Followers

Monday, August 7, 2017

Quranpedia: Menyelesaikan Masalah Saintis dan Failasuf Barat

Pengkaji: Khalid Yong, Quranalyst

Syukur Alhamdulillah kita dapat bersua kembali. Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT, dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh para anbiyak, dan ahli keluarga baginda.




Saya juga bersyukur segala usaha lebih dari 10 tahun untuk mengkaji Al-Quran dari perspektif komputer juga telah mulai menampakkan penerimaan dan insyaallah umat dan ulamak Islam akan dapat membina semula kehebatan Islam seperti yang pernah dihasilkan di zaman the Golden Age of Islam yang berpusat di Kota Baghdad.

Pada bulan Ramadhan 1438 baru-baru ini saya ada menghantar email kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib tentang projek Quranpedia yang saya usahakan ini sejak tahun 2007 (Ramadhan 1428), dan alhamdulillah PM kita telah memberi satu jawapan yang baik yang mana beliau sendiri amat berminat dengan projek kajian ini Quranpedia ini.



Apa itu Quranpedia?

Quranpedia adalah prasarana ilmu dan R&D Islam yang pertama sekali dibina yang 100% berasaskan kitab suci Al-Quran (metod tafsir Al-Quran bil-Quran) untuk membantu para pemikir Islam dan juga para saintis dan failasuf Barat yang sudah ketandusan dan terbantut dalam pengembaraan (exploration), pencarian dan pengkajian ilmu. Para saintis dan failasuf Barat sudah terkandas dan tidak mampu lagi untuk maju kehadapat disebabkan oleh batas-batas dan had kemampuan pemikiran (rational) dan pemerhatian (sensory-perception). Albert Einsteins selepas berjaya mengeluarkan teori "special relativity", kemudian telah berjaya pula membina general teori relativiti (GTR), satu teori yang amat berjaya dan memmbanggakan dalam eksplorasi astrofiziks, dan kemudian para saintis Barat lain telah mengkaji dan mendalami ilmu halus iaitu particle physics dan telah mengeluaran teori Quantum Mechanics (QM).   

Namun amat malang sekali bagi pakar-pakar sains sebab teori relativiti ini atau GTR tidak harmoni dengan teori QM. Amerika Syarikat adalah pendahulu dan terkehadapan dalam kajian astrofizik, telah membelanjakan beratus bilion dolar untuk membina pelbagai makmal dan peralatan angkasa, namun mereka terkandas dan tidak dapat mengkaji banyak benda-benda ghaib (metafiziks) misalnya dark matter, dark energy, black holes, singularity, dan sebagainya. Sementara Eropah pula mendahuli dalam pengkajian particle physics, mereka telah membelanjakan beratus bilion dolar untuk membina pelbagai peralatan canggih sepert CERN larg hadron collider, namun mereka gagal memahami apakah sebenarnya atom itu, apakah struktur dan komponen atom yang sebenarnya. Pada tahap QM ini para saintis menjadi amat keliru misalnya masalah duality wave/particle, superposition, quantum entanglement, measurement problems, dan sebagainya.

Cuba kita perhatikan baik-baik, kenapa para saintis dan failasuf Barat gagal? Kenapa makmal astrofiziks gagal? kenapa makmal particle fiziks gagal? Kenapa mereka terkandas pada tahap metafizik?

Kegagalan mereka ini membantutkan usaha mereka untuk membina sistem komunikasi tanpa wayar yang lebih hebat dan lebih mesra alam yang akan menjana ekonomi bernilai bertrilion dolar. Mereka akan membelanjakan lebih besar lagi duit untuk mengkaji ilmu metafizik ini sebab untuk menjayakan ilmu dan teknologi "kepintaran buatan" (artificial intelligence), dan apabila mereka berjaya maka industri "teleportation" akan menjadi kenyataan. Dan apabila industri teleportasi ini menjadi realiti, kita tidak dapat bayangkan apakah akan jadi kepada alam ini! Sangat-sangat ngeri dan menakutkan.


Dunia Teleportasi Amat Besar dan Menakutkan

Sudah tentulah nilai industri teleportasi ini akan melebihi segala-gala ekonomi, berjuta-juta trilion dolar besarnya sebab ianya akan merubah segala-galanya bukan sahaja dalam bidang pengangkutan, bahkan dalam segala industri seperti permakanan, perhotelan, sukan, pembelajaran, perubatan, eksplorasi angkasa, dan sebagainya ....  
  
Cuba bayangkan alam-maya internet dan hanfon sudah mengharu-birukan dunia Islam, itu baru gambar-gambar dan video yang dapat dilihat. Di zaman teleportasi nanti bukan saja gambar dan video malah manusia itu sendiri boleh pergi ke mana-mana saja dalam sekelip mata saja! Sekarang anak-anak kita hanya bermain-main dengan "video call" saja, dapat lihat itu dan ini, hanya gambar saja dapat dikomunikasikan, di zaman teleportasi nanti mereka ini akan bebas ke mana saja, dan kita ibu-bapa tidak mampu lagi untuk mengunci pintu atau paksa mereka duduk dalam bilik dan jangan ke mana-mana!




Gambaraja di atas adalah antara slide presentation saya ketika dijemput oleh Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (Kipsas) yang dihadiri kira-kira 500 para ulamak, pensyarah, pemikir, dan pengkaji pada tahun 2014.

Di dalam pembentangan kertas-kerja ini saya menjelaskan terdapat ayat-ayat Al-Quran yang jelas yang menerangkan ilmu dan teknologi wireless communication, artificial intelligence, dan teleportation. Namun oleh kerana ilmu-ilmu ini amat jauh terkehadapan menyebabkan para ulama Islam tidak memahaminya, dan terus tidak berminat untuk meneruskan penjanaan ilmu dari Al-Quran. Mereka tidak faham bagaimana ilmu-ilmu hebat dari Al-Quran dapat menyatupadukan umat dan ulamak Islam, dan lagi mereka tidak faham bagaimana Al-Quran dapat menjana sumber ekonomi yang amat besar. Malah ada seorang profesor yang sudah lama mengkaji dan mengajar ilmu peradaban Islam dan tamadun dunia bertanya saya "Saya tak faham bagaimana Al-Quran dapat membuka berjuta-juta peluang pekerjaan baru ...". Profesor ini amat baik orangnya, dan kini menjadi rakan partner projek Quranpedia ini. Alhamdulillah.


Quranomy: Satu Sumber Ekonomi Yang Amat Besar

Ada yang menegur saya, janganlah terlalu ghairah dengan Najib (PM DS Najib) sebab dia sudah menyebut tentang projek Quranpedia ini. Saya menjelaskan bahawa projek Quranpedia ini bukanlah untuk Najib atau Mahathir atau Anwar Ibrahim, atau Lim Kit Siang, atau Zahid Hamidi, tetapi ianya adalah untuk manusia sejagat. Malah projek Quranpedia ini akan dapat menyelamatkan para ulama dari dosa sebab tidak menjalankan tugas sebagai warithatul anbiyak seperti yang dituntut dan dikahendaki dalam ayat Yunus 10:57-58 "Al-Quran adalah ubat-penawar penyakit dalam hati (seperti syirik, murtad, munafik, hasad-dengki, dan sebagainya). Dan ubat utk penyakit ini ialah dengan memberikan kegembiraan di dalam hati manusia iaitu dengan sentiasa menunjukkan kitab al-quran lebih baik dari segala-gala kitab, lebih baik dari kitab sains, lebih baik dari kita komputer, lebih baik dari kitab perubatan, kitab logik, kitab astronomi, kitab particle physics, dan lain-lain kitab".

Hasil terbesar negara sekarang ialah petroleum, namun simpanan petroleum ini akan habis bila-bila masa saja dan kita tidak pasti samada ianya boleh bertahan sehingga tahun 2050, sementara hutang negara semakin meningkat sehingga melebihi RM 700 bilion. Sekiranya trend ini berterusan maka generasi anak-anak kita akan menghadapi satu kesukaran yang teramat sangat, dan mereka mungkin akan hidup di dalam kemiskinan di mana hatidh Nabi ada menjelaskan bahawa kemiskinan itu akan menghapirkan kepada kekufuran. Oleh itu cuba fikir pahala yang akan kita perolehi sekiranya dapat menyelamatkan manusia dari kekufuran?




Lihatlah pada gambarajah di atas di mana keadaan hutang negara semakin meningkat, dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan ianya dapat dibendung apatah lagi untuk dikurangkan. Sekiranya negara tidak mencari jalan untuk mengurangkan beban hutang ini maka belum sampai tahun 2050 negara sudah akan mengalami apa yang sedang melanda negara Greeks. Sekarang kita sendiri melihat betapa sukarnya kehidupan di negara Greek yang dilanda hutang yang amat besar sementara negara pula tidak menyediakan satu perancangan masa panjang untuk memastikan rakyatnya akan dapat hidup aman, makmur, dan sejahtera. Mahukah kita menjadi seperti rakyat Greek? 




Selain dari kita memenuhi tuntutan Al-Quran dan juga hadith Nabi, pembinaan prasarana ilmu Quranpedia ini adalah 100% berlandaskan kahendak Al-Quran. Ianya sudah sampai tahap WAJIB bagi para ulama untuk bersatu fikrah menjayakan projek ini. Kita mesti sama-sama fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah politik dan hutang negara yang semakin meningkat. Malah sudah tiba masanya bagi orang-orang ugama untuk bangkit dari tidur seperti yang disebut oleh Immanuel Kant "dogmatic slumber", dan sama-sama kita membantu orang-orang akademik yang terperangkap di dalam "cognative complacent".

Quranpedia bukan sahaja memenuhi tuntutkan Al-Quran, malah falsafaf, konsep, kaedah dan proses adalah selari dengan kahendak Al-Quran iaitu metod tafsir Al-Quran bil-Quran (QbQ). Untuk menjayakan prasarana ilmu Quranpedia ini sudah tentulah memerlukan penambah-baikkan kepada metod QbQ, dan penambah-baikan ini sudah pun saya bentangkan kepada para mufti, dan yang terakhir ialah SS Datuk Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, dan kertas-kerja penambah-baikkan ini Metod Tafsir Al-Quran bi-Ahkamil Lughatil Arabiyyah juga sudah dihantar sejak tahun 2014 untuk diulas, dikritik, dibincang dan ditambah baik oleh Jawatan Kuasa Fatwa.




Pada awal tahun 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia sudah melancarkan blueprint pendidikan negara untuk tahun 2015-2025. Blueprint ini adalah amat baik sekali namun ianya berbentuk "fire-fighting" bergantung kepada pengaruh luaran misalnya keperluan industri, sistem dan teknologi dan sebagainya, dan sudah pastilah ianya tidak akan dapat bertahan untuk jangkamasa yang lama. Kita sendiri pun pernah saksikan apa yang terjadi kepada projek Sekolah Pintar Malaysia yang sudah menghabiskan duit rakyat berbilion ringgit namun sudah jadi gajah puteh dan tidak dimasukkan ke dalam blueprint 2013-2025! 

Tetapi amat malang kitab Al-Quran yang mana Allah SWT menjanjikan sebagai kitab yang terbaik dari segala-gala kitab yang merupakan sumber ilmu yang terbesar tidak memainkan peranan langsung di dalam blueprint ini. Pihak kerajaan juga telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia untuk menggalakkan dan memastikan Islam berkembang sejajar dengan kahendak Al-Quran dan As-Sunnah, oleh itu bagaimana Indeks Pendidikan boleh ditingkatkan sekiranya peranan Al-Quran iaitu satu sebagai sumber ilmu yang maha benar lagi agong itu diketepikan? Tidak dimasukkan ke dalam blueprint pendidikan?

Al-Quran menjelaskan tentang ilmu-ilmu hebat lagi futuristik dan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh para saintis dan failasuf Barat, kenapa kita tidak mahu melihat dulu apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran? Kenapa tidak dikumpulkan pakar sains, matematiks, bahasa Arab, tafsir Quran dan hadith, pakar perubatan, pakar bahasa, pakar logik, dan sebagainya untuk bermuzakarah?

Saya menyeru kepada seluruh para ulama agar kembalilah kepada Al-Quran, dan marilah kita jadikan projek Quranpedia ini sebagai "Tali-Allah" untuk membangunkan semula umat dan ulama Islam agar dapat memenuhi tuntutan "khaira ummah", umat terbaik.



Bersambung, Insyaallah.

Wallahu a'lam.
  

No comments:

Post a Comment