Followers

Friday, July 1, 2016

Quantum Mechanic - Akal: Al-Quran - Manusia vs Malaikat

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst

Syukur alhamdulillah kita dapat bersua lagi di alam maya ini. Semoga semua para pembaca dan pengkaji berada di dalam sihat sejahtera dan lindungan Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.


Pada artikel lepas kita bincang tentang "Kenapa Nabi Adam (manusia) Tahu Tetapi Malaikat Tidak Tahu" iaitu sepertimana yang dijelaskan pada ayat Al-Baqarah 2:31-33 di mana Nabi Adam as telah diajarkan dengan segala nama benda. Ini merupakan satu misteri alam yang amat besar lagi hebat sebab mana mungkin manusia lebih hebat dan lebih mengetahui dari para malaikat? Sekiranya ianya bukan satu pemberitahuan dari Allah SWT iaitu di dalam kitab suci Al-Quranil Hakim yang maha perkasa lagi bijaksana kepada manusia sudah tentu manusia akan mengatakan para malaikat lebih mengetahui dari manusia (tentang perwakilan ilmu atau knowledge representaion). Sila perhatikan dan ambil-berat tentang maklumat bahwa manusia diajar dengan "nama segala benda" dan bukannya "jenis segala benda". "Nama" dan "Jenis" adalah dua istilah teknikal ilmu atau kognitif yang amat penting. Misalnya "pasir"; diajar dengan segala jenis nama pasir maksudnya setiap biji pasir yang wujud (bertrilion-trilion pasir) dan bukannya satu jenis pasir sahaja.

Apa yang tuan/puan baca sekarang ialah hasil kajian dan penjelasan baru kajian dari perspektif ICT atau komputer. Sudah tentu ada beberapa penafsiran lain tentang ayat-ayat 2:31-33 ini tetapi saya tidak mahu mengulasnya sebab anda semua boleh mencari sendiri di dalam buku-buku atau dalam internet. Hasil kajian yang dibentangkan ini adalah yang terbaru yang belum ada ditulis dalam mana-mana buku atau pun jernal. Pada tahun 2008 saya pernah menghantar beberapa artikel kepada majalah dan akhbar namun oleh kerana terlalu banyak yang diedit dan ditukar menjadikannya lain dari apa yang hendak saya sampaikan maka saya hentikan.

Agak ramai juga yang bertanya tentang buku saya, malah saya sendiri tidak sabar untuk mengeluarkan buku-buku tersebut namun terpaksa akur dan bersabar setakat yang termampu untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya sudah berbincang dengan mufti (SS Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, dan juga bekas mufti SS Dato' Zahidi Wan Teh) dan mereka bergembira dengan hasil kajian ini dan bersetuju ianya menepati kahendak tafsir dan bahasa Arab Al-Quran. Saya juga sudah beberapa kali menghantar kertaskerja kepada para Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di mana yang pertama dihantar pada bulan April 2008 dan yang terakhir ialah pada bulan April 2016. Oleh kerana berlaku pegawai urusetia yang berpencen maka saya terpaksa mengemaskini kertaskerja untuk dikaji oleh pegawai-pegawai baru. Marilah kita sama-sama doakan agar pihak urusetia Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersedia untuk memberi sedikit ruang masa untuk melihat dan mengkaji hasil kajian ini sebab terlalu ramai umat Islam terutama para pelajar yang dahagakan ilmu-ilmu baru yang hebat dari Al-Quran. Dan yang paling penting ialah mereka mahu mengkaji dan melihat sendiri kehebatan kitab Al-Quran yang sarat dengan pelbagai ilmu pengetahuan terkini dan terkehadapan yang dapat membantu mereka menjana ilmu-ilmu baru dan mengharmonikan ilmu-ilmu yang dijana sains epistemologi yang telah banyak melakukan kerosakan ke atas alam dan kehidupan.


Nama Segala Benda

Kembali semula kita kepada cerita tentang Nabi Adam a.s. iaitu tentang Nabi Adam diajarkan dengan "segala nama benda". Hendaklah kita bezakan antara "nama" dan "jenis" segala benda. Di dalam ayat 2:31 dinyatakan bahawa "nama segala benda" dan bukannya "jenis segala benda". Ini bermakna Nabi Adam (manusia) diajarkan dengan perkara yang paling iaitu asas kepada segala kejadian!

Inilah satu ketepatan (precision) ilmu yang amat menakjubkan yang membuktikan kitab Al-Quran ini adalah dicipta oleh Allah SWT dan bukannya dikarang oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya Al-Quran menyebut Nabi Adam diajar dengan "jenis segala benda" maka terbuktilah Al-Quran itu adalah lemah dan bukan lagi mukjizat agong dari Allah SWT sebab pada hari ini terbukti akan kudrat atau kebolehan "akal" manusia boleh mengetahui lebih mendalam iaitu lebih dari "jenis-jenis" benda malah mereka dapat kaji setiap jenis benda sehingga kepada perkara asas misalnya ikan kepada beribu-ribu spesis ikan malah pada spesis yang sama dapat pecahkan lagi kepada yang lebih mendalam dan terperinci. Masyaallah!

Apabila diajar dengan "nama segala benda" maksudnya makhluk jenis manusia ini diberi "qadar" iaitu kuasa atau kemampuan untuk mengenali dan membezakan segala atau semua benda sehingga kepada komponen terkecil yang menjadikan setiap benda misalnya molekul, atom, dan di dalam atom pula kita dapat tahu, kenal dan bezakan elektron, proton, neutron, dan sebagainya. Ini bermakna teori Noam Chomsky iaitu "innateness of language" adalah salah, namun ianya bukanlah 100% salah sebab bahasa (language) adalah perwakilan ilmu (knowledge representation) kepada "nama" atau "label" segala benda. Yang "innate" atau "sifat secara fitrah" bukannya bahasa (language) tetapi "nama segala benda". Bahasa (language) adalah dua tahap (two layers above) di atas "nama" atau "label" segala benda. Selepas "nama" (atau label) ialah "hukum" dan selepas "hukum" barulah bahasa (language). Inilah yang dijelaskan di dalam Al-Quran sebagai "warattalnahu tartiila" (ayat 25:32-33) iaitu ilmu itu disusun secara berlapis-lapis secara ghaib atau abstrak, dan untuk mengetahui segala penjelasannya mestilah dibuka secara "ahsana tafsiira" iaitu sebaik-baik pembukaan atau pendedahan.

Ayat 2:31-33 ini mestilah dihubungkaitkan iaitu di "qur'ankan" dengan ayat 16:48 iaitu bagaimana segala benda dijadikan oleh Allah SWT (lihat ayat dibawah).


أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَىٰ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ۬ يَتَفَيَّؤُاْ ظِلَـٰلُهُ ۥ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَٱلشَّمَآٮِٕلِ سُجَّدً۬ا لِّلَّهِ وَهُمۡ دَٲخِرُونَ 

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah (mempunyai) bayang-bayangnya yang terbang berpusing dan kembali ketempat asal dari kanan ke kiri-kiri-kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?" (16:48)

Pada hakikatnya adalah teramat mudah bagi Allah SWT untuk menjelaskan segala perkara, dan ayat An-Nahla 16:48 ini adalah bukti atau nas yang menunjukkan bahawa kitab Al-Quran memang benar-benar menjelaskan segala perkara. Tetapi amat malang sekali sebab umat dan ulama Islam tidak mahu percaya dengan janji-janji Allah ini maka mereka menjadi semakin mundur dan jauh tertinggal kebelakang sebab tidak mahu mengkaji dan menjana ilmu dari kitab yang maha agong lagi maha bijaksana Al-Quranul Hakim. Para pengkaji Barat terus meneroka ilmu dan mereka telah pun menjumpai formula yang telah dijelaskan oleh Al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau iaitu E=MC2.


Dzilaa - Kristal - "Segala Nama" - Akal

Sekarang mari kita lihat dan kaji bagaimana Al-Quran mengajar manusia satu ilmu yang paling hebat lagi dahsyat iaitu "akal fikiran" dan bagaimana manusia boleh menjana ilmu dan teknologi. Namun apabila kita membahaskan topik ini adalah sangat menarik sekiranya kita terlebih dahulu ada sedikit pengetahuan tentang apa yang telah dikaji dan diteorikan oleh para ilmuan terdahulu seperti Plato, Aristotle, Al-Kindi, Al-Farabi, Descartes, John Lock, Newton, Immanual Kant, David Hume, Wittgenstein, Russell, Whitehead, Einsteins, Chomsky, dan beberapa orang lagi.  



Kita juga seharusnya mengkaji perbezaan istilah "manusia" yang digunakan dalam Al-Quran iaitu "insan" dan "nafsun", iaitu "mind" dan "body". Insan atau "mind" adalah "non-physical thinking things" manakala nafsun atau "body" ialah "physical non-thinking things". Dzilla (bayang atau dark matter/energy) adalah immaterial non-physical yang mana tidak dapat diketahui oleh manusia secara sains iaitu dengan menggunakan pancaindera seperti pendengaran dan penglihatan, namun hanya dapat dicapai oleh akal sahaja.

Akal atau "pengikat" adalah "transducer" antara non-physical immaterial dan "nama segala benda" iaitu membolehkan manusia tahu yang telah dijadikan secara semula jadi di dalam "insan" yang mana memerlukan latihan "nafsun" (body) untuk menjana kognitif atau kepandaian. Al-Quran menjelaskan tanah atau kristal yang dijana secara bijak iaitu kemungkinan secara piezoelektrik (tekanan), pyroelektrik (haba), dan juga beberapa cara lain lagi adalah rahsia kenapa malaikat (yang dijadikan dari gelombang cahaya) tidak dapat mengikat "dzilla" (singular) atau "dzilaa" (plural) tetapi "insan" dari tanah (crystal) dapat mengepung dan menambat "dzilaa" ini.

Tahukah kita semua bahawa DNA (DeoxyriboNucleic Acid) iaitu "blueprint" setiap sel kehidupan tidak akan dapat berfungsi tanpa piezoelectric dan pyroelectric? Bagaimana setiap sel itu tahu untuk menjana protein apa, waktu bila, dan berapa banyak? Bagaimana sel-sel itu tahu yang ianya akan menjadi jantung, atau menjadi rambut, atau menjadi mulut, kulit, jari-jemari dan sebagainya? Bagaimana piezoelectric pada atom-atom hidrogen pada DNA berfungsi ketika proses transkripsi dan translasi? Ilmu apa yang hendak disampai dan dijelaskan kepada manusia pada ayat 2:31-33 dan ayat 16:48 ini?

Sudah tentu untuk mengkaji ke tahap yang lebih mendalam lagi kita semua memerlukan kepada makmal sains yang canggih dan terkini sekiranya kita mahu melihat keselarian apa yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran dengan apa yang ada atau berlaku di alam dan dalam diri kita sendiri. Namun kita tetap mampu dan boleh meneruskan kajian ini dengan berlandaskan ayat-ayat Al-Quran sepenuhnya sepertimana yang kita buat sekarang ini, iaitu secara "The Sciences of Philosophy" atau apa yang selama ini dipanggil "Ulumul Quran", insyaallah.

Ilmu yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah amat terkehadapan dan ilmu-ilmu inilah yang diperlukan untuk merealisasikan teknologi teleportation, super artificial intelligence "singularity", komukinasi tanpa wayar, bahan-bahan baru (new intelligent materials) dan sebagainya. Tidak mahukah para ulama Islam membantu membina dan membangunkan semula kedaifan dan kemunduran umat Islam?



Selamat Menyambut Hari Raya



Selamat menyambut Hari Raya Puasa, Eid Mubarak minal aidin wal-faaizin.

Wallahu a'lam.  

Bersambung ... insyallah











No comments:

Post a Comment