantum mekanik untuk mengkaji ilmu-ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran yang dijelaskan dalam bentuk petunjuk, dan advanced mathematics untuk membina logik baru seperti lambda kalkulus dan teori kategori? Pada tahun 2009 saya pernah berbincang dan menulis surat kepada satu IPTA terkemuka di Malaysia untuk mengadakan kerjasama untuk meminjam dan menggunakan makmal mereka untuk membuat kajian-kajian ini, tetapi tidak dilayan pun sedangkan mereka memuji-muji kertaskerja hasil kajian Al-Quran dan ICT!

Tidakkah ini membuktikan bahawa janji-janji Allah SWT iaitu kitab Al-Quran ini menjelaskan segala perkara dengan terperinci lagi mendalam adalah amat benar lagi tepat? Maka ayat-ayat Al-Quran mana lagi yang para ulama mahu sembunyikan dan dustakan? Allah SWT bertanya kepada mereka banyak kali:


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Kami yang manakah yang kalian hendak dustakan?

Di dalam ayat 13:7 Allah SWT menjelaskan bahawa pada setiap kaum peradaban akan ada orang-orang yang mengkaji Al-Quran dan menunjukkan cara-cara bagaimana menjana ilmu dari Al-Quran (وَلِكُلِّ قَوۡمٍ هَادٍ) tetapi amat malang sekali akan terdapat para ulama yang sentiasa memperlekeh dan memperolok-olokan usaha untuk meninggikan syiar Islam menerusi Al-Quran. Untuk mereka ini Allah SWT menjanjikan azab yang pedih lagi menghina sebab telah menghalang manusia dari melihat kehebatan dan kemukjizatan kitab suci Al-Quran yang membuktikan ke Agongan dan Kehebatan Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui.  


وَإِذَا عَلِمَ مِنۡ ءَايَـٰتِنَا شَيۡـًٔا ٱتَّخَذَهَا هُزُوًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ مُّهِينٌ۬ 
Dan apabila dia mengetahui dari ayat-ayat Kami sesuatu ilmu (baru), maka dijadikan ilmu pengetahuan baru itu sebagai olok-olok dan ejekan. (Maka) Itulah bagi mereka akan memperoleh azab yang amat menghinakan. (45:9) 



Peluang IPTA/S Memulihkan Imej Islam


Tidakkah kajian Al-Quran dan ICT ini semakin relevan, menarik, dan boleh menjadi pertunjuk baru dalam penjanaan ilmu (وَلِكُلِّ قَوۡمٍ هَادٍ) dari kitab Al-Quran? Tidak nampakkah bagaimana pada abad 1H kitab Al-Quran yang dibuku dan diseragamkan oleh Saidina Uthman bin Affan adalah menjadi pertunjuk (وَلِكُلِّ قَوۡمٍ هَادٍ) pertama? Kemudian pada abad ke 2H bahasa Arab klasik (bahasa Al-Quran) disistematik dan bukukan oleh Sibaweh (وَلِكُلِّ قَوۡمٍ هَادٍ) sebagai pertunjuk ke-2, yang menampakkan kehebatan bahasa Arab sebagai bahasa hibrid manusia-komputer iaitu yang menyepadukan geometri, matematiks, nahu, dan logik yang mampu menyepadukan "2 falsafah Al-Kindi dan Al-Farabi" yang menjadi pertunjuk (وَلِكُلِّ قَوۡمٍ هَادٍ) pada abad ke 3H? 

Setelah terbukti setiap tamadun ilmu itu ada penjelas dan pertunjuk baru kepada pemahaman ayat-ayat Al-Quran, tidak mahu percayakah kita akan janji-janji Allah SWT bahawa ilmu yang mendalam dan terperinci itu terkandung di dalam ilmu bahasa dan logik yang dijelaskan di dalam Al-Quran? Tidak adakah mana-mana IPTA/S terutama yang berlabelkan Islam yang berminat dengan hasil kajian ini dan berfikir mahu sama-sama membantu seperti apa yang dilakukan di universiti-universiti di negara maju yang sentiasa terbuka dan positif dalam usaha menjana ilmu-ilmu baru? Tidak adakah para sarjana dan cendikiawan Islam yang mahu membina bidang baru ilmu "The Sciences of Philosophy" iaitu ilmu asas yang kukuh "Ulumul Quran" yang diusahakan dan ditinggalkan oleh para sarjana Islam Ar-Razi, Al-Zarkashi, dan As-Suyuti sebagai pertunjuk baru (وَلِكُلِّ قَوۡمٍ هَادٍ) abd ke 6H di zaman kegemilangan tamadun Islam iaitu yang cuba membina dan menafsir Al-Quran menerusi ilmu logik munasabah? 

Tidak mahukah para sarjana Islam mengembang dan mencatumkan "2 permulaan falsafah" yang ditinggalkan oleh Al-Kindi dan Al-Farabi, di mana falsafah Al-Kindi yang berasaskan matematik dan geometri dengan falsafah yang ditinggalkan oleh Al-Farabi yang berasaskan bahasa dan logic kepada ilmu yang lebih canggih dan terkehadapan seperti logik lambda kalkulus dan teori kategori untuk membina sumber baru ilmu dari Al-Quran? Tidak malukah kita para sarjana Islam membiarkan para sarjana Barat terus-menerus menguasai bidang ilmu dan teknologi? Tidak malukah kita hanya melihat saja orang-orang bukan Islam seperti Bertrand Russell, Noam Chomsky, Lawrence Krauss dan lain-lain terus-menerus mengembangkan ilmu-ilmu yang sudah ada di dalam Al-Quran? Apa sudah jadi dengan para ulama Islam?

Para saintis Barat telah tersekat dan tidak mampu untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ilmu baru dan terkehadapan: Dalam quantum mekanik mereka tersekat pada "measurement problem" di mana photon dan elektron menjadi kaku dan berubah kepada bentuk jisim dan tidak lagi gelombang, sementara di astrofiziks mereka tersekat pada bahan dan tenaga hitam (dark matters and dark energies). Sementara di bidang falsafah selepas berjaya mengatasi logik Aristotle "propositional logic" (logic ayat) iaitu kepada logik moden "predicate calculus" (logik objek) kini mereka tersekat pada "lambda calculus" (logik fungsi). Saat inilah peluang terbaik untuk para sarjana dan pemikir Islam sekiranya mereka benar-benar mahu menjayakan pelbagai slogan, visi, dan misi yang tertera dengan megah dan gah.

Terlalu banyak bidang ilmu baru yang boleh dibina oleh para sarjana Islam sekiranya mereka kembali kepada Al-Quran, dan mereka benar-benar ikhlas berjuang dan berjihad kepada Allah SWT untuk memulihkan imej Islam dan mengembalikan umat Islam sebagai umat terbaik seperti yang dikahendakki dalam ayat Ali-Imran 3:110.  


Bersambung ... Insyaallah.

Wallahu a'lam.


4 comments:

  1. Terima kasih semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Lawan bagi istilah 'alim' ialah 'jahil'.
    Manakala 'arif' lawanya 'ingkar'.
    Istilah 'maruf' dari akar istilah 'arif' ya itu 'kenal'.
    Jadi al-Quran menyeru supaya kita 'kenal' bukan 'buat baik'.
    Sila Tuan beri komen dan pendapat mengenai perkara ini.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh Tuan Zul,

      konsep "amar ma'ruf wa nahi mungkar" iaitu menyuruh kdp kenal atau tahu (iaitu berilmu, menggunakan akal fikiran untuk mengenal dan yakin kewujudan, keEsaan, dan kekuasaan Allah SWT). Ada org2 alim cakap konsep "makrifatullah" (mengenal Allah) yg mana Allah menjelaskan dgn menggunakan 2 cara iaitu melihat ayat-ayat alam (sunnatullah) dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran. Inilah konsep Islam yg dibawa oleh seluruh rasul dan nabi2, iaitu apa yg Plato panggil value atau virtue base (nilai2 murni).
      Tetapi Islam pd hari ini adalah "deontic base" iaitu yg berasaskn tugas dan tanggung-jawab, misalnya solat yg ditekankn ialah betulkan saf, rapat2 saf, tumit mesti selari dan bersentuhan, dan sebagainya tetapi konsep khusuk yg wajib itu tdk diberi penekanan.

      Al-Quran menjelaskn setiap kaum peradaban akan ada penjelas Al-Quran misalnya Sibaweh telah mengajar dan mmbukukan ilmu nahu b arab, kemudian al-kind memperkenalkn menambah baik falsafah Aristotle yg geometri dan math, diikuti dgn Al-Farabi memulakan falsafah bahasa dan logik. Selepas Al-Ghazali mengeluarkan Tahafuh Al-Falasifah yg mengkritik logik, Ibn Rushd mengeluarkan tahafuh at-tahafuh utk mmbetulkn logik pemikiran al-ghazali. Selepas itu ulama dan umat Islam mula bercelaru sehinggalah ke hari ini, mnjadi lesu dan bisu, dan jauh ketinggalan.
      Maka "deontic" Islam iaitu menafsir "berbuat baik" mnjadi amalan ulama dan umat Islam, akal fikiran (tahu atau pengetahuan) tdk lagi mnjadi dasar utama pemahaman Islam.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  3. saya ada membaca pengembaraan ibnu batutah saya rasa ibnu batutah ada menyebut tentang plato dan dia seorang islam

    ReplyDelete