Followers

Thursday, June 15, 2017

Peano Arithmetic: Kewajiban Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Syukur Alhamdulillah kita dapat bersua kembali di alam maya.

Sudah hampir satu tahun saya tidak kemas-kini blog Kajian Al-Quran ini. Ada beberapa penemuan baru yang agak menarik yang hendak dikongsikan dengan para pembaca dan pengkaji Al-Quran, disamping itu kita akan cuba gabung (consolidate) pelbagai ilmu ini agar mudah difahami dan dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Saya juga berharap pihak Majlis Fatwa akan lebih serius dan bersungguh-sungguh meneliti dan mengkaji hasil-kajian Al-Quran dan ICT ini yang saya muatkan di dalam kertaskerja yang telah diserahkan kepada urusetia Majlis Fatwa. Saya tidak menjangkakan ahli Majlis Fatwa dapat memahami kertas-kerja tersebut dengan membaca sendiri sebab ianya agak ringkas (kira-kira 60 m/s) dan harapan saya ialah untuk mengadakan beberapa siri berbincangan dan berbahasan. Kertaskerja yang dihantar adalah tentang penambah-baikkan tafsir Al-Quran bil-Quran yang saya panggil Metod Tafsir Al-Quran bil-Hukm, atau nama panjangnya Kaedah Tafsir Al-Quran Bi-Ahkamil Lughatil Arabiyyah (atau AQBALA), iaitu cara-cara menafsir dan memahami ayat-ayat Al-Quran berasaskan kaedah yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran terutama untuk menganalisa dan menjana ilmu-ilmu canggih yang terkahadapan.




Pada siri yang lepas saya cuba bahaskan kelemahan teori Diskripsi yang dibuat oleh Bertrand Russell iaitu "co-reference" dan "non-reference". Co-reference ini merujuk kepada referens atau rujukan yang sama misalnya "Tanah Melayu" dan "Malaysia", atau buah kelapa dan buah nyior adalah merujuk kepada benda atau hal yang sama. Sementara non-reference pula merujuk kepada benda atau perkara yang tidak wujud misalnya "Sultan Melaka", atau "Sultan Pulau Pinang", dan sebagainya. Kelemahan teori Russell ini adalah sebab beliau cuba membawa logik ke dalam bahasa Inggeris (atau bahasa Jerman), dan bukannya bahasa Arab klasik (bahasa Arab Al-Quran). Cara beliau ialah mengecilkan (to reduce) matematik kepada logik, dan kemudian menggunakan hukum logik di dalam propostional dan predicate calculus. Beliau juga cuba mengharapkan kepada Lambda Calculus, namun gagal.

Pada siri kali ini kita akan sambung lagi perbahasan tentang "Akal", iaitu kenapa Allah SWT menekankan betapa perlunya manusia itu menggunakan akal sepenuhnya terutama sekali untuk mencapai keyakinan yang al-haq kepadaNya iaitu dengan mengkaji dan memahami ayat


High Order (HOTS) vs Low Order Thinking Skills (LOTS)


High order thinking skills (HOTS) atau dalam bahasa Melayu Kebolehan Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah kebolehan atau kemampuan seseorang melihat dan menganalisa corak atau polar (pattern) misalnya corak susunan ayat-ayat Al-Quran (ayat-ayat Qauliyah), corak pergerakan matahari, bumi, bulan, dan planet-planet (ayat-ayat Kauniyah), dan kemudian membuat rumusan atau hipotesi seterusnya memikirkan prediksyen atau kebarangkalian, dan akhirnya mengadakan inovasi penambah-baikan. KBAT ini adalah merupakan dasar sistem pendidikan negara (Malaysia), namun ianya mendapat cabaran tidak langsung misalnya dari ceramah-ceramah agama yang mahukan umat Islam bertaqlid membuta-tuli misalnya "Kalaulah ustaz sudah cakap macam tu, ikut sajalah, buat apa nak fikir-fikir lagi buat pening kepala, tak takut masuk neraka ke (kalau melawan cakap ustaz)?". Maka tidak hairanlah kenapa Pendita Zaaba mengatakan dalam buku Peranagi Bergantung Kepada Diri Sendiri "Agama yang telah diajar oleh golongan ugama orang Melayu kepada orang Melayu menjadikan ia satu bangsa yang tidak boleh bangkit (maju)"





Para agamawan di zaman kegemilangan Islam pada kurun 8-13 masehi adalah mereka yang menguasai pelbagai ilmu yang hebat lagi mendalam misalnya ilmu astronomi, ilmu perubatan, ilmu matematik, ilmu bahasa Arab, dan sebagainya. Mereka adalah terkehadapan dari hampir semua bidang ilmu. Namun amat malang sekali para agamawan sekarang amat lemah sekali dalam lain-lain bidang ilmu terutama ilmu sains, matematik, dan bahasa komputer. Sudah tentu ramai yang hairan kenapa pentingnya ilmu bahasa komputer? Sebabnya ialah bahasa komputer adalah "the best functional language" iaitu bahasa berfungsi yang paling terbaik yang pernah direka-cipta oleh manusia. Maka ada orang yang bertanya saya para ulama pada zaman Nabi dan para sahabat tidak tahu pun bahasa komputer, adakah mereka tidak faham Al-Quran? Maka berlakulah perdebatan yang hangat ... tapi ini bukan topik kita kali ini.

Sementara Kebolehan Berfikir Aras Rendah (KBAR) atau Low Order Thinking Skills pula ialah penggunaan akal hanya pada tahap membaca, menghafal, mengingati, faham sikit-skit (atau tak faham langsung) kemudian terus buat atau amal. Maka cabaran utama sekarang ialah bagaimana sistem pendidikan Islam terutama sekolah-sekolah tahfiz dan pengajian hadith boleh ditingkatkan kepada tahap KBAT. Sekiranya tidak ada usaha keras, tegas, dan serius dilakukan terutama oleh pihak kerajaan maka mereka yang lahir dari sistem persekolah ini akan mudah dipergunakan kononnya atas nama Islam dan akan mudah terjebat dengan taqlid membuta-tuli, tidak bertolak ansur, tidak berhikmah sehingga melibatkan diri dalam ekstrimisma dan keganasan yang mencemarkan kesucian agama Islam.


Bahasa Arab adalah "Power"

Ramai di antara kita yang belajar bahasa Arab, dan ada yang boleh bertahan dan sampai ke tahap tertinggi misalnya hazaf/mahzuf, jar/majrur, mudof/mudof ilaih, sifah/mausuf, lammuz halaqah, dan sebagainya dan bila kita bertanyakan lebih mendalam lagi kepada ustaz, ramai para ustaz (guru bahasa Arab) hatta yang ada PhD dan berpuluh tahun pengalaman mengajar bahasa Arab tidak dapat menjelaskan konsep-konsep atau fungsi-fungsi ini sebab mereka tidak faham bahasa komputer iaitu bahasa berfungsi. Hendaklah kita ingat bahwa bahasa Melayu dan Inggeris adalah bahasa yang tidak berfungsi (non-functional language). Maka apabila kita menggunakan bahasa Melayu (atau Inggeris) sebagai bahasa-meta (metalanguage) untuk menganalisa dan mengeluarkan makna dari ayat-ayat Al-Quran ianya samalah seperti menggunakan pisau lipat untuk menebang pokok balak! Sudah tentu hanya kulit luar saja yang dapat dituris.


Maka para ulama terutama yang mengajar bahasa Arab dan menafsir Al-Quran, mereka tidak dapat lari dari memahami dan mendalami erti, konsep dan proses bahasa berfungsi ini. Apabila mereka faham "power" berfungsi ini, barulah mereka akan faham apa itu "nahu" atau "grammar" atau "rules" atau dalam bahasa komputer kita panggil "logik" bahasa berfungsi. Dan untuk mempelajari hukum logik ini maka kita mestilah mendalami ilmu matematiks.

Inilah yang dicari-cari oleh Frege, Bertrand Russell, Wittgenstein, Carnap, Quine, dan lain-lain para filasuf Barat iaitu satu bahasa yang boleh menjelaskan "sains" iaitu realiti atau metafiziks yang hakiki. Russell adalah pelupor untuk menurunkan matematiks ke dalam logic dan ke dalam falsafah bahasa. Namun pendekatan mereka adalah melalui semantik atau meaning, dan bukannya melalui sinteks (syntax) atau nahu seperti yang dijelaskan dan dikahendaki di dalam Al-Quran seperti dalam ayat Ali-Imran 3:7, Hud 11:1, dan lain-lain lagi. Sekarang terbukti silogisma, propositional, predicate, dan 2nd order logik tidak mampu menjelaskan ilmu metafiziks, bahkan juga agak mengelirukan untuk menjelaskan ilmu epistemologi.

Maka penjanaan ilmu dari hukum nahu atau sinteks ini adalah satu perkara baru yang belum dipelopori mana-mana falsafah Barat mahupun Timur. Tidak dinafikan Al-Farabi pernah mempelopori falsafah Bahasa dan Logik namun ianya tidak diteruskan oleh para pemikir Islam. Begiti juga dengan Al-Kindi yang cuba mempelopori matematiks dan algebra juga mati setengah jalan sebab lahirnya para ulama yang menetang ilmu falsafah iaiti ilmu cara-cara berfikir secara jelas, sistematik, dan berhukum.


Peano Arithmetic Dan Hukum Akal


Para pembaca bolehlah muat-turun video (youtube) atau artikel tentang Peano Arithmetik ini, sebab terdapat banyak artikel-artikel dan video yang bagus dan jelas di dalam internet. Sila rujuk gambar muka depan di mana menjelaskan kegagalan para saintis Barat untuk mengesan dan mengkaji "dark matter dan dark energy", dan saya memuatkan beberapa ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan kitab Al-Quran memberi penjelasan tentang benda-benda ghaib yang tidak dapat dikesan oleh pacaindera dan minda manusia ini.

Ayat yang pertama ialah 27;75 yang mana Allah SWT berjanji bahawa kitab Al-Quran menjelaskan semua perkara, terutama ilmu-ilmu ghaib atau metaphysics atau apa yang Immanuel Kant sebut the "Noumenal". Pada awal-awal surah Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah ayat 2:1-3 Allah telah menjelaskan bahawa ilmu mendalam adalah dipadat dan disimpan secara ghaib, dan wajiblah para ulama berusaha mengeluarkan ilmu-ilmu yang tersembunyi di dalam Al-Quran ini. Kemudian di dalam ayat Al-An'am 6:65 Allah SWT mengajar dan menjelaskan kepada manusia bagaimana cara-cara untuk mengeluarkan ilmu dari Al-Quran iaitu dengan menggunakak rekersif (tasrif).

Cuba lihat dan kaji ayat 6:65 ini di mana Allah SWT bukan sahaja menjelaskan ilmu dan kefahaman itu mestilah dikeluarkan secara rekersif, malah Allah SWT menjelaskan bagaimana cara-cara hendak membuat rekersif. Untuk memahami polar atau corak rekersif ini kita mestilah faham asas pemikiran matematiks atau apa yang dipanggil aksiom. Walaupun aksiom pada Peano arithmetic ini nampak mudah dan acuh-tak acuh (trivial), namun ianya adalah asas utama cara berfikir rasional.


Pemikiran Filasuf Barat

Adakah pemikiran ahli falsafah Barat itu salah dan amat menyimpang dengan ilmu-ilmu yang dijelaskan di dalam Al-Quran? Adakah usaha untuk "Dewesternization of Knowledge" itu betul dan baik? Adakah para ulama Islam mahu memulakan semula proses penjanaan ilmu, atau mereka mahu mengikut arus Jacques Derrida "deconstructionism"? Adakah penjenamaan semula (rebranding) dari "Islamization of Knowledge" kepada "Islamization of Human Knowledge" itu mempunyai apa-apa makna atau berlaku satu perubahan baru dan penambah-baikkan kepada konsep dan proses penjanaan dan pemurnian ilmu? Persoalan utama ialah adakah para sarjana dan pemikir Islam sudah bangun dari tidur dan lamunan mimpi indah "dogmatic slumber" dan kesyokkan ilmu "cognitive complacent"?

Adakah konsep dan falsafah Plato "the immaterial universe" (alam tidak berjisim) itu salah dan bercanggah dengan Al-Quran? Adakah proses ilmu "synthetic a priori" yang difahami oleh Aristotle itu satu kecelaruan minda? Adakah teori "Relational of ideas" dan "Matter of Fact" yang dikemukan oleh David Hume itu sesat dan tidak boleh dipakai langsung? Atau adakah konsep Immanuel Kant "Synthetic dan analytic judgements" tidak perlu dipelajari dan Bertrand Russell iaitu ilmu adalah datang dari "acquitance" dan bukannya dari "reference" itu merupakan perosak minda umat dan ulama Islam? Sekiranya mereka tidak betul dan perlu dilakukan "pembasmian ilmu-ilmu Barat" atau "dewesternization of knowledge" adakah kita mahu mencipta teknologi, sistem komputer, dan lain-lain lagi dari "kosong", dari "zero"?


Bersambung ... insyaallah.